KUALA LUMPUR, Malaysia, 23 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Linksys, peneraju global bagi produk perangkaian tanpa wayar, hari ini mengumumkan ketersediaan pelbagai sistem jaringan dan penghala WiFi 6 dengan teknologi Linksys Intelligent Mesh™ terbina dalam. Ia bukan sahaja direka bentuk untuk memenuhi keperluan sambungan tanpa wayar pengguna yang mendesak, ia juga boleh saling beroperasi dengan penghala Linksys yang serasi bagi membentuk rangkaian jaringan yang berkuasa. Ini bererti ia dapat ditambah kepada tetapan sedia ada sebagai nod tambahan untuk meluaskan dan meningkatkan liputan WiFi rumah.
"91.7% daripada isi rumah Malaysia mendapat akses kepada Internet dan penggunaan internet dalam kalangan rakyat Malaysia meningkat dengan ketara kepada 89.6% semasa pandemik COVID-19[1]. Memandangkan semakin ramai orang bekerja dari rumah dan pergi ke sekolah secara dalam talian, ia menjadi lebih penting ketika ini berbanding sebelum ini untuk Linksys menyediakan penyelesaian yang inovatif bagi meningkatkan rangkaian rumah demi penggunaan tanpa gangguan dan secara serentak," kata Kingsley Chan, Pengarah Pembangunan Perniagaan, Linksys. "Kami teruja untuk melancarkan portfolio WiFi 6 kami yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pengguna dan menyediakan semua tugas berat WiFi pada harga yang berpatutan."
"Linksys terkenal kerana tekal berinovasi dan mencipta teknologi tanpa wayar yang bersedia mendepani masa depan untuk pengguna," kata En. Yoon Kam Fei, Naib Presiden & Pengurus Besar Negara di Tec D Distribution Malaysia. "Sebagai satu-satunya pengedar penghala WiFi 6 Linksys, kami gembira dapat menawarkan produk yang mendapat penilaian tinggi kepada pelanggan kami yang akan meningkatkan pengalaman rangkaian rumah mereka dengan hebat."
Linksys Atlas Pro 6: Sistem WiFi 6 Jaringan Dwi-Jalur (pilihan 2-pek dan 3-pek)
Direka bentuk untuk menyampaikan sambungan yang pantas dan andal, Linksys Atlas Pro 6 memanfaatkan standard WiFi 6 (802.11ax) yang terkini untuk memberikan kelajuan gigabit sehingga 5.4 Gbps dengan sambungan 6-strim ke setiap sudut rumah. Standard WiFi 6 (802.11ax) membolehkan pengguna mengakses lebar jalur 160 MHz – saluran paling kurang sesak yang tersedia di jalur 5GHz – yang menawarkan sambungan yang luar biasa pantas. Kadar data puncak yang lebih pantas membolehkan kerja dari rumah, pembelajaran dalam talian, penstriman dan peranti permainan beroperasi serentak tanpa jalur lebar yang berkurangan – lebih daripada 30 peranti dengan liputan sehingga 2,700 kaki persegi bagi setiap nod.
Sistem WiFi 6 Jaringan Tiga-Jalur AX4200 Velop (pilihan 1-pek, 2-pek dan 3-pek)
Dikuasakan oleh platform Qualcomm® Networking Pro 800, produk daripada Qualcomm Technologies, Inc., sistem AX4200 Velop menggabungkan faedah-faedah standard WiFi terkini dengan Teknologi Velop Intelligent Mesh™ Linksys yang memenangi anugerah untuk menyampaikan kelajuan WiFi gigabit sebenar melalui ciri kefleksibelan, kebolehskalaan dan kebolehoperasian dengan sistem jaringan Velop. Sistem AX4200 Velop direka bentuk untuk mengurus permintaan lebih daripada 40 peranti dengan liputan sehingga 2,700 kaki persegi bagi setiap nod, kesemuanya berkongsi lebar jalur yang sama. Ia turut mengandungi 4 port eternet gigabit bagi menyediakan sambungan berkelajuan tinggi tanpa gangguan untuk TV pintar berwayar, peranti penstriman dan konsol permainan.
