omniture

Penyongsang C&I baharu Growatt kini tersedia dalam pasaran global

Growatt
2022-03-01 22:45 143

SHENZHEN, China, 1 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Growatt, pembekal penyongsang komersial 5 terbaik global mengumumkan ketersediaan penyongsang LV MAX 100-125KTL3-X dalam pasaran global. Sejak kemunculan sulungnya tahun lalu, penyongsang ini telah menarik perhatian yang ketara dalam industri ini dengan ciri-cirinya yang luar biasa.

Growatt’s new C&I inverter is now available on global markets
Growatt’s new C&I inverter is now available on global markets

"Direka khas untuk aplikasi solar C&I, model MAX baharu ini ditetapkan dengan kuasa output maksimum 125kW yang merupakan kuasa tertinggi untuk penyongsang rentetan dengan pelbagai MPPT pada paras 400Vac," kata Lisa Zhang, Pengarah Pemasaran Growatt. Dengan arus input DC maksimum yang mencecah 32A untuk setiap MPPT dan 16A untuk setiap rentetan, penyongsang MAX baharu ini bergabung baik dengan modul berkuasa tinggi dan dwimuka. 10 penjejak MPP menyokong sambungan maksimum 20 rentetan yang mengurangkan kehilangan tenaga yang disebabkan oleh kesan bayang-bayang dan ketidakpadanan modul dengan ketara.

Selain itu, MAX menyokong sehingga 150% nisbah DC/AC bagi mencapai LCOE yang lebih rendah untuk loji PV. Dengan julat operasi MPPT yang luas daripada 180V hingga 1000V, penyongsang ini boleh mula beroperasi pada awal pagi dan terpadam pada waktu petang, mencapai masa operasi yang lebih lama bagi mendapatkan lebih banyak tenaga solar. Growatt meningkatkan keselamatan operasi dengan SPD Jenis II pada sisi DC&AC, reka bentuk tanpa fius, suis DC disepadukan, perlindungan IP66 serta perlindungan arkaan aktif (AFCI) pilihan serta pemulihan PID terbina-dalam bagi menyediakan perlindungan menyeluruh untuk penyongsang, bahkan seluruh sistem PV.

"Mengurus sejumlah besar penyongsang mungkin agak rumit, jadi untuk menjadikan pengurusan sistem lebih pintar dan lebih mudah, kami menambah pelbagai penyelesaian pemantauan dan pengurusan tenaga pintar untuk projek solar C&I," tambah Lisa Zhang. Growatt mempermudah pengurusan berbilang penyongsang dengan Pengurus Tenaga Pintarnya, yang juga dapat merealisasikan had eksport dan kawalan PF ke atas sistem. Syarikat ini membangunkan ShinePhone dan ShineServer untuk pengguna akhir memantau operasi sistem pada bila-bila masa dan sistem OSS (Perkhidmatan Pintar Dalam Talian) untuk pemasang dan pengedar mengakses perkhidmatan dalam talian dengan mudah, seperti imbasan dan diagnosis IV pintar dalam talian, konfigurasi jarak jauh dan penaiktarafan perisian tegar, yang membolehkan 60% isu diselesaikan tanpa kunjungan ke tapak, lantas mengurangkan kos O&M.

"Sejak pelancarannya baru-baru ini dalam pasaran, penyongsang MAX baharu telah mengumpul dengan pantas lebih 500MW penghantaran. Kini, kami bersedia untuk membawakan penyelesaian C&I yang cemerlang ini ke lebih banyak negara di seluruh dunia," simpul Lisa Zhang.

 

Source: Growatt
Keywords: Computer/Electronics Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Retail Utilities New products/services