SHANGHAI, 23 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Pylon Technologies Co., Ltd. (selepas ini dirujuk sebagai "Pylontech") baru-baru ini memperoleh sijil Tanda-S Jepun berdasarkan kepada piawaian ujian JIS C 8715-2:2019 daripada TÜV Rheinland Japan, sebuah badan pensijilan dalam-negara yang berwibawa. Susulan sel storan tenaga 37Ah (model: 37PN) yang lulus ujian perlindungan gempa bumi sebelum ini, Pylontech memperoleh pensijilan Tanda-S Jepun untuk Sistem Storan Tenaga Bateri Force-H2.
Pylontech menembusi pasaran Jepun pada tahun 2016 dan penghantarannya semakin meningkat tahun demi tahun. Bagi memenuhi permintaan terhadap pensijilan keselamatan produk dalam pasaran Jepun, Pylontech menjadikan laluan ujian pensijilan Jepun sebagai komponen utama dalam usaha penyelidikan dan pembangunannya (R&D) beberapa tahun yang lalu. Sel tunggal LFP 37Ah (model: 37PN), dengan pensijilan JET Jepun dan pensijilan daripada TÜV Rheinland Japan telah digunakan dalam pelbagai modul dan sistem bateri Pylontech. Pada tahun 2022, Pylontech menjangkakan untuk memperoleh pensijilan JET berdasarkan kepada piawaian ujian JIS C 8715-2:2019 untuk beberapa produk lain.
Dengan rantaian industri yang bersepadu secara vertikal, Pylontech ialah salah satu daripada segelintir syarikat penyelesaian storan tenaga di dunia dengan keupayaan R&D dan pembuatan bebas untuk komponen storan tenaga teras seperti sel, modul, sistem pengurusan bateri dan sistem pengurusan tenaga. Dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu, Pylontech menyediakan sistem storan tenaga yang stabil dan andal untuk lebih 350,000 pengguna rumah di lebih daripada 80 negara seluruh dunia, memberikan kapasiti dalam agregat 3.6 GWj. Menurut penyedia maklumat dan analitik berpangkalan di London IHS Markit, pada tahun 2020, Pylontech tersenarai di tempat kedua di dunia dari segi penghantaran produk storan tenaga rumah proprietari. Kualiti yang stabil dan prestasi yang andal merupakan kunci kepada kejayaan berterusan Pylontech.
Kerajaan Jepun mengumumkan pada bulan Oktober 2020 bahawa Jepun merancang untuk menjadi negara neutral karbon menjelang tahun 2050. Bagi mencapai matlamat ini, pihak berkuasa kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah untuk menggalakkan pengguna di rumah menerima pakai sumber tenaga baharu, selain daripada menawarkan dasar subsidi yang agresif kepada isi rumah yang melaksanakan pengubahsuaian rumah sifar-tenaga. Sistem storan tenaga bateri litium adalah amat menjimatkan dan praktikal.
Memaksimumkan faedah untuk pengguna dan menyediakan sistem yang paling stabil dan andal merupakan prinsip yang dipatuhi oleh Pylontech. "Pada tahun 2022, Pylontech bercita-cita tinggi untuk meningkatkan perniagaan storan tenaganya di Jepun dan mempercepatkan kemajuan inisiatif Karbon 'Beyond-Zero' Jepun," kata Naib Presiden Perniagaan Antarabangsa syarikat Geoffrey Song.