omniture

Perjalanan daripada Bagus menjadi Hebat: Camly Academy berjaya dilancarkan dalam pasaran A.S.

Camly Group
2022-02-24 08:44 67

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 24 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Camly Academy daripada Camly Group mengadakan dengan jayanya sebuah acara untuk melancarkan platform pendidikan dalam pasaran AS menerusi topik: "Pendidikan Kendiri demi Kebahagiaan: Bagus menjadi Hebat" pada 22 Februari 2022 untuk mengumumkan misi tindakan ke arah pendidikan berterusan, kebahagiaan global.

Aspek utama acara ini memfokuskan kepada keadaan semasa dan penyelesaian masa depan dalam tiga bidang iaitu ekonomi, pendidikan dan teknologi. Terutamanya mendidik dan menjelaskan visi, misi dan nilai teras dalam projek pendidikan dalam talian.


Menurut Cik Jennifer Polich, Pengarah Pembangunan Perniagaan Camly Group untuk pasaran AS, menurut kajian UNESCO, pada bulan Mac 2020, lebih daripada 1.2 bilion pelajar di 186 negara terkesan akibat penutupan sekolah ekoran pandemik yang membawa kepada pertumbuhan yang tidak pernah dijangka dalam pendaftaran pembelajaran jarak jauh.

Di samping itu, menurut En. Cris Duy Tran, Pengarah Urusan National Startup Fund, "pola fikir orang muda hari ini telah banyak berubah, belajar di mana-mana sahaja, dalam apa jua keadaan. Teknologi pula merupakan faktor sangat penting yang meningkatkan daya kreativiti dan menjadikan pembelajaran serta pengajaran lebih fleksibel."

Daripada yang disebutkan di atas, Pengerusi Camly Group, Cik Camly Duong berkongsi sebab untuk membina platform Camly Academy dengan hasrat untuk berkongsi pesanan "PEMBELAJARAN EFEKTIF DAN MENCIPTA NILAI BESAR" agar orang ramai di serata dunia mempunyai platform baik untuk belajar mahupun mengaplikasikan pengetahuan menjadi amalan, membantu mengekalkan ilmu pengetahuan serta mencipta nilai yang segera, dalam tempoh jangka panjang dan berterusan.

Sepanjang program ini, para tetamu, ilmuwan dan Camly Academy ingin menegaskan bahawa pendidikan akan menjadi salah satu panduan dalam membentuk semula pengalaman. Pendidikan yang digabungkan dengan teknologi akan membolehkan kita mengakses dan mengemas kini ilmu pengetahuan dengan cepat bagi membuat keputusan yang bermaklumat untuk individu dan juga kumpulan. Daripada usaha tersebut, bagi tujuan membantu masyarakat menuju kebahagiaan dan kesejahteraan secara harmoni dan dengan nilai kemanusiaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai platform Camly Academy: www.camlydemy.co

Source: Camly Group
Keywords: Education Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Mental Health