omniture

Pertandingan Kung Fu Dalam Talian Labuh Tirai dengan Peserta dari Lima Benua

Shaolin Temple
2022-02-25 02:40 152

ZHENGZHOU, China, 25 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Upacara penutupan dan penganugerahan untuk "Shaolin Kung Fu Online Games" telahpun diadakan pada 15 Februari di Tokong Shaolin di Wilayah Henan, China. Disiarkan secara langsung dalam talian, upacara penutupan berkenaan menghimpunkan kesemua pengikut Shaolin dan peminat kung fu di seluruh dunia untuk menikmati suasana tersebut.

Abbot of the Shaolin Temple Shi Yongxin presents an award for a winner of the Shaolin Kung Fu Online Games.
Abbot of the Shaolin Temple Shi Yongxin presents an award for a winner of the Shaolin Kung Fu Online Games.

Memandangkan bentuk pertandingan dalam talian yang unik dipersembahkan, 5,368 peminat kung fu dari 94 negara dan wilayah hadir untuk menambah kegemilangan kepada acara tersebut.

Dalam pada itu, panel hakim profesional yang terdiri daripada 11 hakim peringkat kebangsaan dan sami pejuang telah dilantik oleh Tokong Shaolin dan seluruh proses penghakiman disiarkan kepada khalayak global.

"Peserta-peserta di AS dan negara-negara Eropah mengambil bahagian dengan penuh semangat, peserta-peserta Asia pula penuh dengan jangkaan, peminat kung fu Amerika Selatan mempamerkan gaya mereka yang pelbagai kepada dunia, peserta-peserta Oceania bersemangat waja manakala peserta-peserta Afrika amat mengagumkan," Abbot Shi Yongxin memuji tinggi para peserta.

"Para peserta bukan sahaja telah meningkatkan kemahiran kung fu dan kecergasan fizikal mereka, bahkan diri mereka lebih bertenaga dan lebih cergas," ulas Yanbin daripada Pusat Kebudayaan Shaolin di St. Petersburg, Rusia, pemenang bagi "Anugerah Sumbangan Cemerlang" di Pertandingan tersebut.

Pertandingan berkenaan turut mendapat banyak sokongan daripada kerajaan, institusi dan perusahaan negara-negara di seluruh dunia. Duta UNESCO, bekas Presiden Austria, Duta Austria ke China, Datuk Bandar New York, pegawai Slovakia, Persekutuan Kung Fu Shaolin di Jepun dan ahli-ahli parlimen serta para pemimpin agama dari banyak negara menyampaikan ucapan tahniah kepada pihak penganjur dan begitu juga selebriti-selebriti seperti Jackie Chan dan Wu Jing.

Abbot Shi Yongxin meletakkan kepentingan yang tinggi kepada pemupukan bakat dan pewarisan kung fu Shaolin. Beliau pernah berkata, "Mempromosikan Kung Fu Shaolin memerlukan bakat terbaik sementara pemupukan bakat terbaik memerlukan sekolah terunggul."

Demi kemudahan pengikut Shaolin luar negara untuk mengamalkan kung fu Shaolin, Tokong Shaolin melancarkan pelbagai program akademik dan latihan vokasional untuk peminat kung fu di seluruh dunia selain daripada Pusat-pusat Kebudayaan Shaolin di serata dunia dan juga sekolah-sekolah kung fu di Dengfeng, Henan.

Tokong Shaolin kini mencari cara yang lebih inovatif untuk mewarisi dan menyebarkan kung fu Shaolin. Shaolin Kung Fu Online Games 2022 melambangkan satu permulaan yang baharu dan lebih banyak aktiviti yang pelbagai akan dilancarkan secara dalam talian dan luar talian pada masa akan datang.

Source: Shaolin Temple
Keywords: Broadcast Technology Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Sporting Events Sports