omniture

Menghapuskan 5 Salah Konsep untuk Mempercepatkan Pembangunan Hijau

Huawei
2022-03-01 09:11 183

BARCELONA, Sepanyol, 1 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Huawei menganjurkan Day0 Forum "Menerangi Masa Depan" sebagai sebahagian daripada pendahulu mereka menjelang MWC22 Barcelona. Ketua Pegawai Pemasaran Huawei Carrier Dr. Philip Song menyampaikan ucapan dasar yang bertajuk "Lima Salah Konsep mengenai Pembangunan Hijau" di forum ini. Beliau berkata, "Pembangunan hijau merupakan istilah yang amat popular. Sama seperti daripada mekanik klasik Newton hinggalah teori relativiti Einstein, pembangunannya pasti menempuh laluan yang berlingkar-lingkar antara konsep yang salah dan kebenaran. Kita perlu melepasi kelima-lima salah konsep ini secepat mungkin bagi mempercepatkan pembangunan hijau dalam industri ICT."

Philip Song berucap di Huawei Day0 Forum
Philip Song berucap di Huawei Day0 Forum

Salah konsep 1: Industri ICT menyumbang kepada peningkatan emisi karbon. Menurut laporan SMARTer2030 GeSI, industri ICT dijangka hanya menyumbang sebanyak 1.97% daripada emisi karbon global menjelang tahun 2030. Apa yang lebih penting, industri-industri lain dijangka mengurangkan emisi karbon mereka sendiri sebanyak 20% dengan mengggunakan teknologi ICT, iaitu sejumlah 10 kali ganda emisi karbon daripada industri ICT itu sendiri. Penjimatan kedua ini digelar jejak tangan karbon (carbon handprint). Saiz jejak tangan karbon ini menjadikan infrastruktur ICT semakin penting dalam banyak strategi negara. Huawei sendiri meramalkan bahawa 1 YB data global akan disimpan di awan menjelang tahun 2030. Ini bererti 150 juta tan emisi karbon dapat dijimatkan setiap tahun sekiranya infrastruktur semasa dilengkapi dengan teknologi transmisi optik sepenuhnya yang lebih hijau. Penjimatan ini akan bersamaan dengan menanam 200 juta batang pokok – jumlah yang dapat meliputi seluruh Eropah dengan hutan.

Salah konsep 2: Terdapat penumpuan yang berlebihan terhadap emisi rantaian bekalan yang dianggap sebagai penyebab terbesar emisi karbon untuk peralatan rangkaian. Seperti yang diterangkan oleh Dr. Song dalam pembentangan beliau, jika anda melihat kepada seluruh kitaran hayat dalam peralatan rangkaian, hanya 2% daripada emisi karbonnya dihasilkan semasa proses pembuatan, manakala 80-95% dihasilkan semasa penggunaan. Justeru itu, Dr. Song mencadangkan bahawa kunci untuk mengurangkan emisi karbon industri ICT akan menerima pakai teknologi yang inovatif bagi meningkatkan kecekapan tenaga.

Salah konsep 3: Pembangunan hijau hanyalah mengenai tenaga hijau. Walaupun pembangunan kuasa solar dan angin penting untuk pembangunan hijau dalam industri ICT, keuntungan besar dapat diperoleh dengan meningkatkan kecekapan tenaga dalam rangkaian telekomunikasi secara sistematik. Bagi mencapai tujuan ini, Huawei melancarkan penyelesaian hijau tiga-lapisan di sidang kemuncak ini untuk meningkatkan kecekapan tenaga rangkaian secara sistematik melalui "Tapak Hijau, Rangkaian Hijau dan Operasi Hijau", lalu membantu pembawa mencapai "Lebih Bit, Kurang Watt".

Salah konsep 4: Kecekapan tenaga rangkaian bersamaan dengan jumlah kecekapan tenaga peralatan telekomunikasinya. Penilaian kecekapan tenaga pada satu kotak peralatan tidak mencukupi untuk melaksanakan keputusan perancangan dan pembinaan yang komprehensif dan berasaskan senario. Huawei mengesyorkan untuk menubuhkan sistem penunjuk yang seragam dan terpiawai (NCI) untuk menilai dan menggubal dasar penjimatan tenaga dengan tepat untuk seluruh rangkaian dengan mengukur penunjuk kecekapan tenaga daripada peralatan komunikasi utama, peralatan bantuan tapak, rangkaian pengangkut dan pusat data.

Salah konsep 5: Penjimatan tenaga tidak seharusnya memberi kesan kepada sebarang penunjuk prestasi rangkaian. Sebenarnya, terdapat keseimbangan antara ciri-ciri penjimatan tenaga dan beberapa penunjuk rangkaian. Walau bagaimanapun, ciri-ciri penjimatan tenaga boleh diterima pakai dengan mengorbankan kadar puncak dan beberapa penunjuk lain, namun tanpa memberi impak kepada pengalaman pengguna sebenar. Di Jerman, penyelesaian penutupan pintar digunakan di pusat membeli-belah pada tengah malam. Walaupun ia mengurangkan sedikit kadar puncak, ia dapat mengurangkan penggunaan tenaga di tapak sebanyak 10% tanpa menjejaskan pengalaman pengguna.

Dalam ucapan penutup beliau, Dr. Song menyampaikan lima cadangan untuk pembangunan hijau dalam industri ICT: "Pertama, kita harus membangunkan dengan bersungguh-sungguh industri ICT bagi mengupayakan pembangunan hijau dalam industri-industri lain. Kedua, kita harus memberi lebih perhatian kepada emisi karbon dalam infrastruktur ICT semasa penggunaan dan bukan hanya semasa pembuatan. Ketiga, penyelesaian sistematik "Tapak Hijau, Rangkaian Hijau dan Operasi Hijau" akan membantu pembawa untuk terus meningkatkan kapasiti rangkaian dan mengurangkan penggunaan kuasa bagi setiap bit, lalu mencapai "Lebih Bit, Kurang Watt". Keempat, kita harus menakrifkan sistem penunjuk kecekapan tenaga yang seragam bagi mengenal pasti masalah utama dalam penggunaan tenaga. Kelima, watt ditentukan oleh pengalaman pengguna."

MWC22 Barcelona akan berlangsung mulai 28 Februari hingga 3 Mac di Barcelona, Sepanyol. Huawei akan mempamerkan produk dan penyelesaiannya di gerai pameran 1H50 di Fira Gran Via Hall 1. Bersama pengendali global, ahli profesional industri dan pemimpin pendapat, kita akan mendalami topik-topik seperti trend industri, GUIDE to the Future dan pembangunan hijau untuk membayangkan masa depan rangkaian digital. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://carrier.huawei.com/en/events/mwc2022.

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Future Events