omniture

Xinhua Silk Road: Modul 210mm Seraphim lulus ujian impak ketulan hujan batu gred-tinggi TUV SUD

Xinhua Silk Road
2022-03-02 08:09 177

BEIJING, 2 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Seraphim Energy Group Co., Ltd. (Seraphim), pengeluar produk solar global yang terkemuka, baru-baru ini mengumumkan bahawa modul fotovolta (PV) besar 210mm telah lulus ujian impak ketulan hujan batu gred-tinggi, dengan kadar degradasi prestasi serendah 0.2 peratus.

Seraphim 210mm modules pass TUV SUD high-grade hailstone impact test
Seraphim 210mm modules pass TUV SUD high-grade hailstone impact test

Ekoran perubahan iklim global, terdapat kecenderungan terhadap jumlah kejadian cuaca melampau yang semakin meningkat, seperti ribut hujan batu yang boleh menjejaskan modul PV yang digunakan sebagai peranti penjanaan kuasa luar.

Di bawah keadaan sedemikian, ujian impak ketulan hujan batu biasanya diperkenalkan bagi menjamin keselamatan dan prestasi sistem PV ini.

Seraphim 210mm modules pass TUV SUD high-grade hailstone impact test
Seraphim 210mm modules pass TUV SUD high-grade hailstone impact test

Biasanya, ketulan hujan batu yang digunakan dalam ujian ketulan impak hujan batu hanyalah berdiameter 25 milimeter dan menghentam modul PV pada kelajuan hanya 23 meter sesaat.

Walau bagaimanapun, untuk modul 210mm Seraphim, semasa ujian ini, ketulan hujan batu dengan diameter 45 milimeter menghentam permukaan kaca modul pada kelajuan 30.7 meter sesaat (kira-kira 110.5 kilometer sejam). Keputusan ujian menunjukkan bahawa prestasi impak tenaga anti-kinetik modul 210mm adalah sepuluh kali ganda berbanding piawaian industri asal.

Menurut kakitangan makmal, ujian ini adalah sangat teliti yang melibatkan hentaman ke 11 titik impak yang ditentukan pada permukaan pengumpul. Selepas ujian ini, penampilan, keselamatan dan output kuasa modul terbukti hanya terjejas sedikit. Khususnya, degradasi prestasi adalah serendah 0.2 peratus.

"Lulus ujian impak ketulan hujan batu membuktikan bahawa produk PV Seraphim adalah sangat andal. Ini adalah hasil daripada dedikasi kami dalam meningkatkan prestasi produk, memperkenalkan inovasi dan melaksanakan kawalan kualiti yang ketat," kata Polaris Li, Presiden Seraphim.

Ujian ini dijalankan oleh pakar-pakar berkelayakan daripada TUV SUD, penyedia penyelesaian kualiti, keselamatan dan keandalan premium, di pusat penyelidikan bertaraf dunia Seraphim.

Ditubuhkan pada tahun 2013, pusat ini mempunyai keupayaan yang lengkap untuk menjalankan kajian dan ujian ke atas modul PV, telahpun mempunyai beberapa kelayakan yang dianugerahkan oleh institusi-institusi yang terkemuka di dunia.

Melangkah ke hadapan, Seraphim menyatakan bahawa mereka akan terus menjalankan ujian prestasi dan keselamatan tambahan dengan syarat-syarat yang lebih ketat berbanding Piawaian IEC bagi membuktikan kecekapan tinggi dan keandalan modul besar 210mm.

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Publishing/Information Service Utilities