omniture

Suatu Kisah Bersatu Hati: Kimpton lancar Digital Guestbook baharu untuk berhubung melalui cerita

Pengembara boleh menyumbang kepada Guestbook untuk memenangi satu daripada empat 'Ultimate Kimpton Experiences' 10-malam
Kimpton Hotels & Restaurants
2022-03-01 09:00 11

SINGAPURA, 1 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini, apabila hubungan insan lebih penting berbanding sebelum ini, jenama mewah butik IHG Hotels & Resorts, Kimpton Hotels & Restaurants melancarkan Kimpton Digital Guestbook di Australia, Asia Tenggara dan Korea – memberi nafas baharu kepada seni penceritaan. Platform ini mencetuskan ekspresi kreatif melalui visual dan video, mengundang pengembara untuk berkongsi dan bertukar-tukar cerita yang dihubungkan bersama oleh cinta terhadap perhubungan. Untuk tempoh waktu yang terhad, pengembara juga boleh memenangi satu daripada empat 'Ultimate Kimpton Experiences' untuk berhubung semula menerusi penginapan 10 malam yang tidak dapat dilupakan.


 

Andre Wee – Chance and serendipity
Andre Wee – Chance and serendipity

 

MYRNE – Reconnect through music
MYRNE – Reconnect through music

 

Alyce Tan – Palm Spring reminisce
Alyce Tan – Palm Spring reminisce

 

NOVO – New Perspective Through Travel
NOVO – New Perspective Through Travel

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: https://www.prnasia.com/mnr/Kimpton_202202.shtml

Warisan Kimpton dibina berdasarkan etos untuk membawakan hubungan insan yang tulus, dengan mempercayai bahawa hubungan ini menjadikan kehidupan orang ramai lebih baik dan persamaan serta hubungan wujud antara semua insan. Biarpun perjalanan antarabangsa mungkin ditangguhkan untuk sesetengah orang, yang lain kembali melancong atau bersedia untuk mengambil beg pakaian mereka dan mencari destinasi baharu. Digital Guestbook merangkumkan komuniti cerita ini dan membolehkan orang ramai untuk menerokai ciri-ciri detik-detik yang dihargai, erti hubungan antara satu sama lain pada masa kini atau sekadar harapan untuk masa akan datang.

Koleksi ini dilancarkan dengan cerita-cerita daripada Pencipta undangan – seleksi artis dan peneroka – dari Sydney hingga Korea Selatan. Dengan kisah tentang bersatu hati yang berwarna-warni dari serata dunia, Kimpton Digital Guestbook menyertakan kisah-kisah daripada DJ dan penerbit Singapura, MYRNE serta pengilustrasi percubaan, Andre Wee; usahawan Australia, Alyce Tran individu berpengaruh untuk fesyen dan gaya Jasmin Howell, jurugambar, Jarrad Seng serta model dan penyampai, Christian Wilkins, dan artis Korea Selatan Novo dan juga pengilustrasi fesyen, Jaesuk Kim.

Bagi meraikan hotel-hotel Kimpton serta baharu di serata dunia dan mencipta kisah hubungan insan yang baharu, jenama ini akan memberikan 'Ultimate Kimpton Experiences' kepada empat pemenang bertuah: pengembaraan selama 10 malam yang tidak dapat dilupakan di hotel-hotel Kimpton yang mengambil bahagian di Sydney, Bali, Bangkok, Koh Samui atau Paris, termasuk jadual perjalanan yang disesuaikan serta semua faedah Kimpton yang utama. Mulai sekarang hingga 13 Mac 2022, peserta-peserta dijemput untuk berkongsi detik hubungan insan tulus ikhlas yang paling mereka hargai di Instagram dengan tagar #KimptonStories. Ketahui lebih lanjut di sini.

Hotel-hotel Kimpton baharu yang mengujakan – daripada pusat peranginan bagaikan mimpi kepada ikon warisan

Sejak jenama ini dicipta oleh Bill Kimpton di San Francisco pada tahun 1981, Kimpton telah mewujudkan budaya yang menghapuskan halangan antara tetamu dan kakitangan, mencipta suasana yang menyenangkan, teliti dan ramah yang amat disukai oleh tetamu. Hari ini, jenama perkhidmatan dan gaya unik Kimpton boleh ditemui di lebih 75 hotel di serata dunia.

Pada tahun 2020, hotel Kimpton yang pertama dibuka di Asia Tenggara dengan Kimpton Maa-Lai Bangkok perintis di daerah kreatif Thailand, Langsuan. Tahun 2022 terus menjadi tahun dengan pertumbuhan yang menarik untuk Kimpton Hotels & Restaurants, dengan tujuh hartanah bakal dibuka di lokasi bandar dan pusat peranginan yang baharu – bermula pada bulan Januari dengan Kimpton Kitalay Samui sebagai pusat peranginan Kimpton pertama Thailand, lengkap dengan daya tarikan tepi pantai berangin yang diinspirasikan oleh gaya hidup Samui manakala bulan Februari merupakan penampilan sulung Australia jenama ini menerusi Kimpton Margot Sydney: hotel Art Deco tersergam indah yang disenaraikan sebagai warisan yang menawarkan tetamu dengan penemuan berharga yang terdiri daripada sejarah, acara sementara, malah bilik bawah tanah. Memandang ke hadapan, pusat peranginan mewah butik vila sepenuhnya, Kimpton Naranta Bali akan dibuka sebagai pintu masuk yang sempurna ke Island of the Gods dengan peluang kemewahan berkaki ayam yang tidak dapat dilupakan.

Lihat dan sumbangkan kepada Kimpton Digital Guestbook di sini atau tempah penginapan di salah satu hotel dan pusat peranginan baharu Kimpton di sini.

Belda Chen
Pengurus Perhubungan Awam Jenama, Asia Tenggara & Korea
belda.chen@ihg.com

Source: Kimpton Hotels & Restaurants
Keywords: Computer/Electronics Hotels and Resorts Multimedia/Online/Internet Restaurants Retail Travel