omniture

Thailand sebagai Hab Pengilangan Semikonduktor Diskret Strategik Toshiba untuk Abad Digital

Toshiba Corporation
2022-02-24 10:00 286

SINGAPURA, 24 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Thailand ialah salah satu pusat penting di Asia untuk produk elektronik dan pengilangan alat ganti, dan pandemik COVID-19 telah mendorong peningkatan permintaan terhadap barangan elektronik di seluruh dunia. Toshiba Semiconductor (Thailand) Co., Ltd. (TST) ialah penyumbang yang penting kepada jaringan syarikat Toshiba yang menyediakan bekalan semikonduktor diskret yang mantap.

Sebagai kemudahan pengilangan bahagian-belakang semikonduktor terbesar Toshiba, TST dijangka menjadi tapak utama di Asia Pasifik untuk produk-produk yang digunakan dalam pelbagai jenis aplikasi seperti barangan elektronik pengguna, automobil dan peralatan industri.

Untuk siaran multimedia penuh, klik di sini: https://www.prnasia.com/mnr/toshiba_202202.shtml


 


 


 


 

Masahiro Ogushi, President, Toshiba Semiconductor (Thailand) Co., Ltd.
Masahiro Ogushi, President, Toshiba Semiconductor (Thailand) Co., Ltd.

Semikonduktor diskret terdapat di merata-rata dalam kehidupan harian kita, digunakan dalam hampir setiap peranti moden, bermula daripada telefon pintar hingga autombil dan komponen diskret yang biasanya hanya menjalankan satu fungsi. Toshiba menyediakan semikonduktor diskret terutamanya dalam tiga kategori: peranti isyarat kecil, peranti opto dan peranti kuasa. Ditubuhkan pada Oktober 1990, Toshiba Semiconductor (Thailand) Co., Ltd. (TST) melaksanakan proses bahagian-belakang, iaitu pemasangan dan pengujian, bagi peranti isyarat kecil dan peranti opto.

Walaupun dilanda banjir besar pada tahun 2011, TST menukar krisis berkenaan menjadi peluang untuk mempertimbangkan semula pelaburannya dengan barisan pengeluaran termaju. Memindahkan kemudahan pengilangan ke lokasi semasanya yang lebih besar pada tahun 2013, TST mengemas kini susun atur barisan pengeluaran untuk memaksimumkan volum pengeluaran.  Juga, sejak itu, syarikat ini telah diperakui untuk standard sistem pengurusan kualiti, iaitu kedua-dua sistem ISO 9001: 2015 dan sistem IATF 16949: 2016 bagi menyokong pelanggan termasuk industri automotif Thailand.

Selain daripada pengeluaran peranti isyarat kecil dan peranti opto yang telah diusahakan oleh TST sejak lebih 30 tahun, peranti kuasa, yang memainkan peranan yang amat penting dalam penjimatan tenaga, telah diperkenalkan dalam TST bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap produk ini. Semasa pandemik Covid-19, jurutera berkemahiran tinggi syarikat ini di Thailand dapat menyediakan barisan baharu dengan jayanya tanpa sokongan- lapangan daripada Jepun.

Presiden TST En. Masahiro Ogushi menyatakan, "Toshiba Semiconductor (Thailand) berkedudukan baik untuk menyokong permintaan semikonduktor diskret global. Dengan sokongan padu kerajaan, infrastruktur moden dengan keupayaan pengeluaran yang cekap serta ketersambungan bertaraf dunia yang disokong oleh tenaga kerja berkemahiran untuk menyokong industri elektronik Thailand yang rancak, TCT tetap komited untuk menjadi tapak pengeluaran yang strategik untuk jaringan syarikat Toshiba demi menyokong pendigitalan hari ini dan masa depan."

 

 

 

Source: Toshiba Corporation
Keywords: Computer/Electronics Oil/Energy Semiconductors Utilities