omniture

Segmen Baharu, GWM fokuskan R&D Tenaga Hidrogen

GWM
2022-02-25 11:06 129

BAODING, China, 25 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Pada 27 Januari 2022, GWM mengadakan Upacara Penyerahan Kilang Arte. Futuro dan Persidangan Pelancaran Jenama di Brazil, menonjolkan pencapaian hebat tiga platform "Hydrogen-L.E.M.O.N. Technology" dan penyelesaian berkecekapan tinggi untuk memperlihatkan pembangunan tenaga hidrogen di seluruh dunia.

Di persidangan tersebut, GWM mengetengahkan "Hydrogen-L.E.M.O.N. Technology", penyelesaian senario penuh "sistem kuasa hidrogen" yang menepati pengawalaturan kenderaan. Syarikat ini menyatakan bahawa ia akan mewujudkan tapak penyelidikan dan pembangunan (R&D) sel bahan api hidrogen global untuk menjalankan kajian terhadap teknologi sel bahan api selain merekrut dan melatih bakat tempatan di Brazil berkenaan kecerdasan dan tenaga bersih untuk mewujudkan pengeluaran hijau.

Segmen Baharu, GWM fokuskan R&D Tenaga Hidrogen
Segmen Baharu, GWM fokuskan R&D Tenaga Hidrogen

Sejak tahun 2016, GWM telahpun menubuhkan pasukan R&D yang bertaraf dunia untuk tenaga hidrogen, sistem sel bahan api dan teknologi kenderaan serta menjadi syarikat auto Cina pertama yang menyertai Hydrogen Council. Bahkan, syarikat ini melancarkan secara rasmi Strategi Tenaga Hidrogen pada tahun lalu yang bertujuan untuk membina masyarakat yang mampan dan lebih baik dengan tenaga hidrogen.

Sebagai teras dalam Strategi Tenaga Hidrogen, Hydrogen-L.E.M.O.N. Technology merangkumi set lengkap sistem R&D komponen yang dipasang pada kenderaan, tiga platform teknologi dan lima kelebihan prestasi. Ribuan ujian telah menunjukkan bahawa sistem R&D komponen yang dipasang pada kenderaan ini dapat menjamin prestasi tinggi, kualiti tinggi dan kos rendah. Platform Hydrogen Engine(HE), Hydrogen Stack(HS) dan Hydrogen Power(HP) menjamin kepimpinan keseluruhan GWM dalam tenaga hidrogen. Dengan mengambil platform HP sebagai contoh, berat keseluruhan injap silinder dan injap pelepas tekanan hanyalah satu pertiga daripada produk arus perdana dalam pasaran manakala kadar kebocoran hidrogen juga adalah jauh lebih rendah daripada yang ditetapkan oleh piawaian global. Berdasarkan kepada Hydrogen-L.E.M.O.N. Technology, semua produk tenaga hidrogen GWM memiliki prestasi yang tinggi dari segi kuasa (>200kW), kecekapan (>60%), suhu (>100℃), ketahanan (>20,000 jam) dan keterhubungan (tenaga baharu + sambungan pintar).

Ketika ini, projek tenaga hidrogen GWM telah mencapai kejayaan awal. Pada bulan Ogos 2021, GWM merupakan yang pertama di dunia yang menyelesaikan aplikasi 100 trak tugas berat berkuasa hidrogen 49-tan. Trak ini dilengkapi dengan sistem sel bahan api berkuasa tinggi 100 kW yang dibangunkan sendiri oleh GWM. Sistem sel bahan api memungkinkan trak memenuhi keperluan prestasi tinggi daripada pencucuhan suhu rendah pada -30℃ dan berfungsi dalam pelbagai keadaan operasi yang rumit.

GWM telah melabur sejumlah CNY 2 bilion dalam sektor R&D tenaga hidrogen, merancang untuk melabur sebanyak CNY 3 bilion lagi dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk mencapai kapasiti pengeluaran 10,000 set. Di pelancaran global Strategi Tenaga Hidrogennya, syarikat ini menyatakan visinya untuk mengekalkan paras tertinggi antara bahagian pasaran tenaga hidrogen global menjelang tahun 2025.

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Oil/Energy Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation Utilities New products/services