omniture

ZTE capai kejayaannya dengan strategi ringkas, pantas dan mesra alam di MWC 2022

ZTE Corporation
2022-03-02 13:22 203

SHENZHEN, China, 2 Mac 2022 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia antarabangsa yang utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk internet mudah alih, hari ini mengumumkan bahawa di bawah tema "Menginspiraskan Dunia Digital" ia mempamerkan penyelesaian dan amalan ICT inovatif "Ringkas, Pantas dan Mesra Alam" untuk pasaran B2C, B2B dan Perniagaan ke Rumah (B2H) di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2022 mulai 28 Februari hingga 3 Mac di Barcelona.


Kali ini, ZTE mendemonstrasikan penyelesaian ICT terkininya dan amalan yang berjaya di reruainya, dengan tumpuan pada Peningkatan Rangkaian, Melangkaui Sambungan, Pembangunan Mampan, Masa Depan Digital dan Kehidupan Digital. Dengan rangkaian produk dan penyelesaian baharu menjadi tumpuan, syarikat ini memperkenalkan penyelesaian tapak dipermudah serba baharu UniSite NEO, prototaip 50G PON jitu pertama industri, penyelesaian GreenPilot, Nubia Z40 Pro utama dan siri Blade V40 berkualiti sederhana dan tinggi serta rangkaian produk 5G MBB generasi keempat.

Syarikat ini akan mengambil bahagian dalam lima acara bertema yang dianjurkan oleh GSMA termasuk sidang kemuncak 5G mmWave, persidangan keselamatan 5G, persidangan kembar digital dan lain-lain. Di samping itu, ZTE melancarkan platform dalam talian MWC 2022 yang mana pengunjung berpeluang untuk mendapat inspirasi daripada pandangan mendalam eksekutif tertinggi syarikat dalam dunia digital dan mengalami empat acara maya termasuk 5G Berkembang, 50G PON Membina Pembangunan Mampan Rangkaian Jalur Lebar, Bagaimana Rangkaian Hebat Tingkatkan Nilai untuk CSP serta Persidangan Global Keupayaan Teras Rangkaian Awan dan Pencapaian Inovasi 2022. Di samping itu, pengunjung dalam talian dapat meneroka kandungan menarik seperti wawancara berbilang pengguna, video interpretasi pakar bagi penyelesaian popular, lawatan pameran secara langsung dan selanjutnya.

Rangkaian dipermudah dan cekap untuk memenuhi keperluan atas permintaan pelanggan 

ZTE komited untuk membantu pelanggan membina rangkaian yang cekap dan moden yang sepadan dengan sasaran dan keperluan utama mereka. Dengan keupayaan rangkaian berkuasa, ZTE juga dapat memenuhi keperluan pelaksanaan dan penggunaan rangkaian atas-permintaan pelanggan.

Bagi pelaksanaan rangkaian tanpa wayar, ZTE akan melancarkan penyelesaian pelaksanaan tapak dipermudah serba baharu UniSite NEO berdasarkan kepada generasi baharu cip set reka bentuk dalaman. Menampilkan peranti OMNI-UBR, UniSite NEO menakrifkan semula bentuk pelaksanaan tapak. Produk 5G AAU generasi seterusnya dengan prestasi yang lebih tinggi mempunyai berat paling ringan dalam industri ini, membantu mengurangkan penggunaan tenaga di tapak semua-mod berbilang frekuensi sebanyak 40%.

Bagi rangkaian talian dawai, ZTE menyediakan rangkaian optik ultra-luas untuk akses kepada rangkaian tulang belakang, menampilkan prototaip 50G PON jitu pertama dalam industri, OTN 5-dalam-1 berkesan kos dan penyelesaian sistem komersial OTN 1.2T dengan kadar tertinggi dalam industri, untuk membina infrastruktur demi pengalaman pengguna yang unggul.

Menghadapi pelaksanaan rangkaian yang semakin rumit dan O&M dan dalam masa yang sama mematuhi konsep reka bentuk iaitu "kecerdasan endogen, autonomi domain-tunggal, kolaborasi rentas-domain, keterbukaan keupayaan dan pembinaan bersama," ZTE melancarkan penyelesaian rangkaian berautonomi uSmartNet bagi membolehkan pelanggan beralih ke arah rangkaian berautonomi tahap lebih tinggi.

Rangkaian peribadi tersuai sehenti untuk mencapai peningkatan rangkaian 

Berdepan dengan cabaran daripada pelbagai senario aplikasi industri dan kerumitan pelaksanaan yang tinggi, ZTE mencadangkan secara inovatif "Rangkaian Peribadi sebagai satu Perkhidmatan" yang membantu pengendali merealisasikan Pesanan-ke-Perkhidmatan sehenti untuk industri ini dengan cara yang mudah dan cekap dalam seluruh proses bermula daripada perancangan rangkaian dan pelaksanaan yang tepat hinggalah operasi dan penyelenggaraan diperkemas.

Penyelesaian rangkaian peribadi ZTE merupakan yang pertama dalam industri ini yang mencapai integrasi 4G dan 5G, integrasi suara dan data, integrasi awan dan rangkaian selain sumber perkongsian penuh dan rangkaian dipermudah. ZTE turut melancarkan i5GC bersepadu yang utama dalam industri, yang melaluinya pelayan boleh dilaksanakan dengan set penuh rangkaian teras 5G, sokongan rangkaian awam, pelaksanaan khusus dan milik awan awam bagi menyediakan perkhidmatan rangkaian peribadi berkesan kos yang terbaik.

Bagi memenuhi keperluan mendesak daripada aplikasi industri yang penting seperti perlindungan grid kuasa, kawalan industri, logistik pelabuhan dan teleperubatan, ZTE mencadangkan penyelesaian Time Promised Communication (TPC) yang mengintegrasikan kawalan jitu 5G TSN/5GLAN/URLLC/SLA, mencapai kejituan tertinggi dalam industri iaitu kurang daripada penyegerakan jam 1us serta getaran ultra-rendah, kependaman penentu ultra-rendah 1-20ms dan keandalan ultra-tinggi iaitu lebih daripada 99.999%, lalu memungkinkannya untuk mengawal mesin kejituan tanpa wayar 5G secara jarak jauh. Tambahan pula, berdasarkan kepada penyelesaian TPC, ZTE dan Qualcomm dapat mendemonstrasikan aplikasi 5G TSN pada grid pintar dengan jayanya, lantas mempercepatkan pengkomersialan 5G dalam industri-industri penting.

Selain itu, ZTE melancarkan produk yang dibangunkan secara dalaman seperti komponen 5G AGV dan platform kembar digital AR. Berganding bahu bersama ZPMC, syarikat ini melancarkan get laluan video bersepadu pertama dalam lapangan pelabuhan. Bekerjasama dengan China Telecom Cawangan Sichuan, ZTE melancarkan projek demonstrasi rantaian bekalan pintar 5G+, "konfigurasi gudang awan" yang mempercepatkan proses komersial 5G dalam vertikal industri.

Infrastruktur digital hijau dan selamat menjamin pembangunan mampan jangka panjang 

ZTE, berdasarkan kepada infrastruktur digital ICT mesra alam, pemerkasaan mesra alam ke arah vertikal industri dan operasi rendah karbon mesra alam telah memberi sumbangan besar untuk merealisasikan matlamat dwi-karbon dalam seluruh masyarakat.

Untuk pengendalinya, ZTE menyediakan penyelesaian GreenPilot dalam seluruh proses bekalan tenaga, penyimpanan, penggunaan dan pengurusan untuk mencipta infrastruktur digital rendah karbon mesra alam.

Dari segi keselamatan rangkaian, ZTE mematuhi empat prinsip iaitu keterbukaan, ketelusan, tadbir urus dan pematuhan. Syarikat ini memastikan setiap sambungan adalah selamat serta boleh dipercayai dan ia telah melepasi beberapa penilaian dan pensijilan keselamatan pihak kertiga.

Sambungan merata mendorong masa depan digital hijau 

ZTE memfokuskan kepada senario aplikasi dan permintaan pasaran untuk memacu evolusi rangkaian yang berterusan. Syarikat ini membawakan sambungan merata menuju masa depan di MWC 2022.

