omniture

Peng Song Huawei: Mendepani Dunia Digital, GUIDE menuju Masa Depan

Huawei
2022-03-02 15:17 245

BARCELONA, Sepanyol, 2 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Di MWC22 Barcelona, Peng Song, Presiden Global Carrier Marketing & Solution Sales di Huawei, menyampaikan ucapan sesi GSMA yang bertajuk "Mendepani Dunia Digital, GUIDE menuju masa depan." Dalam ucapan tersebut, Peng berkongsi pandangan beliau mengenai evolusi rangkaian masa depan. "Kita harus mendepani dunia digital dengan lebih aktif," kata Peng, "GUIDE ADALAH SEKARANG (GUIDE IS NOW). Ayuh kita bertindak sekarang untuk merangka pelan tindakan perniagaan dengan lebih ramai rakan industri dan menerajui pembangunan masa depan."

Peng Song menyampaikan ucapan sesi GSMA
Peng Song menyampaikan ucapan sesi GSMA

Pendigitalan berkembang maju dengan pesat. Menurut Peng, melalui pelbagai aktiviti sepanjang tahun lalu, seperti pameran di-awan dan penyampaian anugerah dalam talian, beliau mengalami sendiri bagaimana pendigitalan meningkatkan kecekapan dan pengalaman perkhidmatan. Dalam industri ini, kenderaan pandu sendiri, sambungan 5G yang lancar dalam kereta api berkelajuan tinggi 350 km/j dan video tonton-percuma 360 darjah kesemuanya menunjukkan bahawa kita sedang memasuki dunia digital. Beliau percaya bahawa dalam masa terdekat, inovasi teknologi akan memenuhi perburuan manusia terhadap pengalaman unggul dan mencipta lebih banyak kemungkinan.

Teknologi digital terus memecah sempadan. Di Huawei Connect 2021, Huawei menerbitkan Intelligent World 2030 Report. Dalam laporan ini, Huawei meramalkan bahawa menjelang tahun 2030, secara global, akan terdapat lebih daripada 200 bilion sambungan, memandangkan semua benda akan dihubungkan dengan kecerdasan; dan akan terdapat 1.6 bilion pelanggan jalur lebar gentian. Selanjutnya, kita akan meneroka otak manusia, dalam usaha untuk membongkar misteri kepintaran manusia dan memecah had biologi menggunakan teknologi digital. Kita juga akan meneroka angkasa lepas dan laut dalam serta menggunakan rangkaian generasi seterusnya untuk membina bandar masa depan dan memecah sempadan ruang.

Dalam ucapan beliau, Peng menimbulkan satu persoalan: Sekiranya kita melihat hari ini dari perspektif dekad seterusnya, apa yang seharusnya kita lakukan sekarang untuk mengembangkan rangkaian kita dan merebut peluang pendigitalan? Beliau menyebut bahawa Huawei melancarkan model GUIDE tahun lalu yang merangkumi Gigabit di mana sahaja, Automasi-ultra, sambungan berbilang-awan pintar, Pengalaman Dibezakan dan Keharmonian Persekitaran. Ini merupakan lima aspek penting untuk membimbing evolusi rangkaian menuju era digital akan datang. Hari ini, Huawei meluaskan definisi model GUIDE. "Kami mencadangkan GUIDE IS NOW hari ini," kata Peng, "yang kami takrifkan sebagai pembinaan sambungan gigabit merata, mempercepatkan automasi-ultra bagi mengatasi ketidakpastian, menyediakan pengkomputeran pintar dan rangkaian sebagai satu perkhidmatan, menawarkan pengalaman dibezakan atas permintaan dan mengupayakan kemampanan dengan ICT mesra alam." GUIDE mewujudkan pelan tindakan pembangunan perniagaan tiga-lapisan:

Pertama, GUIDE menggariskan masa depan. Ia merupakan cadangan kami untuk visi perniagaan bersama demi dunia digital yang mengintegrasikan pembangunan perkhidmatan, kecekapan operasi, nilai perniagaan dan sumbangan sosial.

Kedua, GUIDE menumpukan kepada penggabungan antara teknologi dan perniagaan. Teknologi yang inovatif terus dibangunkan untuk menangani cabaran perniagaan yang baharu. Di MWC tahun ini, Huawei akan melancarkan beberapa penyelesaian inovatif seperti 5G MetaAAU, FTTR dan OXC.

Akhir sekali, GUIDE mewujudkan penanda aras pengukuran rangkaian, sebagai panduan perancangan untuk pasaran di peringkat pembangunan yang berbeza untuk membantu pengendali mencari laluan yang paling sesuai untuk evolusi rangkaian mereka sendiri, lalu menyumbang kepada pelan tindakan perniagaan yang mampan.

GUIDE mempercepatkan integrasi sambungan mendalam dengan teknologi mesra alam dan pintar sekali gus memacu perkaitan antara nilai perniagaan dan nilai teknologi untuk membolehkan inovasi sambungan membuahkan hasilnya.

"Sebaik sahaja rangkaian pendigitalan mula bergerak ke hadapan, tiada apa yang dapat menghentikannya," kata Peng menyimpulkan ucapan beliau. Beliau menyeru pengendali untuk bertindak serta-merta dengan kerjasama bersama rakan industri dan menggunakan pelan tindakan perniagaan GUIDE untuk menyambut masa depan yang cerah.

MWC22 Barcelona berlangsung mulai 28 Februari hingga 3 Mac di Barcelona, Sepanyol. Huawei mempamerkan produk dan penyelesaiannya di gerai pameran 1H50 di Fira Gran Via Hall 1. Bersama pengendali global, ahli profesional industri dan pemimpin pendapat, kami mendalami topik-topik seperti trend industri, GUIDE menuju Masa Depan dan pembangunan hijau untuk membayangkan masa depan rangkaian digital. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://carrier.huawei.com/en/events/mwc2022

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Telecommunications Trade show news