omniture

HUAWEI CLOUD Persembahkan Dunia Pintar dengan Semua Benda sebagai satu Perkhidmatan di MWC 2022

HUAWEI CLOUD
2022-03-02 08:13 171

BARCELONA, Sepanyol, 2 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini merupakan hari pembukaan MWC Barcelona 2022, yang mana HUAWEI CLOUD mempamerkan pelbagai inovasi dan pencapaian teknologinya. Menonjolkan konsep inovatif "Semua Benda sebagai satu Perkhidmatan", HUAWEI CLOUD berkongsi bersama pengunjung global -- sebagai sebahagian daripada pelbagai pameran, forum dan ucapan dasar -- wawasan dan komitmennya untuk membina asas awan demi dunia pintar dengan awan merata serta kecerdasan pervasif.

HUAWEI CLOUD Komited Bina Asas Awan demi Dunia Pintar

Menjelang acara tahun ini, En. William Dong, Pengarah Pemasaran HUAWEI CLOUD, berucap di hadapan pengendali global dalam ucapan dasar di bawah tema "Mendalami Digital dan Memacu Pertumbuhan Baharu dengan Semua Benda sebagai satu Perkhidmatan."

Industri telekomunikasi telah lama diiktiraf sebagai perintis dalam pendigitalan dan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pengkomputeran awan telah dibentuk menjadi teknologi penting untuk pendigitalan. Berdasarkan kepakaran dalam teknologi, produk dan penyelesaian ICT selama lebih 30 tahun, HUAWEI CLOUD menyediakan pembawa global dengan mod penggunaan yang dibina pada seni bina teragih natif-awan dan pelbagai model jualan.

"Kami terlibat secara mendalam dalam pendigitalan sebagai satu perkhidmatan," kata En. William Dong. "Bersama pembawa global, HUAWEI CLOUD berkongsi inovasi teknologi cemerlang Huawei dengan pelanggan perusahaan untuk menggalakkan pertumbuhan baharu dalam perniagaan pembawa."

Di samping itu, En. Dong menegaskan komitmen HUAWEI CLOUD untuk mendalami digital dan menyediakan Semua Benda sebagai satu Perkhidmatan melalui tiga tonggak perkhidmatan.

Pertama, Infrastruktur sebagai satu Perkhidmatan merujuk kepada perluasan pusat data dan rangkaian global demi pengalaman yang lancar dan boleh diakses untuk pelanggan di serata dunia.

Kedua, Teknologi sebagai satu Perkhidmatan mentransformasikan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) kepada teknologi canggih dan perkhidmatan awan untuk pelanggan, rakan kongsi dan pembangun dalam rangkaian industri yang luas. Teknologi ini termasuk penjadualan kluster bekas natif-awan, pembelajaran mesin, rantaian blok, perancangan rangkaian 5G dan pemanduan berautonomi.

Ketika, Kepakaran sebagai satu Perkhidmatan memanfaatkan amalan terbaik dalam transformasi digital untuk membangunkan aset digital. Kemudian, HUAWEI CLOUD menggunakan aset-aset ini bagi membina platform aplikasi dan platform proses untuk membantu pelanggan mendepani transformasi digital dan berkembang lebih pantas.

William Dong gives a speech at MWC2022
William Dong gives a speech at MWC2022

HUAWEI CLOUD Mempamerkan Kecemerlangan Awan dengan Pameran Inovatif

Sebagai sebahagian daripada pameran ini, pekerja manusia maya pertama HUAWEI CLOUD, Sara membuat penampilannya di MWC 2022. Sara dicipta oleh barisan penerbitan kandungan digital diimaginasikan semula HUAWEI CLOUD, MetaStudio. Platform ini memudahkan penerbitan filem dan televisyen automatik, bermula daripada penyuntingan hinggalah pemodelan dan persembahan 3D. Ia turut menampilkan teknologi canggih seperti manusia maya, ruang 3D dan AR awan.

Satu lagi sorotan pameran ini ialah model berskala besar molekul ubat HUAWEI CLOUD. Dijayakan oleh teknologi kecerdasan dan data raya yang utama daripada HUAWEI CLOUD EIHealth, model Pangu telah mempelajari struktur kimia 1.7 bilion molekul kecil.

Pada tahun 2020, semasa peringkat awal wabak COVID-19, platform EIHealth digunakan untuk melaksanakan penyaringan ubat maya untuk lebih 20 protein sasaran SARS-CoV-2, virus yang menyebabkan jangkitan COVID-19. Ini membolehkan doktor dan penyelidik menjalankan kajian selanjutnya terhadap ubat calon dan sebatian seperti ubat yang dikenal pasti. Projek ini disenarai pendek untuk Inovasi Terbaik bagi Respons & Pemulihan Pandemik COVID-19 dalam Global Mobile Awards 2022.

Menurut laporan kajian Bahagian Pasaran: Perkhidmatan IT, Seluruh Dunia 2020 Gartner yang dikeluarkan pada April 2021, HUAWEI CLOUD menduduki tempat kelima dalam pasaran IaaS global dan dua teratas di China. Sehingga kini, HUAWEI CLOUD melancarkan lebih daripada 220 perkhidmatan awan dan 210 penyelesaian, menggabungkan lebih daripada 30,000 rakan kongsi seluruh dunia, membangunkan 2.6 juta pembangun dan melancarkan lebih daripada 6,100 aplikasi dalam pasaran awan. Setakat hari ini, HUAWEI CLOUD memperluas zon ketersediaannya daripada 45 kepada 61, meliputi lebih daripada 170 negara dan wilayah, ketika ia merancang untuk membangunkan lebih banyak kawasan di serata dunia.

Source: HUAWEI CLOUD
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services Trade show news