omniture

Guo Ping Huawei: Bentuk semula paradigma teknologi dalam tiga bidang untuk jamin daya saing jangka sederhana dan panjang

Huawei
2022-03-03 08:17 347

BARCELONA, Sepanyol, 3 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Semasa MWC Barcelona 2022, Pengerusi Bergilir Huawei Guo Ping berucap mengenai rancangan syarikat ini untuk meneruskan strategi globalisasinya dan meningkatkan pelaburan strategiknya dalam teknologi asas. Melalui pelaburan ini, Huawei berharap agar dapat membentuk semula teori asas, seni bina dan perisian yang menyokong industrinya, meningkatkan daya saing jangka sederhana hingga panjang dan memastikan kemampanan jangka lebih panjang industri ICT.

Pengerusi Bergilir Huawei Guo Ping
Pengerusi Bergilir Huawei Guo Ping

Dalam ucapan dasar yang disampaikan oleh beliau secara dalam talian, bertajuk "Cuma Bertambah Baik, Ayuh Terangi Masa Depan" ("Just Look Up, Let's Light Up the Future"), Guo memfokuskan kepada dua sumber utama cabaran dan peluang di dunia: pendigitalan dan keneutralan karbon.

Teori dan seni bina sedia ada tidak dapat menyokong pertumbuhan pesat dalam permintaan digital. 

Ramalan menunjukkan bahawa lebih 50% KDNK global akan didigitalkan pada tahun 2022. Memandangkan ekonomi digital global berkembang pesat, permintaan terhadap produk dan perkhidmatan digital telah melangkaui jangkaan. Guo menjelaskan bahawa ketika teorem Shannon dan seni bina von Neumann terus mengalami kesesakan yang teruk, industri ini perlu meneroka teori dan seni bina baharu untuk membentuk semula paradigma teknologi bagi mencapai kemampanan digital.

Pengurangan karbon memberi kesan ke atas kevitalan ekonomi digital jangka panjang. 

Berhubung keneutralan karbon, Guo berkata, "Ketumpatan ketersambungan dan kuasa pengkomputeran menentukan kekuatan ekonomi digital, namun ia juga harus mengekalkan kevitalan jangka panjang. Maka, kita perlu mempertimbangkan dimensi baharu, pengurangan karbon."

Ketika ini, Huawei mematuhi strategi "Lebih Bit, Kurang Watt" dalam bidang ini. Di samping meningkatkan keupayaan digital asasnya, Huawei komited untuk menjadikan produknya 2.7 kali ganda lebih cekap tenaga dengan melakukan penemuan dalam bidang-bidang seperti teori, bahan dan algoritma. Melalui kemajuan seperti ini, industri ICT berupaya untuk membantu industri-industri lain mengurangkan jejak karbon mereka sendiri. Bahkan, pengurangan ini akan menjadi 10 kali ganda lebih besar daripada jejak karbon industri ICT itu sendiri.

  • Huawei meningkatkan pelaburan strategik dalam teknologi asas untuk membentuk semula paradigma teknologi.

Guo turut berkata bahawa Huawei meningkatkan dengan ketara pelaburan yang strategik dalam teknologi asas dan bekerjasama dengan rakan kongsinya untuk membentuk semula paradigma teknologi dalam tiga bidang: teori asas, seni bina dan perisian. Pelaburan ini akan diperlihatkan secara berperingkat-peringkat dalam daya saing produk syarikat yang mereka harapkan akan menyokong pembangunan jangka panjang dan berterusan syarikat mahupun industri ICT secara keseluruhan.

Pelaburan ini juga memfokuskan terutamanya untuk membantu syarikat menjadi lebih dekat dan mungkin melangkaui Had Shannon. Dengan meneroka teori dan teknologi baharu, seperti MIMO generasi seterusnya dan AI tanpa wayar, Huawei berupaya mendorong teknologinya lebih hampir dengan Had Shannon. Dalam masa yang sama, kajian Huawei terhadap teori baharu seperti komunikasi semantik akan menyediakan industri ini dengan panduan mengenai teori asas yang baharu.

Huawei turut membangunkan seni bina baharu yang menarik. Ketika ini, Huawei mengintegrasikan teknologi fotonik dan elektronik serta merancang seni bina rakan-ke-rakan untuk menangani cabaran teknologi atau halangan teknik.

Dari segi perisian, Huawei membina perisian tindanan penuh bertumpukan AI dan ekosistem perisian baharu untuk memenuhi permintaan yang meningkat secara drastik untuk kapasiti pengkomputeran yang disebabkan oleh pertumbuhan AI yang pesat.

  • "Sinergi perisian-perkakasan" akan menjadi jalan ke hadapan.

Guo akhirnya menjelaskan bahawa pengalaman pengguna yang hebat datangnya daripada sinergi perisian-perkakasan. Beliau menggunakan dua contoh untuk menunjukkan bagaimana Huawei mengaplikasikan konsep ini kepada pembangunan produk ICT dan inovasi teknologi untuk evolusi rangkaian. Pertama, algoritma dioptimumkan untuk AHR Turbos membantu MetaAAUs menggunakan kurang tenaga dan meningkatkan prestasi. Kedua, penemuan algoritma dalam optik holografik mengupayakan OXC untuk mencapai sambungan satu-lompatan.

  • Huawei ialah syarikat dengan rangkaian keupayaan ICT paling lengkap dalam industri digital. 

Sepanjang lebih 10 tahun yang lalu, evolusi rangkaian telah menjadi proses untuk memperkenalkan amalan IT yang terkini kepada CT, bermula daripada IP kepada awan dan kemudian AI pada hari ini. Sebagai syarikat dengan rangkaian keupayaan ICT yang paling lengkap dalam industri digital, Guo berkata bahawa Huawei yakin bahawa ia akan bermula di hadapan dalam evolusi ke arah rangkaian natif-AI masa depan.

Mengakhiri ucapan beliau, Guo berkata, "Huawei akan meneruskan strategi globalisasinya dalam standard, bakat, rantaian bekalan dan banyak lagi. Huawei komited untuk membantu pelanggan yang memilihnya untuk mencapai kejayaan perniagaan yang terbesar."

MWC22 Barcelona berlangsung mulai 28 Februari hingga 3 Mac di Barcelona, Sepanyol. Huawei mempamerkan produk dan penyelesaiannya di gerai pameran 1H50 di Fira Gran Via Hall 1. Bersama pengendali global, ahli profesional industri dan pemimpin pendapat, kami mendalami topik-topik seperti trend industri, GUIDE menuju Masa Depan dan pembangunan hijau untuk membayangkan masa depan rangkaian digital. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://carrier.huawei.com/en/events/mwc2022

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Trade show news