omniture

Belkin tawar rangkaian penyelesaian aksesori untuk siri iPhone 13 dan iPad baharu

Tingkatkan pengalaman pada peranti Apple dengan rangkaian penuh aksesori
Belkin
2022-02-25 13:46 72

KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Belkin, peneraju pasaran bagi aksesori mudah alih, memperkenalkan rangkaian aksesori dinamik yang sangat sesuai untuk siri iPhone 13 dan siri iPad yang terkini hari ini.

Aksesori MagSafe Belkin

Penyelesaian aksesori MagSafe berkuasa daripada Belkin telah dioptimumkan untuk siri iPhone 13. Ia mempunyai fungsi pengecasan tanpa wayar selamat 15W, keserasian tinggi dengan sistem MagSafe dan pengalaman bebas tangan yang terbaik.

Mereka yang memiliki pelbagai peranti Apple akan menghargai Pengecas Tanpa Wayar 3-dalam-1 BOOST CHARGE™ PRO dengan MagSafe 15W yang dapat mengecas iPhone, Apple Watch dan AirPods secara serentak.

SRP: RM699


Terdapat juga pilihan alternatif – Cagak Pengecas Tanpa Wayar 2-dalam-1 BOOST CHARGE™ PRO dengan MagSafe 15W untuk mereka yang tidak memerlukan pengecas Apple Watch tetapi masih mahukan kemagnetan berkuasa MagSafe dan pengecasan 15W yang amat pantas. Kedua-duanya boleh didapati dalam warna Hitam/Putih.

SRP: RM499

Belkin MagSafe Vent Mount PRO dengan MagSafe membolehkan pemandu memasang telefon mereka dengan selesa dan selamat dengan satu tangan hasil daripada daya magnet berkuasa MagSafe. Badan produk ini terdiri daripada tapak yang kuat dan klip lohong yang dipasang dengan selamat pada lohong kenderaan. Pemandu juga boleh bertukar dengan mudah antara mod landskap dan potret dengan satu tangan.

SRP: RM199

Rangkaian Magnetik Belkin

Selain daripada rangkaian MagSafe, Belkin turut menawarkan pelbagai gaya pengecasan magnetik yang serasi dengan MagSafe. Menerusi Cagak Pengecas Tanpa Wayar Magnetik BOOST CHARGE™ 7.5W, pengguna boleh bertukar daripada membuat panggilan video dalam orientasi potret hinggalah menonton kandungan video dalam orientasi landskap dengan mudah sambil mengecas telefon mereka di atas meja.

SRP: RM229 (dengan penyesuai kuasa) dan RM189 (tanpa penyesuai kuasa)

Untuk pengecasan cekap ruang semasa dalam perjalanan, Pad Pengecas Tanpa Wayar Mudah Alih Magnetik BOOST CHARGE™ 7.5W mengecas iPhone dengan pad pengecas berbentuk bulatan kecil pada penghujung kabel yang nipis dan panjang. Kedua-dua gaya pengecasan ini didatangkan dalam warna Hitam/Putih dan pengguna boleh memilih untuk mendapatkannya dengan atau tanpa penyesuai kuasa.

SRP: RM199 (dengan penyesuai kuasa) dan RM159 (tanpa penyesuai kuasa)

Pengecas Pantas Mudah Dibawa untuk Apple Watch BOOST CHARGE™PRO Belkin dalam Hitam/Putih menyediakan modul pengecas lebih mudah untuk Apple Watch Series 7. Pengecas yang kompak dan sedia-dibawa memberikan 33% kepantasan pengecasan tatkala anda meletakkan Apple Watch secara mendatar atau dipaparkan dalam mod tempat letak malam. Kabel USB-C 1.2M dengan pengurusan kabel yang intuitif juga membolehkan anda mengecas dan mengekalkan ruang anda dalam keadaan yang kemas.

SRP: RM319 (tanpa penyesuai kuasa)

Bank Kuasa Tanpa Wayar Magnetik BOOST CHARGE™ 2.5K 2500mAh Belkin berwarna Hitam/Putih merupakan bank kuasa mudah alih yang dipasangkan dengan selamat pada bahagian belakang iPhone, agar pengguna tidak perlu menyambungkan sebarang kabel untuk mengecasnya.

SRP: RM179

Tidak lagi kehabisan kuasa di jalan raya dengan Pengecas Kereta Tanpa Wayar Magnetik BOOST CHARGE™ 10W Belkin. Ia membolehkan pengecasan tanpa wayar yang mudah sehingga 10W sambil menggunakan peta atau menjawab panggilan semasa pengguna memandu. Sekiranya telefon pengguna mempunyai sarung serasi MagSafe rasmi, mereka tidak perlu mengeluarkannya.

SRP: RM179


Pengecas Dinding Berkuasa dan Mudah Alih

Rangkaian pengecas dinding BOOST CHARGE™ Belkin memberikan pengecasan yang amat pantas - memberi kuasa kepada peranti pengguna daripada 0 – 50% dalam 30 minit.

Dwi Pengecas Dinding USB-C PD GaN BOOST CHARGE™ 63W dioptimumkan untuk perkongsian kuasa pintar. Cas satu peranti dan dapatkan sehingga 60W atau dua peranti dengan jumlah kuasa yang tepat – tablet sehingga 50W dengan satu port dan telefon pintar sehingga 18W dengan yang lain.

SRP: RM259

Dwi Pengecas Dinding USB-C PD BOOST CHARGE™ 40W memungkinkan pengecasan kuasa dengan dwi port USB-C yang menyampaikan sehingga 20W kuasa setiap satu.

