KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd baru-baru ini telah menjalin kerjasama dengan KVC Industrial Supplies Sdn Bhd dan JJ-LAPP (M) Sdn Bhd dalam usaha untuk memenuhi permintaan tenaga negara dan bagi mempercepatkan kemajuannya menuju keneutralan karbon menjelang tahun 2050 melalui pembuatan solar dan penggunaan teknologi Fotovolta (PV).
Perkongsian bersama KVC Industrial Supplies dan JJ-LAPP Malaysia ini akan menyaksikan kedua-dua rakan kongsi ini membawa sokongan jualan, pengedaran dan perkhidmatan rangkaian lengkap penyongsang solar Huawei ke seluruh negara ini. Kedua-dua pihak juga telah mendapat peranan baru-baru ini bagi menjadi pengedar utama penyongsang PV Pintar Huawei di Malaysia.
Huawei Malaysia juga akan melaksanakan tugas sebagai penasihat teknologi buat kedua-dua pihak dan mengeluarkan produk serta menjalankan latihan produk untuk menyokong pembangunan teknologi hidrogen bersih dan tenaga boleh diperbaharu yang lain.
Majlis penandatanganan MoU diadakan baru-baru ini dengan KVC Industrial Supplies dan JJ-LAPP Malaysia dalam dua majlis yang berasingan. Di kedua-dua majlis tersebut, Huawei Malaysia diwakili oleh En. Chong Chern Peng, Naib Presiden Digital Power. Majlis penandatanganan MoU bersama KVC disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia En. Michael Yuan manakala majlis penandatanganan bersama JJ-LAPP Malaysia disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif mereka, En. Marc von Grabowski.
"KVC telah menyumbang lebih daripada 600MW di Malaysia untuk industri PV Solar. Ini selari dengan nilai kami agar 'Komited terhadap Orang Ramai dan Planet ini.' Kami berusaha untuk mempercepatkan pemupukan ekosistem yang mampan melalui perkongsian yang strategik," ujar Pengarah Urusan Negara KVC Industrial Supplies En. Eddie Wong Kok Leong.
"Kami berbangga kerana dapat menjalin kerjasama dalam tempoh yang panjang dan berjaya dengan Huawei sejak tahun 2017. Kami telah mencapai kejayaan luar biasa apabila kami bekerjasama untuk memberikan pengurangan karbon yang belum pernah terjadi sebelum ini dan kami percaya bahawa XtructureD Solutions® PV solar komprehensif kami serta jaringan jualan yang ekstensif akan melengkapkan teknologi termaju Huawei dan mendorong kami menuju kejayaan yang lebih tinggi," tambah beliau.
"Kami berasa teruja untuk melanjutkan perkongsian kami bersama Huawei di Malaysia dan kami berharap dapat bekerjasama dengan mereka sebagai Rakan Kongsi Bernilai Tambah dan Rakan Kongsi Rantau ASEAN yang diperakui. Gabungan kepakaran Huawei, dengan pengalaman selama lebih 30 tahun dalam teknologi maklumat digital, serta JJ-LAPP Malaysia, penyedia penyelesaian kabel, sambungan dan tenaga boleh diperbaharui yang terkemuka dengan jaringan ekstensif serta capaian luas di ASEAN, pastinya akan mempercepatkan pertumbuhan penyelesaian tenaga boleh diperbaharui di Malaysia dan rantau ini," kata En. Chang Chee Keong, Pengurus Besar JJ-LAPP Malaysia.
Menurut En. Chong, perkongsian ini membolehkan semua pihak membina ikatan yang kukuh bersama pelanggan mereka dan meningkatkan kecekapan dalam menyampaikan produk, penyelesaian dan perkhidmatan yang lebih baik kepada pasaran.
"Kami percaya dengan pembangunan ekosistem tempatan dengan bekerjasama bersama rakan kongsi. Mencapai keneutralan karbon akan memerlukan usaha kolektif daripada semua pengusaha industri. Kami di Huawei komited untuk mencapai matlamat ini dengan menawarkan produk dan penyelesaian kami melalui perkongsian kami ke arah menerokai secara bersama perjalanan baharu transformasi nilai hijau dan digital untuk masyarakat," kata En. Chong.
Tenaga solar telah menjadi tonggak penting dalam peralihan tenaga global dan menjadi sumber tenaga pilihan lantaran kemajuan pesat penyelesaian berteknologi tinggi yang telah meningkatkan secara drastik kebolehcapaian, kebolehsuaian, penetapan harga yang kompetitif, kemampanan dan output produktiviti.
Dengan penggunaan kuasa elektrik yang dijangka meningkat dua kali ganda menjelang tahun 2040 di Asia Tenggara, Malaysia merupakan salah satu daripada pasaran tenaga solar yang berkembang paling pantas. Permintaan terhadap tenaga solar menimbal balik kebimbangan emisi dan pencemaran daripada penggunaan kuasa elektrik yang tinggi dan merupakan kunci untuk memenuhi kapasiti tenaga tambahan yang akan diperlukan untuk mendorong pertumbuhan dalam pasaran baru muncul rantau ini