omniture

Kementerian Komunikasi dan Informatik SERTA Siberkreasi Jalin Kerjasama dengan Spotify Tingkatkan Kemahiran Penyampai Audio Siar Muda Indonesia

The Ministry of Communications and Informatics
2022-02-25 08:37 72

JAKARTA, Indonesia, 25 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Kementerian Komunikasi dan Informatik (MCI), Republik Indonesia, bersama The National Movement of Digital Literacy, Siberkreasi, bekerjasama dengan Spotify untuk melancarkan Kelas Podcast Siberkreasi 2022, program peningkatan kemahiran khusus-audio siar secara percuma.

Kementerian Komunikasi dan Informatik SERTA Siberkreasi Jalin Kerjasama dengan Spotify Tingkatkan Kemahiran Penyampai Audio Siar Muda Indonesia
Kementerian Komunikasi dan Informatik SERTA Siberkreasi Jalin Kerjasama dengan Spotify Tingkatkan Kemahiran Penyampai Audio Siar Muda Indonesia

Mulai 26 Februari, program ini akan dibuka kepada semua warga Indonesia yang berminat untuk belajar mengenai audio siar. Sejak penubuhannya pada tahun 2020, program ini telah mendekati lebih daripada 30,000 peserta dan bermatlamat untuk mencapai 50,000 lagi pada tahun 2022. Dengan bekerjasama bersama Spotify, program ini akan membolehkan peserta-peserta mendapat manfaat daripada kepakaran audio siar platform ini.

Peserta-peserta boleh belajar panduan dan petua mengenai cara untuk mencipta saluran audio siar mereka sendiri. Bermula daripada aspek-aspek seperti mengenal pasti khalayak mereka, menakrifkan bidang khusus, media sosial kepada latihan suara, setiap orang akan diberikan idea material dan kandungan untuk memulakan perjalanan mereka. Spotify juga akan berkongsi mengenai faedah-faedah Anchor, alat penciptaan, pengedaran dan pengehosan audio siar percumanya.

Sesi pertama yang bertajuk "Suara dari Perempuan untuk Perempuan" akan berlangsung pada 26 Februari bersama panel tokoh yang dipimpin oleh wanita. Dihoskan oleh personaliti TV dan Radio, Nathalie Indry, peserta-peserta boleh menantikan untuk mendengar daripada mentor-mentor yang memberi inspirasi seperti jurulatih Indonesian Broadcasting Class Bintang Cahya dan hos audio siar Idah Umamah. Program ini juga akan menawarkan sesi-sesi yang dikendalikan oleh pakar-pakar dalam genre sukan, agama, kumpulan difabel serta genre lain.

"Dalam usaha kami untuk mempercepatkan agenda transformasi digital negara, kita perlu berpegang kepada prinsip 'tiada sesiapa yang akan ketinggalan atau tiada sesiapa yang akan disisihkan.' Justeru itu, program tahun ini dirancang agar menjadi lebih bersegmen agar semua lapisan masyarakat kita akan dapat menerima bahan dan material yang lebih sesuai. Perkongsian bersama Spotify ini merupakan langkah seterusnya yang jelas buat kami untuk membawa program ini kepada lebih ramai orang muda di seluruh negara ini," kata Semuel A. Pangerapan, Ketua Pengarah Aplikasi Informatik.

MCI dan Siberkreasi turut mengadakan webinar yang bertajuk Gelombang Baru Siniar Generasi "Halu"? pada 16 Februari. Dibuka oleh Rizki Ameliah, Penyelaras Program Literasi Digital, webinar ini difasilitasikan oleh Bobby Mandela daripada "BKR Brothers", Vania Winola daripada "Little Talks" dan Halo Bagas daripada "Kita dan Waktu". Semasa sesi tersebut, mereka berbincang tentang pengalaman, panduan dan petua serta cara agar konsisten sebagai penyampai audio siar. Alumni 2020/2021 daripada sesi-sesi terdahulu turut hadir untuk berkongsi lebih banyak lagi.

"Audio siar merupakan medium unik yang mengupayakan daya kreativiti dan pemperibadian. Kami telah bekerjasama secara aktif dengan pencipta Indonesia untuk membangunkan program yang Eksklusif dan Asli sejak tahun 2019 dan akan terus mencari lebih banyak cara untuk menyokong dan membina komuniti audio siar tempatan," kata Carl Zuzarte, Ketua Asia Tenggara Studio di Spotify.

Melalui Kelas Podcast Siberkreasi 2022, MCI, Siberkreasi dan Spotify berharap agar lebih ramai bakat audio siar di Indonesia akan muncul dengan kandungan yang lebih positif dan membawa impak yang bermakna kepada masyarakat.

Ketahui lebih lanjut mengenai Kelas Podcast Siberkreasi 2022 bersama Spotify dengan mendaftar di s.id/siniarperempuan

LATAR BELAKANG PROGRAM LITERASI DIGITAL MCI DAN SIBERKREASI

Kementerian Komunikasi dan Informatik (MCI) Republik Indonesia bermatlamat untuk merealisasikan visi rakyat Indonesia cekap dari segi digital dengan National Movement of Digital Literacy (GNLD) Siberkreasi.

Inisiatif ini mempunyai pelbagai program literasi digital dengan kurikulum yang berasaskan kepada literasi digital. Maklumat lanjut boleh diakses melalui info.literasidigital.id.

LATAR BELAKANG SPOTIFY 

Spotify mengubah mendengar muzik selama-lamanya pada tahun 2008. Terokai, urus dan kongsi lebih 70 juta lagu, termasuk lebih daripada 3.2 juta tajuk audio siar secara percuma atau nikmati Spotify Premium dengan ciri-ciri eksklusif termasuk kualiti bunyi yang lebih baik dan pengalaman mendengar atas-permintaan, luar talian dan tanpa iklan.

Hubungi:

Rizki Ameliah
Koordinator Literasi Digital, Kementerian Kominfo
rizk002@kominfo.go.id

Rachel Cham
Pengurus Komunikasi di Spotify, Asia Tenggara
rcham@spotify.com 

Source: The Ministry of Communications and Informatics
Keywords: Computer/Electronics Education Entertainment Multimedia/Online/Internet Radio Licensing/marketing agreements New products/services