SRP: RM109

Dwi Pengecas Dinding BOOST CHARGE™ dengan PPS 37W menyokong pengecasan pantas dengan teknologi Standard Kuasa Boleh Diatur Cara (PPS). Ia menyampaikan kuasa USB-C PD optimum kepada peranti yang serasi dan mempunyai port USB-A 12W untuk mengecas peranti kedua secara serentak.

SRP: RM119

Alami pengecasan tahap seterusnya dengan Pengecas Dinding 30W USB-C PD GaN BOOST CHARGE™. Ia menyediakan pengecasan pantas untuk peranti yang serasi dengan teknologi Penyampaian Kuasa USB-C yang memberikan paras kuasa yang jauh lebih tinggi berbanding pengecasan standard.

SRP: RM149

Pengecas Dinding USB-C PD 3.0 PPS BOOST CHARGE™ 25W mengupayakan bekalan kuasa untuk menyelaraskan output secara dinamik mengikut peranti terhubung, memberikan jumlah kuasa tepat yang diperlukan untuk pengecasan yang ideal dan selamat.

SRP: RM129

Pengecas Dinding 20W USB-C PD BOOST CHARGE™ yang inovatif menggunakan transistor Galium nitrida (GaN) berprestasi tinggi yang menyampaikan pengecasan pantas tahap seterusnya dengan kurang haba dihasilkan.

SRP: RM79


Bunyi Tanpa Wayar Sebenar

Keluar daripada mesyuarat dan terus menuju senaman kegemaran pengguna dengan Fon Telinga Nirwayar Sebenar SOUNDFORM™. Ia diuji untuk rintangan air dan peluh IPX5 untuk pengguna bergerak menempuh aktiviti harian tanpa bimbang. Tersedia dalam warna Hitam/Putih.

SRP: RM229

Bekerja dari rumah, di meja atau di mana-mana dengan mudah bersama Fon Telinga Nirwayar Sebenar Rise SOUNDFORM™ yang tersedia dalam warna Hitam/Biru/Putih. Terdapat dua mikrofon pada setiap fon telinga dan teknologi pembatalan hingar persekitaran panggilan-jelas bagi memastikan kejelasan. Tersedia dalam warna Hitam/Biru/Putih.

SRP: RM299

Dengarkan muzik kegemaran sambil mengecas iPhone/iPad secara serentak dengan Lightning Audio + Charge RockStar™ , dalam warna Putih. Pilihlah 3.5 mm Audio + Charge RockStar™, dalam warna Putih untuk menyambungkan iPhone kepada komputer riba dan akses muzik atau pindahkan data semasa menyegerak.

SRP: RM225 (Lighting Audio)

SRP: RM215 (3.5mm Audio)


Kabel pengecas


Nikmati pengecasan pantas pada peranti, sehingga 50% dalam 30 minit, apabila memasangkan USB-C BOOST CHARGE™ kepada Kabel Lightning.  Tersedia dengan ukuran panjang 1m dan dalam warna Hitam/Midnight Green/Putih.

SRP: RM95

Selain daripada pengecasan pantas dengan pengecas 18W USB-PD, dapatkan ketahanan tambahan dengan USB-C Terjalin BOOST CHARGE™ kepada Kabel Lightning. Ia direka bentuk untuk mengelakkan daripada berbulu akibat penggunaan yang kerap. Tersedia dengan ukuran panjang 1m dan dalam warna Hitam/Putih.

SRP: RM105

Aksesori untuk iPad

Mengembara dengan tablet tanpa berkompromi dari segi kerja atau bermain. Penyesuai Hab Berbilang Port 7-dalam-1 USB-C CONNECT™ Belkin membolehkan pengguna menukarkan iPad mereka kepada stesen kerja mini dengan dua port USB-A, port USB-C, port HDMI, pembaca kad SD 3.0, pembaca kad mikro-SD dan port input/output audio 3.5mm.

SRP: RM289

Satu lagi alternatif ialah Hab Multimedia USB-C™ Belkin yang mempunyai port Eternet dan bukannya mikro-SD dan port input/output audio 3.5mm. Kedua-dua produk ini boleh disambungkan kepada peranti dengan mudah dan selamat yang dioptimumkan untuk jenis USB-C dan dicirikan oleh kemudahalihan yang mudah.

SRP: RM469

Untuk mengecas, Belkin mengesyorkan Dwi pengecas pantas USB-C PD GaN 63W BOOST CHARGE™ yang masing-masing menyokong output 18W dan 50W daripada dua port USB-C atau sehingga 60W output apabila menggunakan satu port dan memberi kuasa kepada iPad sehingga 50% dalam 45 minit.

SRP: RM259


[Harga dan Ketersediaan]

Semua produk kini tersedia di gedung Belkin Lazada Official dan gedung Belkin Shopee Mall.

Latar Belakang Belkin 

Belkin merupakan peneraju pasaran aksesori yang menyediakan penyelesaian kuasa, perlindungan, produktiviti, sambungan dan audio untuk pelbagai jenis barangan elektronik pengguna dan persekitaran perniagaan. Direka bentuk di Selatan California dan dijual di lebih daripada 50 negara di seluruh dunia, Belkin mencipta produk yang menghubungkan orang ramai kepada teknologi yang mereka gemari sama ada di rumah, di tempat kerja atau dalam pengembaraan baharu. Pada tahun 2018, Belkin International (Belkin®Linksys®Wemo®Phyn®) bergabung dengan Foxconn Interconnect Technology untuk meningkatkan pengaruh globalnya dan kekal mendapat inspirasi buat selama-lamanya oleh orang ramai dan planet yang kita diami ini.

Source: Belkin
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Computer Accessories Retail New products/services