omniture

Chindata Group: En. Wu Huapeng Dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Merintis Kumpulan dalam Pembangunan Baharu

Chindata Group
2022-03-02 05:47 66

BEIJING, 2 MAC, 2022 /PRNewswire/ -- Pada 25 Februari, penyedia penyelesaian pusat data hiperskala neutral-pembawa yang terkemuka dalam pasaran baru muncul Asia-Pasifik - Chindata Group mengumumkan secara rasmi bahawa En. Wu Huapeng, bekas Presiden China Kumpulan ini, dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perancangan strategik, pengurusan organisasi dan pembangunan perniagaan Kumpulan ini, berkuat kuasa serta-merta.


Lembaga Pengarah Chindata Group menyatakan: "Pelantikan ini dibuat selepas pertimbangan yang teliti dan penilaian yang komprehensif. Pihak Lembaga mengiktiraf kebolehan En. Wu dan sumbangan beliau kepada wawasan strategik, kepakaran pengurusan, sumbangan perniagaan dan sumber industri Kumpulan ini. Kami akan menyokong sepenuhnya kepimpinan dan tugas pengurusan En. Wu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ini."

Jonathan Zhu, Pengarah Urusan Bain Capital (Asia) menyatakan: "En. Wu memiliki sumber yang luas dan pengaruh mendalam dalam ekosistem Internet. Kami mempunyai keyakinan yang mencukupi bahawa di bawah kepimpinan En. Wu, perniagaan Chindata Group akan menjadi lebih terpelbagai, budayanya akan menjadi lebih terbuka dan asasnya akan menjadi lebih kukuh, agar dapat merealisasikan kemajuan berterusan daripada 10 kepada 100."

Menyertai Chindata Group pada tahun 2019 sebagai Presiden Chindata China, berpegang pada prinsip "berkembang bersama, kejayaan bersama", En. Wu telah membina ekosistem "empat-dalam-satu" perintis melibatkan digital, ekonomi dan industri berkisarkan pelanggan, rakan ekologi, pengendali telekomunikasi dan kerajaan, serta melakar kejayaan mendalam dalam pempelbagaian pelanggan kumpulan ini, pertumbuhan perniagaan mantap yang berterusan dan susun atur strategik termaju.

Sebelum menyertai Chindata Group, En. Wu telah melakar pencapaian yang serba boleh dalam kerjaya beliau. Beliau merupakan pengasas iTechClub Internet Technology Elite Club dan 1024 Academy, berkhidmat sebagai Naib Presiden Phoenix New Media dan Ketua Pegawai Teknologi Ifeng.com. Beliau turut berkhidmat sebagai pengarah eksekutif China Computer Users Association dan dipilih sebagai ahli AETDEW (Academy of Engineering and Technology for Developing Countries). Menerusi pengalaman pengurusan cemerlang beliau selama lebih daripada 20 tahun dalam industri Internet, En. Wu sentiasa memberi tumpuan pada penstrukturan semula nilai ekologi dalam industri pengkomputeran China. Sepanjang kerjaya beliau, beliau terus menumpukan perhatian kepada reka bentuk seni bina IT paras tertinggi dalam industri Internet China, menyokong kepentingan perkembangan teknologi dalam era digital China. En. Wu telah mempengaruhi dan memberi inspirasi kepada bakat Internet kanan yang tidak terkira ramainya dan diiktiraf sebagai "pengetua" oleh industri ini dan pengamalnya.

En. Wu Huapeng merakamkan rasa terima kasih beliau atas pengiktirafan dan kepercayaan oleh Lembaga Pengarah ini. "Saya berbesar hati menggalas tanggungjawab pengurusan Chindata Group, sebuah perusahaan pusat data yang cemerlang dan mengharapkan kerjasama yang erat bersama pihak lembaga pengarah dan pasukan pengurusan pada masa akan datang," memetik kata-kata En. Wu, "dalam masa yang sama, berdasarkan kepada kelebihan utama dan pengaruh industri Chindata Group dalam produk, teknologi, model perniagaan dan pasukan bakat, kami yakin dapat menyediakan pelanggan dengan perkhidmatan berkualiti tinggi yang lebih baik daripada yang dijangkakan, menyediakan pekerja dengan peluang lebih baik serta mencipta nilai tempoh yang lebih panjang untuk pihak berkepentingan kami."

Pada masa akan datang, diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif baharu, En. Wu Huapeng, Chindata Group akan terus memberi tumpuan kepada perniagaan IDC terasnya selain berusaha dalam bidang-bidang seperti penapakan dan pembangunan nod pengkomputeran penting di bawah dasar "East Data West Computing" ("Data Timur Pengkomputeran Barat"), pembangunan perniagaan luar negara, selain pembangunan tenaga boleh diperbaharui. Chindata Group akan mendalami keperluan pelanggan dengan mendalam, meningkatkan produk dan penyelesaian secara berterusan, memperkukuh sistem kerjasama ekologi, justeru itu, memasuki tahap pembangunan baharu dan mencapai matlamat pembangunan serba baharu.

 

Source: Chindata Group
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Personnel announcements Data Analytics