omniture

Kajian Terkini Tonjolkan 3 Sebab Pemimpin ICT Perusahaan Pilih POL Huawei

Huawei
2022-02-25 02:34 119

SHENZHEN, China, 25 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Huawei melantik Forrester Consulting untuk menjalankan satu kajian, The Total Economic Impact™ Of Huawei Passive Optical LAN (Total Economic Impact™ LAN Optik Pasif Huawei). Dalam kajian ini, Forrester menggunakan metodologi proprietari untuk menganalisis impak ekonomi penyelesaian LAN optik pasif (POL) Huawei ke atas perusahaan daripada tiga aspek berdasarkan kepada maklumat daripada pelanggan yang ditemu bual.

Bagi merealisasikan transformasi digital, perusahaan menggunakan semakin banyak teknologi maklumat generasi seterusnya seperti pengkomputeran awan, data raya dan Internet Pelbagai Benda (IoT). Sebagai infrastruktur asas teknologi berkenaan, sambungan rangkaian telah menjadi asas kepada transformasi digital dalam pelbagai industri. Berdasarkan kepada tinjauan mendalam terhadap kes-kes aplikasi dalam industri pengajian tinggi, rawatan kesihatan, hospitaliti dan pembuatan, kajian Forrester mendapati bahawa penyelesaian POL Huawei membina semula rangkaian kawasan setempat dengan sambungan gentian penuh, galas berbilang perkhidmatan dan transmisi jarak jauh pasif. Penyelesaian ini mengurangkan ruang bilik voltan rendah tambahan (ELV), meningkatkan kecekapan O&M dan mengelakkan pelaburan pembinaan berulang. Menurut analisis kewangan, kampus perusahaan dengan 6000 titik maklumat dapat memperoleh nilai semasa bersih (NPV) sebanyak $9596K dalam tempoh lima tahun.

Forrester menggunakan metodologi proprietari untuk mengukur faedah-faedah pelaburan teknologi berdasarkan kepada kajian kes. Kajian tersebut menjelaskan faedah-faedah perniagaan penyelesaian POL Huawei untuk perusahaan termasuk faedah-faedah yang dapat diukur, faedah-faedah yang tidak dapat diukur serta kefleksibelan. Di samping itu, model kewangan organisasi komposit TEI (Total Economic Impact™) diwujudkan berdasarkan kepada kampus perusahaan untuk mengukur nilai semasa bersih (NPV).

Faedah-faedah yang dapat diukur: 

  • Penjimatan kos O&M rangkaian: pengurusan peranti POL yang seragam dan O&M seluruh-rangkaian; transmisi titik-ke-berbilang-titik melalui pemecah optik pasif, mengurangkan nod penyelenggaraan dan meningkatkan kecekapan penyelenggaraan rangkaian sebanyak 60%, menghasilkan jumlah PV sebanyak lebih $535K dalam tempoh lima tahun.
  • Penjimatan kos pengembangan rangkaian: 75% pelaburan pembinaan yang dijimatkan berdasarkan kepada seni bina POL dipermudah dan gentian yang ringan serta fleksibel, menghasilkan jumlah PV sebanyak $276K dalam tempoh lima tahun.
  • Penjimatan bilik ELV: suis pengagregatan aktif tradisional digantikan dengan pemecah optik pasif, menghasilkan jumlah PV sebanyak $96K dalam tempoh lima tahun.

Faedah-faedah yang tidak dapat diukur: Berdasarkan kepada transmisi jalur lebar ultra melalui gentian, POL dapat meningkatkan pengalaman rangkaian dalam industri pendidikan, rawatan kesihatan, hospitaliti dan pembuatan, lalu memudahkan transformasi digital dan juga pertumbuhan perniagaan.

Kefleksibelan: Infrastruktur gentian POL yang mesra alam dan lestari dapat memenuhi keperluan selama 30 tahun yang dapat mengelakkan pelaburan berulang. Di samping itu, penyelesaian POL menyediakan penumpuan perkhidmatan berorientasikan masa depan, menggalakkan transformasi digital dan meningkatkan daya saing perusahaan.

Dalam kajian tersebut, pengarah teknikal dan ahli lembaga untuk sekumpulan pusat peranginan pelancong berkata, "Salah satu detik penting yang benar-benar mempercepatkan keputusan untuk beralih kepada rangkaian POL Huawei adalah [apabila rangkaian tradisional] terputus pada hari daftar keluar puncak yang [mencetuskan] pengalaman yang sangat buruk untuk pelanggan kami."

Pengurus IT daripada sebuah firma pembuatan berkata, "ONU Huawei dapat beroperasi di bawah suhu 70 darjah Celsius yang seterusnya dapat menyokong persekitaran industri kami. Kami juga cenderung menggunakan rangkaian PON."

Penyelesaian POL Huawei meluaskan gentian kepada setiap bilik, komputer meja dan mesin dalam senario kampus pelbagai industri, mengurangkan kos pengkabelan, menyediakan lebar jalur yang tinggi dan kependaman rendah serta mengupayakan pembangunan yang mampan untuk perusahaan.

Catatan: Total Economic Impact (TEI) ialah satu metodologi yang dibangunkan oleh Forrester Research yang membantu syarikat-syarikat menyampaikan proposisi nilai produk dan perkhidmatan mereka kepada pelanggan selain mendemonstrasikan, mewajarkan dan merealisasikan faedah-faedah kewangan daripada inisiatif ICT untuk pengurusan kanan dan pihak berkepentingan perniagaan utama yang lain.

MWC Barcelona 2022 akan berlangsung mulai 28 Februari hingga 3 Mac di Barcelona, Sepanyol. Huawei akan mempamerkan produk dan penyelesaiannya di gerai pameran 1H50 di Fira Gran Via Hall 1. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: Huawei Enterprise di MWC 2022 | New Value Together

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment