omniture

ZTE umum rangkaian 5G FWA & MBB Generasi ke-4, terajui era baharu kesalinghubungan 5G

ZTE Corporation
2022-03-03 02:15 193

SHENZHEN, China, 3 Mac 2022 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia antarabangsa yang utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk internet mudah alih, hari ini mengumumkan bahawa siri 5G FWA & MBB telah meraih pencapaian jutaan penghantaran di seluruh dunia dan memperkenalkan secara rasmi rangkaian ZTE 5G FWA & MBB Generasi ke-4 di Kongres Dunia Mudah Alih 2022 (MWC 2022). Siri ini yang melibatkan siri 5G CPE MC888 dalaman, siri 5G CPE MC889 luaran dan 5G MiFi MU5120 mudah alih generasi baharu, umumnya dibangunkan untuk senario dalaman, luaran dan perjalanan dan telah menerima pakai Platform 5G Modem-RF X65 dan X62 Snapdragon® yang terkemuka di dunia.


Dalam era 5G, ZTE sentiasa komited untuk memenuhi keperluan senario terminal data 5G yang pelbagai untuk pengguna di seluruh dunia. Pada tahun 2019, ZTE melancarkan MC801, produk 5G CPE pertama dan melancarkan secara berturut-turut produk 5G CPE dalaman Generasi 2 dan Generasi 3 pada tahun 2020 dan 2021. Siri baharu rangkaian FWA & MBB ini ditingkatkan dan dinaik taraf selanjutnya berdasarkan kepada generasi terdahulu, membentuk senario terminal data 5G terpelbagai, sesuai untuk kegunaan peribadi, rumah, perjalanan dan pejabat, antara lain.

Siri MC888 untuk senario dalaman termasuk dua model, MC888 dan MC888 Ultra. Model kedua, yang dilengkapi dengan Gen 2 Platform Akses Tanpa Wayar Tetap Qualcomm® membawakan Platform 5G Modem-RF X65 Snapdragon® dan standard teknikal Wi-Fi 6E yang terkini dengan kadar puncak 6000Mbps, menyokong sepenuhnya standard teknikal mmWave-Sub6 NR CA dan 3GPP R16. Ia mengguna pakai susunan antena pintar 3.0 dengan perolehan antena mencecah 10dBi, mengupayakan penerimaan isyarat 5G yang stabil dan komprehensif walaupun dengan isyarat yang lemah. Sungguhpun begitu, MC888 Ultra terus melesapkan haba secara berterusan dengan menerima pakai teknologi pengalihudaraan kendiri tembus dan reka bentuk salur udara telap atas-bawah. Hasilnya, operasi berkelajuan tinggi yang sangat panjang dan stabil dapat dijamin walaupun di bawah keadaan berkuasa tinggi. Luar biasa sekali, MC888 Ultra turut menyokong sambungan NFC satu-sentuh, membolehkan telefon pintar Android didayakan NFC untuk berhubung dengan penghala ini dengan satu sentuhan, tanpa proses memasukkan kata laluan yang leceh.

Sementara itu, model MC888 standard dengan platform X62 Qualcomm yang menyokong Wi-Fi 6 dengan kadar puncak 3600Mbps dapat dihubungkan kepada sehingga 32 pengguna secara serentak. Khususnya, model ini menggunakan teknologi antena yang sama dengan MC888 Ultra dan antena perolehan tinggi terbina dalam ini menjamin penerimaan isyarat yang berkuasa untuk pengguna.

Untuk senario luar, sebagai sebuah syarikat komunikasi yang terkemuka di dunia, ZTE melancarkan MC889 dan MC889 Pro, serasi dengan rangkaian mmWave, Sub-6 5G dan 4G LTE, direka bentuk untuk menangani masalah utama prestasi penembusan rendah isyarat rangkaian mmWave dan Sub-6 serta mengenakan keperluan lebih tinggi ke atas suhu, persekitaran dan kapasiti penerimaan isyarat. IP67 dan IP65 yang kalis habuk dan kalis air pada gred perindustrian, siri ini dapat berfungsi secara normal pada suhu antara negatif 40 dan 60 darjah--yang menjadikan siri ini produk CPR untuk semua cuaca yang sebenar. MC889 Pro menggunakan teknologi antena perolehan super yang berupaya untuk 11dBi yang dapat meningkatkan penerimaan isyarat untuk pengguna terminal dengan ketara.

