KUALA LUMPUR, Malaysia, 1 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Gibraltar BSN Life Berhad baru-baru ini telah melancarkan i-FlexCover, sebuah produk insurans pelan langganan yang memberikan fleksibiliti kepada pelanggan untuk menambah atau mengurangkan jumlah perlindungan mereka pada bila-bila masa untuk memenuhi bajet dan keperluan gaya hidup mereka yang sentiasa berubah.
i-FlexCover ialah pelan insurans hayat bertempoh yang menawarkan perlindungan komprehensif untuk kematian, hilang upaya menyeluruh dan kekal serta kematian akibat kemalangan. Di bawah pelan ini, pelanggan yang berumur di antara 16-55 tahun boleh memohon perlindungan mampu milik sebanyak RM5,000 hingga RM150,000 dengan harga serendah RM3.90 sebulan.
Mengambil petunjuk daripada produk langganan seperti Netflix atau Spotify, kadar premium untuk i-FlexCover tidak akan berubah tanpa mengira umur dan jantina dengan tempoh perlindungan yang berakhir pada usia 61 tahun.
Mengulas mengenai pelancaran ini, Ketua Pegawai Eksekutif Gibraltar BSN Life Berhad Lee Kok Wah berkata, "Tidak lama dahulu, membeli insurans hayat merupakan satu komitmen kekal sepanjang hayat yang tidak dapat diubah suai mengikut keadaan apabila terdapat perubahan kehidupan yang tidak dijangkakan. Pelanggan pada hari ini inginkan kebebasan dalam menentukan polisi mereka dan kuasa pilihan untuk memadankan tahap perlindungan dengan keadaan mereka yang berubah dari masa ke semasa. Dengan memanfaatkan model langganan ini, kami yakin bahawa i-FlexCover dapat menarik minat pelanggan yang memerlukan perlindungan mudah dan mampu milik yang diolah khusus untuk keperluan unik mereka."
Satu lagi ciri menarik produk ini ialah perlindungan yang akan meningkat tiga kali ganda bagi kematian akibat kemalangan dalam kenderaan awam seperti LRT atau Grab.
Untuk menyediakan pelanggan dengan platform digital sehenti yang boleh mengurus segala keperluan insurans mereka, i-FlexCover boleh didapati di i2u, platform e-Dagang Gibraltar BSN. Keseluruhan proses jualan adalah secara digital dengan proses pengunderaitan dalam talian yang mudah dan diakhiri dengan pelanggan menerima e-polisi dalam e-mel mereka serta-merta.
Dengan melayari i2u, pelanggan juga boleh menambah perlindungan i-FlexCover mereka dengan i-Protect Plus, pelan perlindungan penyakit kritikal daripada RM11.50 sebulan atau i-Med, pelan kad perubatan daripada RM41.85 sebulan.
sila lawati laman web kami di www.gibraltarbsn.com