omniture

Vantage mulakan promosi Affiliate World Cup 2022

Vantage
2022-03-02 18:40 279

SINGAPURA, 2 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Vantage, broker berbilang aset antarabangsa, melancarkan Affiliate World Cup 2022 (AWC 2022), dengan hadiah wang tunai utama berjumlah USD$100,000.

Vantage memulakan promosi Affiliate World Cup 2022
Vantage memulakan promosi Affiliate World Cup 2022

Ini merupakan pertandingan berskala global pertama Vantage untuk ahli-ahli gabungannya yang diinspirasikan oleh sukan kegemaran dunia - bola sepak.

Pertandingan Affiliate World Cup 2022 berlangsung mulai 2 Mac hingga 18 Disember 2022, dengan dua pusingan Kelayakan diadakan untuk lima kawasan yang layak dan juga Perlawanan Akhir.

Pusingan Kelayakan 1 akan berlangsung mulai 2 Mac hingga 31 Mei, manakala Pusingan Kelayakan 2 akan berlangsung mulai 1 Jun hingga 31 Ogos. 10 ahli gabungan teratas dari setiap wilayah akan layak ke pusingan Perlawanan Akhir dan ahli gabungan yang menduduki kedudukan 3 teratas di kawasan mereka juga boleh menerima sehingga USD$8,000.

Pada akhir pusingan Perlawanan Akhir, yang berlangsung mulai 1 September hingga 18 Disember, ahli gabungan teratas akan membawa pulang hadiah utama sebanyak USD$100,000. Pemenang-pemenang hadiah tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima USD$20,000 dan USD$10,000.

Pertandingan ini berakhir pada 18 Disember 2022, hari yang sama dengan Peringkat Akhir Piala Dunia FIFA 2022.

AWC 2022 dibuka kepada ahli-ahli gabungan baharu dan sedia ada yang berada di kawasan-kawasan yang layak. Ahli-ahli gabungan yang berminat boleh memilih untuk menyertai pertandingan ini di sini. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat.

"Di Vantage, kami berbangga dalam membina ekosistem perdagangan yang cekap mahupun inovatif dan melangkaui keperluan peniaga pelanggan kami yang bijak. Sebahagian besar daripada kejayaan kami terletak pada hubungan erat kami bersama ahli-ahli gabungan kami dan IB," kata Marc Despallieres, Ketua Pegawai Strategi di Vantage.

"Sememangnya, kami terkenal kerana memiliki beberapa struktur komisen dan rebat yang paling banyak dan paling fleksibel dalam industri ini dan ganjaran AWC 2022 kami merupakan tambahan kepadanya. Kami teruja dapat menjadi yang pertama dalam industri ini yang mengadakan pertandingan seperti ini untuk memberi ganjaran dengan adil kepada ahli-ahli gabungan kami atas kerja keras mereka."

Latar Belakang Vantage

Vantage ialah broker berbilang aset bertaraf global yang menawarkan pelanggan dengan akses kepada perkhidmatan yang pantas dan hebat untuk memperdagangkan CFD pada tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks dan Saham.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih daripada 10 tahun, kini Vantage mempunyai lebih 1,000 pekerja/kakitangan merentas lebih daripada 30 pejabat global.

Vantage merupakan lebih daripada sekadar broker. Ia menyediakan ekosistem perdagangan yang dipercayai dan platform perdagangan yang lebih pantas dan lebih ringkas yang membolehkan pelanggan memanfaatkan peluang perdagangan.

Diperkasakan untuk berdagang melalui peluang pasaran apabila anda berdagang dengan lebih pintar @vantage.

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Sporting Events Sports Awards Future Events