omniture

XCMG Saksikan Lonjakan Eksport pada Awal 2022, dengan Eksport Kumpulan Produk Tersuai ke Negara-negara Asia-Pasifik

XCMG
2022-03-02 06:48 94

SHANGHAI, 2 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, XCMG (SHE:000425) menghantar lebih 200 pesanan produk tersuai ke negara-negara terutamanya di rantau Asia-Pasifik, termasuk kren, gerudi arah mendatar, kren rangkak, jentera jalan raya dan banyak lagi. Antaranya, kren semua rupa bumi XCA800 dieksport ke pasaran berkualiti tinggi di Asia-Pasifik telah memecah rekod XCMG sendiri dalam mengeksport kren semua rupa bumi tanan terbesar yang ditetapkan oleh eksport QAY650 ke Maghribi dan Brazil sebelum ini.

Kren XCMG Beroperasi dalam Projek Rel Ringan di Filipina.
Kren XCMG Beroperasi dalam Projek Rel Ringan di Filipina.

"Strategi keseluruhan XCMG di rantau Asia-Pasifik adalah untuk menekankan penyesuaian produk bagi memenuhi keperluan khusus pelanggan serta perkhidmatan andal yang menjamin prestasi cemerlang produk peralatan kami," kata Wang Min, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi XCMG.

Pada bulan Januari, XCMG mengeksport kumpulan besar kren rangkak ke negara-negara Inisiatif Jalur dan Jalan serta pasaran berkualiti tinggi, menandakan pertumbuhan sebanyak lebih daripada 500 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Kren tersuai yang dieksport oleh XCMG ke pasaran Asia-Pasifik diiktiraf secara meluas untuk reka bentuk, fungsian, kualiti dan keandalannya:

  • Amat boleh disesuaikan: kren boleh beroperasi secara berterusan di bawah suhu tinggi iaitu 50 darjah Celsius dan memastikan operasi yang andal semasa hujan.
  • Konfigurasi mengagumkan: kren ini menyediakan konfigurasi berbeza untuk model kawalan, konfigurasi fungsi, pemasangan keselamatan dan lampu amaran.
  • Prestasi cemerlang: prestasi mengangkat kren XCMG melangkaui purata industri sebanyak 2-20 peratus, kebolehtunggangan adalah 2-18 peratus melebihi purata industri dan penggunaan sistem hidraulik baharu menjadikan operasi lebih lancar dan lebih jitu.
  • Amat pintar: mengguna pakai teknologi kawalan pintar yang utama dalam industri seperti kawalan pengimbang amplitud angkat, kawalan susulan win dan perancangan keadaan kerja berautonomi.
  • Kualiti tertinggi: pengalaman interaksi manusia-mesin serba baharu dengan reka bentuk kabin ergonomik penuh yang dilengkapi dengan skrin sentuh warna sebenar 10.4-inci, kren ini juga menggunakan 13 teknologi interaktif pintar dan berasaskan maklumat.

Dalam pada itu, XCMG telah mengeksport lebih daripada 500 unit produk peralatan jentera jalan raya tersuai ke 26 negara, meliputi seluruh portfolio produk jentera jalan raya. Perata tanah GR5505 mempunyai kuasa kuda terbesar di dunia dan telah mencapai penemuan teknologi dari segi kebolehsuaian persekitaran dalam suhu tinggi dan habuk tinggi, keselesaan manusia-mesin, keselamatan peralatan, masa penyelenggaraan yang rendah dan ketersediaan tinggi. Model ini diguna pakai dengan jayanya oleh syarikat-syarikat perlombongan yang paling terkenal di dunia.

Di samping itu, XCMG telahpun mengeksport lebih 30 unit gerudi arah mendatar ke Filipina pada bulan Januari. Kini, XCMG mempunyai bahagian terbesar dalam pasaran gerudi arah mendatar dan memiliki produk tanan terbesar di dunia, XZ13600 yang boleh digunakan untuk pembinaan super lintasan saluran paip jarak jauh serta projek mata pencarian dan membangunkan gerudi arah mendatar pertama di dunia yang diberi kuasa oleh bateri litium, XZ4055 yang memenangi Red Dot Design Award dan IF Design Award pada tahun 2021.

"XCMG memberi tumpuan yang tinggi terhadap penyesuaian dan strategi penyetempatan untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan seluruh dunia dengan menyediakan penyelesaian yang paling sesuai untuk membangunkan komuniti demi masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia, yang merupakan misi utama untuk kami capai melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) adaptif dan perkhidmatan inovatif," kata Wang.

XCMG kini mengeksport ke 37 negara dan wilayah di Asia-Pasifik, dengan jualan peralatan terkumpul mencecah 15,000 unit dalam tempoh tiga tahun yang lalu manakala jumlah jualan mencecah US$ 1 bilion. Syarikat ini mewujudkan jaringan jualan dan perkhidmatan yang komprehensif di rantau ini termasuk 42 pengedar awal, 29 pusat servis & alat ganti luar negara, tiga subsidiari luar negara dan tujuh pejabat luar negara bagi menyediakan perkhidmatan dan sokongan yang cepat dan penuh perhatian kepada pelanggan.

Sila kunjungi XCMG untuk maklumat lanjut

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Keywords: Auto Construction/Building Mining/Metals Transportation