omniture

GRAVITY GAME HUB UMUM PELANCARAN RASMI RAGNAROK ONLINE ASCENDANCE

Gravity Game Hub
2022-02-23 22:00 77

SINGAPURA, 23 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Gravity Game Hub (GGH) PTE. LTD, subsidiari GRAVITY Co., Ltd. (NasdaqGM: GRVY) mengumumkan Pelancaran Rasmi Permainan PC MMORPG Ragnarok Online Ascendance untuk Singapura, Malaysia dan juga Filipina.

Pautan Muat Turun: https://ro.gnjoy.asia/download/
Wilayah Terbuka: Singapura, Malaysia, Filipina

Pemain boleh memulakan pengembaraan yang mendebarkan untuk melakar kisah mereka dalam Midgard. Pilih antara kelas-kelas berbeza yang dapat disesuaikan mengikut gaya permainan yang unik. Bertarung untuk meningkatkan tahap apabila peta-peta yang berbeza diterokai dan pemain menyelesaikan perburuan dalam-permainan. Pemain akan berasa gembira apabila mengetahui bahawa Ragnarok Online Ascendance akan benar-benar mengikuti versi kRO dari segi keluaran kandungan. Pemain Ragnarok Online Ascendance boleh mengharapkan perlawanan yang mengujakan dalam-permainan dan melalui program Gravity Game Hub yang diatur untuk dinikmati oleh komuniti.

Upacara Pelancaran Rasmi dalam-permainan Ragnarok Online Ascendance
Acara I: Acara Tukar kepada Pekerjaan Kedua
Butiran: Pemain yang berjaya menukar pekerjaan dalam (23 Feb - 8 Mac) akan menerima Kotak Harta Karun (Treasure Box
Acara II: Acara Capai Tahap 99
Butiran: Berlumba untuk menjadi antara pemain pertama setiap kelas bagi mencapai Tahap 99 untuk memenangi Kostum Tahap 99 (Level 99 Costume)

Raikan Pelancaran Rasmi Ragnarok Online Ascendance menerusi acara dalam talian akan datang "Ragnarok Official Launch Party" ("Parti Pelancaran Rasmi Ragnarok"). Sertai hos-hos penstrim permainan ChiigamingX, RainingCherry_, ArrgghJ berserta CM Somi dalam perhimpunan komuniti epik dalam talian yang padat dengan keseronokan dan permainan. Soalan-soalan tentang permainan ini juga akan dijawab secara langsung. Parti Pelancaran Rasmi Ragnarok dijadualkan untuk disiarkan secara langsung di Halaman Facebook Rasmi Ragnarok Online Ascendance pada 26 Februari 2022, 8:00 malam (GMT+8). Aktiviti-aktiviti acara termasuk trivia berkaitan Ragnarok Online, permainan bergambar, pencarian barang (scavenger hunt) dalam-permainan dan banyak lagi yang mana peserta boleh memenangi lebih USD$3000 dalam hadiah kumpulan. Seluruh komuniti permainan dijemput untuk menghadiri acara sebelah malam dengan cabutan bertuah (raffle) dan pemberian hadiah yang mengujakan. Pemain boleh menyemak untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai berita acara dalam-permainan dan aktiviti komuniti dalam talian yang akan datang apabila mereka mengunjungi Laman Sesawang dan Halaman Facebook Ragnarok Online Ascendance rasmi oleh Gravity Game Hub.

Sekiranya anda teruja untuk bermain Ragnarok Online Ascendance:
Muat turun permainan ini hari ini.

Latar Belakang Gravity Game Hub 

Ditubuhkan pada tahun 2021, Gravity Game Hub (GGH) Pte Ltd ialah penerbit dan pembangun permainan yang memfokuskan kepada permainan dalam talian dan mudah alih. Gravity Game Hub komited untuk menyampaikan pengalaman permainan yang interaktif dan mewujudkan komuniti yang dinamik untuk semua pemain di Asia Tenggara.

Gravity Game Hub ialah subsidiari GRAVITY Co., Ltd. (NasdaqGM: GRVY), pembangun dan penerbit permainan dalam talian dan mudah alih yang beribu pejabat di Korea Selatan. Syarikat ini merupakan pencipta Ragnarok Online yang diiktiraf di seluruh dunia dengan lebih 120 juta pengguna seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ragnarok Online Ascendance, sila kunjungi laman sesawang yang berikut:

Laman Sesawang Rasmi: https://ro.gnjoy.asia
Facebook ROGGH: https://www.facebook.com/ragnarokggh/
Komuniti ROGGH: https://www.facebook.com/groups/ragnarokonlineggh
YouTube:
 https://bit.ly/GravityGameHub
Discord: https://discord.io/ragnarokggh 
Twitch: https://www.twitch.tv/gravitygamehub

Source: Gravity Game Hub
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet New products/services Future Events