Berdasarkan kepada 5G CPE dalaman dan luaran, ZTE turut membangunkan produk 5G MiFi mudah alih generasi baharu MU5120 yang dapat diakses dengan stabil oleh 32 peranti secara serentak. Peranti ini menggunakan Gen 2 Platform Akses Tanpa Wayar Tetap Qualcomm yang membawakan Platform 5G Modem-RF X62 Snapdragon dan skim Wi-Fi 6 dengan penggunaan kuasa yang rendah serta merangkumkan bateri 10000mAh dengan hayat bateri selama lebih 16 jam. Sementara itu, MU5120 turut menyokong pengecasan pantas berbalik 18W dan fungsi NFC satu-sentuh, menyediakan pengalaman praktikal yang lebih berfungsi kepada pengguna.

Selain daripada lima produk baharu yang disebutkan di atas, ZTE turut mengumumkan MC888 Utama di MWC 2022, Wi-Fi7 5G CPE pertama dengan konfigurasi paling mantap di seluruh dunia yang akan membawakan pengalaman terbaik dalam industri dan akan tersedia dalam pasaran pada suku keempat tahun ini.

Di samping itu, ZTE turut mempamerkan prestasi komunikasinya yang cemerlang. Dengan cip Qualcomm SD X65 baharu, 5G mmWave CPE generasi baharu telah menambah baik kadar transmisi 5G mmWave CPE berkuasa tinggi kepada lebih daripada 10Gbps, mengupayakan kadar transmisi tanpa wayar peranti terminal untuk melangkaui perkakasan komputer. CPE baharu ini akan menyokong dwi-pautan antara Sub-6G dan mmWave. Melalui bahan-bahan konduksi haba dan pelesapan haba baharu, teknologi CA perkongsian masa dan algoritma kuasa terkawal mikro generasi baharu, pelesapan haba dan liputan isyarat yang lebih kuat direalisasikan. Ia dapat digunakan secara meluas dalam bidang-bidang seperti Data Raya, IoT dan IoV.

"Selama bertahun-tahun, Qualcomm Technologies dan ZTE berkolaborasi dalam pembangunan produk jalur lebar mudah alih dengan beberapa penyelesaian 5G paling berkuasa ZTE iaitu CPE Akses Tanpa Wayar Tetap untuk rumah dan pejabat berdasarkan kepada Gen 1 Platform Akses Tanpa Wayar Tetap Qualcomm," kata Gautam Sheoran, naib presiden, pengurusan produk, Qualcomm Technologies, Inc. "Tahniah kepada ZTE atas pelancaran produk 5G CPE dalaman dan luaran generasi seterusnya ini selain penghala mudah alih yang dikuasakan oleh Gen 2 Platform Akses Tanpa Wayar Tetap Qualcomm yang membawakan Platform 5G Modem-RF X65 dan X62 Snapdragon. Kami berharap dapat membantu ZTE membawakan prestasi, liputan dan pengalaman pengguna yang dioptimumkan kepada lebih banyak rumah dan pejabat menerusi generasi produk baharunya."

"Berdasarkan kepada sistem ekologi pintar senario-penuh "1+2+N", ZTE Mobile Devices mencipta secara berperingkat-peringkat gaya hidup pintar senario-penuh dan kini menempati bahagian pasaran global 5G CPE yang terbesar. Untuk Internet Semua Benda (IOE), integrasi semua-senario "1+2+N" tidak dapat dicapai tanpa bantuan "5G +" yang dibentuk oleh peranti 5G MBB," kata Luo Wei, naib presiden ZTE Corporation, Pengurus Besar Pusat Produk, ZTE Devices. "Generasi ke-4 rangkaian ZTE 5G FWA & MBB akan membawa pengalaman 5G yang lebih canggih kepada syarikat dan pengguna di seluruh dunia melalui inovasi teknologi luar biasa yang akan menjadikan kehidupan berteknologi lebih mudah diakses pada masa akan datang."

Hubungan Media: 

Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn 


Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services Trade show news