Dari segi sambungan rangkaian optik, seni bina PON satelit ZTE mengupayakan liputan rangkaian optik senario penuh pada kos yang rendah, dengan kelebihan seperti pengurusan terpusat, pasang-dan-pakai serta memendekkan TTM. Sistem optik berbilang teras dan mod sedikit ZTE menerobos had ruang fizikal dan mencapai lonjakan 100-kali ganda dari segi kapasiti rangkaian tulang belakang optik daripada peringkat-T kepada peringkat-P.

Dalam menghadapi evolusi rangkaian akses tanpa wayar, ZTE melancarkan penyelesaian RIS ZTE. Penyelesaian ini menggunakan permukaan-super pintar, satu teknologi teras 5G-Termaju dan 6G. Syarikat ini menjadi peneraju untuk mengaplikasikan teknologi ini ke dalam rangkaian 5G, merealisasikan liputan tapak-bersama frekuensi tinggi dan rendah di kawasan bandar yang padat. Justeru itu, penyelesaian ini dapat mengurangkan dengan ketara kos pelaksanaan berfrekuensi tinggi seperti gelombang milimeter, memendekkan kitaran pelaksanaan dan mengurangkan penggunaan tenaga rangkaian di samping mempercepatkan pembinaan rangkaian mesra alam, rendah karbon dan cekap.

Di samping itu, ZTE menyediakan penyelesaian liputan 5G merata yang dapat digunakan setinggi langit iaitu 10,000 meter dan sejauh 100 kilometer di lautan. Isyarat 5G dihantar pada kelajuan sepantas 350km/j. Dengan kapasiti yang amat besar, penyelesaian ini membolehkan pengguna memperoleh pengalaman 5G pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, lalu menjadikan kehidupan digital lebih mudah.

Produk terminal dengan ekosistem lengkap membawa pengalaman unggul yang baharu 

Di MWC 2022, ZTE akan mengadakan persidangan pelancaran produk baharu dan mempamerkan produk terminalnya dengan ekosistem yang lengkap termasuk individu, keluarga dan industri, membawakan pengalaman digital dan kehidupan pintar yang baharu kepada individu dan keluarga.

Di kawasan pengalaman telefon mudah alih dan terminal internet mudah alih, ZTE akan membawakan Nubia Z40 Pro yang baru dilancarkan, produk utama dan baharu yang membawakan teknik imejan humanistik, siri Blade V40 premium global, Red Magic 7 baharu dengan pengalaman permainan unggul serta persisian ekologinya, siri Axon dengan pengalaman unggul daripada rangkaian produk 5G MBB generasi keempat dengan platform X65 dan X62 Snapdragon, Internet Pelbagai Kenderaan serta produk terminal industri. Di samping itu, ia akan memberi tumpuan kepada gelombang milimeter 5G berkuasa tinggi CPE, yang mana kadar transmisinya meningkat sehingga 10Gbps.

Di kawasan pengalaman rumah pintar di MWC 2022, keupayaan teknikal ZTE, inovasi produk dan kerjasama pasaran dalam lapangan keluarga digital akan dapat ditunjukkan kepada pelanggannya dengan sambungan rangkaian di rumah, penyelesaian video hujung-ke-hujung, pejabat komputer awan rumah dan pengembangan perniagaan.

Ketika ini, 5G disepadukan dengan pengkomputeran awan/pinggir, data raya, AI, XR, robotik dan teknologi lain serta transformasi intelektualisasi rumah dan pendigitalan perusahaan terus dipercepat.

ZTE mematuhi prinsip asas "teknologi mencipta nilai" dan kedudukan terasnya sebagai "pemacu ekonomi digital." Ia terus mengukuhkan daya saing terasnya dan mencuba penyelesaian digitalnya untuk menjadikannya lebih sesuai untuk senario dan lebih berkesan kos. Melangkah ke hadapan, ZTE akan berganding bahu dengan rakan-rakan kongsi ekologi untuk terus menyuntik momentum baharu kepada dunia digital.

Hubungan Media: 

Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services Trade show news