Sistem WiFi 6 Jaringan Tiga-Jalur AX5300 Velop (pilihan 1-pek dan 2-pek)
Sistem Jaringan WiFi 6 AX5300 Velop direkayasa dengan teknologi akses berbilang bahagian frekuensi ortogon (OFDMA) generasi seterusnya yang mengurangkan kependaman dalam persekitaran berketumpatan tinggi untuk memberikan WiFi berkelajuan tinggi kepada pelbagai peranti secara serentak. Teknologi MU-MIMO penghala ini membenarkan muat turun dan muat naik secara serentak, lalu menjadikannya sistem yang ideal utnuk penggunaan serta-merta dan tanpa gangguan merentas kesemua peranti. Penghala ini meliputi keluasan 3,000 kaki persegi setiap nod dan direka bentuk untuk mengurus permintaan lebih daripada 50 peranti pada lebar jalur yang sama. Tambahan pula, sistem Jaringan WiFi 6 AX5300 Velop ini didatangkan dengan teknologi BSS yang menghapuskan gangguan daripada rangkaian berhampiran agar pengguna boleh yakin dengan isyarat paling kuat, paling jelas untuk peranti mereka.
Penghala WiFi 6 Dwi-Jalur E8450
Penghala WiFi 6 Dwi-Jalur E8450 mungkin kompak tetapi ia menawarkan sambungan WiFi 6 yang andal dan berkuasa yang disokong oleh teknologi MU-MIMO. Ia dapat meliputi sehingga 2,500 kaki persegi dan dapat menyambungkan lebih daripada 25 peranti dengan kelajuan gigabit sehingga 3.2 Gbps - memberikan lebar jalur yang banyak untuk peluncuran, penstriman dan permainan serta kekal terhubung kepada benda yang paling penting. E8450 memiliki ciri kawalan ibu bapa dan akses WiFi tetamu yang berasingan, digabungkan dengan penyulitan WPA2/WPA3 dan tembok api SPI bagi membolehkan rangkaian sentiasa kekal selamat dan terjamin.
Harga & Ketersediaan
Produk-produk ini boleh didapati di Aone Plus Supplies & Services dan Thunder Match Technology mulai 23 Februari 2022 dengan harga seperti yang berikut:
o RM1,150 (MX5502, 2 Pek)
o RM1,638 (MX5503, 3 Pek)
o RM760 (MX4200, 1 Pek)
o RM1,450 (MX8400, 2 Pek)
o RM2,130 (MX12600, 3 Pek)
o RM1,199 (MX5300, 1 Pek)
o RM2,299 (MX10600, 2 Pek)
Imejan
Imej produk resolusi tinggi boleh ditemui di sini.
Latar Belakang Linksys
Di Linksys, kami berusaha untuk membangunkan teknologi tanpa wayar yang paling andal, inovatif dan bersedia mendepani masa depan di dunia yang dapat menghubungkan dengan selamat setiap individu dan semua benda, dengan mudah. Ditubuhkan pada tahun 1988, sejak itu Linksys mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama perangkaian yang ulung. Hari ini, produk perkakasan, perisian dan perkhidmatan Linksys dijual di 64 negara di seluruh dunia, bermula daripada penghala rumah dan sistem jaringan hinggalah titik dan suis akses perniagaan. Baru-baru ini, Linksys berkembang ke dalam bidang pendidikan dan perusahaan melalui perkongsiannya dengan Fortinet, peneraju bagi keselamatan gred perusahaan. Linksys. Untuk setiap sambungan.
Qualcomm ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Qualcomm Incorporated.
Qualcomm Immersive Home Platform ialah produk daripada Qualcomm Technologies, Inc. dan/atau subsidiarinya.
Latar Belakang Tec D Distribution
Tec D Distribution, sebuah syarikat TD SYNNEX merupakan pengedar dan agregator penyelesaian global yang terkemuka untuk ekosistem IT. Kami merupakan rakan kongsi inovatif yang membantu lebih daripada 100 negara memaksimumkan nilai pelaburan teknologi, menunjukkan hasil perniagaan dan membuka peluang pertumbuhan. Portfolio produk, perkhidmatan dan penyelesaian hujung-ke-hujung kami, kemahiran yang amat khusus dan kepakaran dalam teknologi generasi seterusnya membolehkan rakan kongsi saluran membawa produk dan penyelesaian ke pasaran yang diperlukan oleh dunia untuk berhubung, berkembang dan meningkat maju. Tec D Distribution komited untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan dan komuniti dan kami percaya bahawa kami dapat memberi impak positif ke atas kakitangan kami dan planet kami, bertindak dengan sengaja sebagai warga korporat yang disegani. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi www.mytecd.com atau ikuti kami di LinkedIn dan Facebook.
[1] Laporan "ICT Use and Access By Individuals and Households Survey, 2020" Jabatan Perangkaan Malaysia |