omniture

Huawei Perkenal NetEngine 8000 F8 Bantu Perusahaan Bina WAN Tangkas, Andal dan Pintar

Huawei
2022-03-03 04:19 188

BARCELONA, Sepanyol, 3 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini, di MWC2022, Steven Zhao, Naib Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei memperkenalkan penghala perkhidmatan-universal pintar NetEngine 8000 F8 semasa IP Club Carnival. Produk ini menampilkan seni bina andal, ketumpatan ultra tinggi dan penghirisan 10GE FlexE, membantu pelanggan daripada sektor-sektor seperti kewangan, tenaga, pengangkutan dan ISP membina WAN yang tangkas, andal dan pintar bagi mempercepatkan transformasi digital.

Steven Zhao, Vice President of Huawei Data Communication Product Line, unveiled the intelligent universal-service router NetEngine 8000 F8
Steven Zhao, Vice President of Huawei Data Communication Product Line, unveiled the intelligent universal-service router NetEngine 8000 F8

Seni bina andal 

NetEngine 8000 F8 menerima pakai pengasingan kawalan-angkutan, pensuisan bebas dan reka bentuk lewahan untuk papan kawalan, papan suis, bekalan kuasa dan kipas, menyediakan keandalan kelas pembawa. Dengan dua teknologi penjimatan tenaga berpaten – sandaran panas dan litar penerus SRU (unit pensuisan dan penghalaan) — penghala ini merendahkan penggunaan kuasa sebanyak 30% dan merupakan produk perintis bagi keneutralan karbon.

Ketumpatan ultra-tinggi 

NetEngine 8000 F8 menyediakan keupayaan angkutan 2 Tbps, yang boleh berkembang kepada 6.4 Tbps pada masa akan datang. Ia menyokong sebanyak 32 PIC dan port 24*100GE/240*10GE/320*GE. Dengan keamatan port lebih 2X lebih tinggi berbanding produk saingan, ia amat menjimatkan kos.

Penghirisan 10GE FlexE 

NetEngine 8000 F8 menyediakan subkad 10GE FlexE yang terkini, menyokong kebutiran tahap Mbps dan hirisan rangkaian tahap-10K. Penghala siri NetEngine 8000 Huawei menyokong 10GE/50GE/100GE FlexE dan dapat menyediakan jaminan pengalaman dibezakan yang lebih baik untuk rangkaian pengeluaran yang memerlukan keandalan perkhidmatan yang tinggi, seperti rangkaian tenaga dan pengangkutan.

Dengan inovasi yang berterusan dalam perkakasan dan perisian berasaskan kepada penghala pintar siri NetEngine 8000, penyelesaian CloudWAN 3.0 Huawei menyediakan tiga keupayaan penting: penyediaan satu-klik, satu rangkaian untuk semua dan O&M (operasi dan penyelenggaraan) bersepadu. Keupayaan ini membantu pelanggan dalam sektor-sektor seperti kewangan, tenaga, pengangkutan dan ISP membina WAN yang berpusatkan pengalaman.

Penyediaan satu-klik 

Penghitungan laluan pintar berasaskan SRv6 yang utama dalam industri menghasilkan laluan secara automatik berdasarkan kepada kependaman perkhidmatan, lebar jalur dan keperluan lain, memastikan pelaksanaan tahap-minit dan kependaman komited untuk perkhidmatan pengeluaran. Jika kita membandingkan rangkaian tradisional dengan sistem mel gaya lama yang mana kita tidak tahu-menahu mengenai penghantaran perantaraan dan waktu ketibaan surat, maka SRv6 boleh diumpamakan sebagai sistem konsainan udara moden. Bagasi penumpang dapat tiba ke destibasi dalam tempoh yang paling singkat dan stesen transit dipaparkan dengan jelas, Huawei telah menerajui industri dalam pengkomersialan SRv6. Ketika ini, Huawei menggunakan SRv6 di lebih daripada 100 rangkaian pelanggan di seluruh dunia.

Satu rangkaian untuk semua 

Teknologi penghirisan rangkaian FlexE digunakan untuk mencapai lebar jalur perkhidmatan yang komited. Rangkaian tradisional adalah seperti jalan yang sesak, di mana kenderaan khusus mungkin menghadapi kesesakan lalu lintas pada bila-bila masa. Teknologi penghirisan rangkaian adalah seperti mencipta lorong khusus di jalan raya untuk memastikan kenderaan khusus tidak terjejas oleh kesesakan lalu lintas. Dengan cara ini, perkhidmatan pengeluaran seperti SCADA dan perlindungan geganti dalam industri kuasa dapat diasingkan dengan selamat manakala perkhidmatan pengeluaran dan luar talian dapat dilaksanakan melalui satu rangkaian, menurunkan CAPEX.

O&M bersepadu

Tidak seperti teknologi pengukuran aliran dalam-jalur yang lain dalam industri ini, teknologi pengukuran aliran dalam-jalur setiap-lompatan Huawei IFIT mengupayakan kembar digital untuk rangkaian. Rangkaian tradisional seperti kejadian kemalangan yang memerlukan panduan di lapangan, masih memerlukan penyelenggaraan manual. IFIT dan SDN, apabila dibandingkan, adalah seperti sistem navigasi kenderaan yang mengenal pasti dengan jelas kesesakan lalu lintas dan melaraskan laluan pada waktu sebenar untuk memintas jalan yang sesak. IFIT membolehkan visualisasi kualiti perkhidmatan waktu sebenar, pengesanan ralat tahap-minit, pembatasan dan pemulihan serta gangguan perkhidmatan sifar, lalu menjadikan rangkaian lebih pintar dan lebih selamat.

Memandang ke hadapan menuju masa depan, Huawei akan terus berinovasi berdasarkan kepada IPv6 Enhanced untuk membina WAN yang tangkas, andal dan pintar, meletakkan asas sambungan yang kukuh untuk pelbagai industri dan membantu pelanggan mempercepatkan transformasi digital dan mencapai kejayaan perniagaan.

MWC22 Barcelona berlangsung mulai 28 Februari hingga 3 Mac di Barcelona, Sepanyol. Reruai perniagaan perusahaan Huawei terletak di 1H50, Hall 1, Fira Gran Via. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://e.huawei.com/en/events/huawei-enterprise-mwc-2022

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Trade show news