SHAH ALAM, Malaysia, 24 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Penyedia lengkap cat No. 1 di Malaysia, Nippon Paint Malaysia Sdn. Bhd. (Nippon Paint), secara rasmi mengumumkan pemerolehan 100% pegangan CMI Construction Material Industry Sdn. Bhd. (CMI) dan 85% dalam CMI Marketing Sdn. Bhd. (CMIM).
Encik Yaw Seng Heng, Pengarah Urusan Kumpulan Nippon Paint Malaysia (ketiga dari kiri) bersama pasukan pengurusan Nippon Paint Malaysia dan CMI.
Pemerolehan ini selaras dengan strategi global Nippon Paint untuk memperluaskan perniagaan berkaitan, bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia Penyelesaian Lengkap Cat dan Pembinaan (Total Coating and Construction Solutions – TCCS). Langkah ini mempertingkatkan usaha syarikat untuk menginovasi serta menawarkan penyelesaian bersesuaian, dari konkrit asas sehingga ke perincian permukaan, menerusi rangkaian penyelesaian yang inovatif dan merangkumi cat sehingga ke pengedap sealan, pelekat, pengisi binaan, bahan kalis air, penyediaan lantai dan bahan simen pra-campuran.
Ditubuhkan pada tahun 1997, CMI adalah sebuah pengilang yang bereputasi dan pengedar aditif bahan simen pra-campuran, lapisan skim coat, plaster, pelekat jubin, bahan kalis air dan mortar teknikal.
Menerusi langkah strategik ini, Nippon Paint dapat memperkukuhkan kedudukannya sebagai satu-satunya syarikat pertama di rantau ini yang menawarkan TCCS. Sebagai pengubah industri pembangunan dan pembinaan, Nippon Paint kini mempunyai kelebihan daya saing yang memperluaskan sistem serasi menyeluruh untuk penyelesaian cat dan pembinaan bagi menghasilkan perician dan perlindungan permukaan yang berkualiti tinggi, dari lantai ke bumbung dan segala di perantaraan.
Ini dapat mempertingkatkan keupayaan Nippon Paint dalam menyediakan penyelesaian sehenti kepada para pelanggannya. Dari konkrit asas sehingga ke perincian permukaan, kini pelanggan tidak perlu berurusan dengan pelbagai pihak lain untuk menangani sebarang isu berkaitan.
Menurut Encik Yaw Seng Heng, Pengarah Urusan Kumpulan Nippon Paint Malaysia, "Sebagai peneraju pasaran, Nippon Paint sentiasa menyediakan penyelesaian cat yang berkualiti tinggi. Kini, bersandarkan penyelesaian teknikal pembinaan daripada CMI, cabaran yang dialami industri seperti retakan halus, permukaan berkapur, rekahan cat, kupasan, dinding berkulat, permukaan berlekuk, kejatuhan jubin, resapan air dan sebagainya dapat ditangani dengan cekap.
"Ini sememangnya penyelesaian menang-menang bagi mempertingkatkan daya profesionalisme serta kemahiran kerja di sektor pembangunan dan pembinaan tempatan. Ia turut memberikan jaminan serta ketenangan kepada pemilik kediaman dan kontraktor tentang penyediaan perincian dan pembinaan yang berkualiti tinggi dan sempurna. Paling utama, TCCS dapat memberi penjimatan masa dan kos serta penggunaan tenaga kerja yang lebih cekap agar kerja-kerja pembinaan dapat dilaksanakan dengan mahir," kata Yaw.
Nippon Paint percaya kebolehannya menawarkan TCCS adalah pada masa yang sesuai dengan industri pembangunan dan pembinaan yang kian menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang positif menerusi Pelan Pemulihan Negara (PPN). Usaha ini membolehkan pencapaian kerja yang berkualiti serta dapat membantu kontraktor mempercepatkan penyampaian projek mereka demi mencapai matlamat syarikat pemaju pembinaan dan pemilik kediaman.