omniture

Tolly Group: Huawei CloudFabric 3.0 Muncul Terunggul dalam Rangkaian Pemanduan Berautonomi Pusat Data L3.5

Huawei
2022-03-03 03:44 185

BARCELONA, Sepanyol, 3 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Semasa Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2022, Tolly Group — penyedia global bagi pengujian dan perkhidmatan pengesahan serta pensijilan pihak ketiga — mengeluarkan laporan ujian perbandingan antara Penyelesaian Rangkaian Pusat Data Hiper-Tertumpu Huawei CloudFabric 3.0 dan penyelesaian SDN pusat data arus perdana. Menurut laporan tersebut, Penyelesaian Huawei CloudFabric 3.0 mendapat 3.51 mata — jauh lebih tinggi berbanding 2.8 mata yang diberikan kepada penyelesaian SDN pusat data arus perdana — dan merupakan satu-satunya penyelesaian rangkaian pemanduan berautonomi pusat data L3.5 antara semua penyelesaian yang pernah disahkan oleh Tolly.

Tolly's comparison test result on data center autonomous driving network solutions
Tolly's comparison test result on data center autonomous driving network solutions

Transformasi digital menghasilkan rangkaian pusat data yang lebih kompleks secara eksponen; peralihan ke awan (cloudification) dan aplikasi baharu sentiasa berubah dan semakin menuntut rangkaian; dan skala rangkaian meningkat secara drastik, dengan sejumlah besar peranti rangkaian berbilang-vendor.

Bagi menangani cabaran ini, Huawei mengemukakan visi rangkaian pemanduan berautonominya untuk menghadapi peningkatan kerumitan rangkaian yang terhasil daripada inovasi teknologi, selain merealisasikan O&M rangkaian automatik yang serupa dengan kenderaan berautonomi. Rangkaian pemanduan berautonomi dikategorikan kepada peringkat L0 hingga L5. Setiap peringkat mempunyai keupayaan dan ciri penting yang berbeza, meliputi seluruh kitaran hayat bermula daripada perancangan dan pembinaan rangkaian hinggalah penyelenggaraan dan pengoptimuman.

Definition of data center autonomous driving network levels
Definition of data center autonomous driving network levels

Menurut sistem penilaian indeks untuk rangkaian pemanduan berautonomi pusat data, Tolly telah menjalankan lebih 150 ujian indeks yang mencakupi 39 subkategori dalam enam kategori (perancangan dan reka bentuk, pelaksanaan dan penyediaan, penyediaan perkhidmatan, pemantauan dan penyelesaian masalah, perubahan rangkaian serta pelarasan parameter) dalam empat fasa (Hari 0, Hari 1, Hari 2 dan Hari N) daripada kitaran hayat pusat data. Huawei CloudFabric 3.0 diberikan skor 3.51 mata dan merupakan satu-satunya penyelesaian rangkaian pusat data yang pernah dinilai oleh Tolly untuk melaksanakan pemanduan berautonomi L3.5.

Kevin Tolly, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tolly Group, berkata: "Penyelesaian Rangkaian Pusat Data Hiper-Tertumpu Huawei CloudFabric 3.0 mempunyai kelebihan penting dalam aspek pengurusan peranti heterogen, simulasi dan pengesahan, pengaturan berbilang-awan seragam, penilaian kesihatan rangkaian dan ramalan risiko."

Di tengah-tengah transformasi digital perusahaan yang dipercepat, rangkaian pusat data berkembang daripada awan-tunggal dan DC-tunggal kepada pemulihan bencana aktif-aktif, jarak jauh dalam bandar serta berbilang-awan atau awan hibrid. Berlatarbelakangkan hal ini, masalah seperti pengurusan berbilang vendor yang rumit, saling hubungan berbilang-awan yang sukar dan O&M berskala besar yang amat rumit telah menjadi lebih ketara.

Penyelesaian Rangkaian Pusat Data Hiper-Tertumpu Huawei CloudFabric 3.0 menaik taraf rangkaian awan-tunggal, DC-tunggal dan vendor-tunggal kepada rangkaian berbilang-awan, berbilang-DC dan berbilang-vendor yang membawakan automasi kitaran hayat penuh dan pengurusan pintar seluruh rangkaian. Di samping itu, dengan memanfaatkan teknologi inovatif seperti AOC 3.0, kembar digital dan graf pengetahuan, Huawei CloudFabric 3.0 melaksanakan pengurusan rangkaian heterogen, penyediaan perkhidmatan silang-awan dalam beberapa saat serta simulasi dan pengesahan selain mengesan ralat antara aplikasi dan rangkaian dalam beberapa minit dengan cara hujung-ke-hujung. Penyelesaian ini memudahkan inovasi perkhidmatan yang tangkas dan mengupayakan penyediaan perkhidmatan pada waktu sebenar.

Penyelesaian Rangkaian Pusat Data Hiper-Tertumpu Huawei CloudFabric 3.0 telah memenangi anugerah seluruh industri untuk kelebihannya yang berbeza dalam inovasi teknologi dan digunakan secara meluas merentas industri-industri seperti kewangan, kerajaan, perusahaan besar dan pembawa. Ia mempercepatkan transformasi digital perusahaan dan membantu pelanggan mencapai kejayaan perniagaan.

MWC Barcelona 2022 berlangsung mulai 28 Februari hingga 3 Mac di Barcelona, Sepanyol. Reruai pameran Huawei Enterprise terletak di 1H50 in Hall 1 Fira Gran Via. Untuk butiran lanjut mengenai transformasi digital industri-industri, sila kunjungi: Huawei Enterprise di MWC 2022 | New Value Together

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Survey, Polls & Research Trade show news