omniture

HONOR UMUM PELANCARAN GLOBAL HONOR MAGIC4 SERIES BAHARU DI MWC 2022

HONOR
2022-03-03 08:30 161

Perkukuh barisan dengan telefon pintar baharu premium, jam tangan pintar dan fon telinga yang direka untuk membawakan The Power of Magic kepada orang ramai di seluruh dunia  

SHENZHEN, China, 3 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Jenama teknologi global, HONOR hari ini mendedahkan barisan produk premium serba baharu jenama di Kongres Dunia Mudah Alih 2022. Menerajui barisan ialah tambahan terkini dalam siri telefon pintar utama HONOR, HONOR Magic4 Series serba baharu, yang terdiri daripada HONOR Magic4 dan HONOR Magic4 Pro. Peranti baharu yang revolusioner menampilkan teknologi canggih untuk memberikan penemuan baharu dalam reka bentuk telefon pintar, paparan, fotografi, videografi, prestasi dan privasi. HONOR turut mendedahkan HONOR Watch GS 3 dan HONOR Earbuds 3 Pro serba baharu, meningkatkan portfolio produk kehidupan pintarnya.

HONOR Umum Pelancaran Global HONOR Magic4 Series Baharu Di MWC 2022
HONOR Umum Pelancaran Global HONOR Magic4 Series Baharu Di MWC 2022

"Di HONOR, kami sentiasa bertanyakan diri sendiri, apa yang boleh kami lakukan untuk menyelesaikan masalah pengguna dan mencipta pengalaman produk yang terbaik untuk mereka? HONOR Magic Series premium kami ialah pameran sebenar teknologi inovatif kami dan merupakan bukti kepada sikap "pasti boleh" kami untuk sentiasa mencabar penanda aras industri," kata George Zhao, Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Device Co, Ltd. "Mentafsirkan semula kecemerlangan merentas reka bentuk, paparan, kamera, prestasi dan keselamatan, HONOR Magic4 Series serba baharu ini akan menjadi penyelesai masalah dan menyampaikan pengalaman yang ajaib kepada pengguna di seluruh dunia.  

Memperkenalkan HONOR Magic4 Series Serba Baharu  

Menampilkan reka bentuk bersimetri yang ikonik, keupayaan paparan, fotografi dan videografi inovatif yang mempertingkatkan pengalaman visual, prestasi yang unggul dan ciri-ciri privasi yang komprehensif, HONOR Magic4 Series serba baharu membawa barisan Magic utama HONOR ke tahap baharu. 

Prestasi Utama Unggul yang Dikuasakan oleh Snapdragon 8 Gen 1 Serba Baharu   

Dilengkapi dengan Platform Mobile 5G[1] Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 yang terkini,  HONOR Magic4 Series memberikan kuasa dan prestasi yang tiada tandingannya kepada pengguna. Disokong oleh Enjin AI Generasi ketujuh Qualcomm dan CPU Architecture Cortex-X2 yang terkemuka dalam industri, HONOR Magic4 Series meningkatkan kelajuan pemprosesan yang ultra laju, sambil mencapai peringkat kecekapan yang tinggi. Berbanding dengan generasi terdahulu, HONOR Magic4 Series meningkatkan prestasi CPU sebanyak 20%, prestasi GPU sebanyak 30% dan keupayaan AI sebanyak 300%. HONOR Magic4 Series dilengkapi dengan RAM 8GB dan penstoran 256GB, memastikan pengguna dapat menikmati prestasi yang lancar dan stabil.

Menyampaikan prestasi utama sebenar, HONOR Magic4 Series disokong oleh Enjin Turbo HONOR yang berkuasa yang memaksimumkan keupayaan cipsetnya. OS Turbo X HONOR memastikan bahawa perkakasan dan perisian bersama-sama berfungsi dengan lancar untuk meningkatkan kelancaran, anti penuaan, dan penggunaan kuasa. Direka untuk mengoptimumkan prestasi permainan digital, HONOR membawakan teknologi Super Rendering AI yang pertama dalam industri kepada permainan mudah alih melalui GPU Turbo X, memberikan kadar bingkai dan keterhubungan rangkaian yang tinggi sambil mengeluarkan kurang haba dan merendahkan kependaman, memenuhi keperluan pemain dengan secukupnya untuk kualiti permainan yang tinggi dan grafik yang sangat lancar.

Reka Bentuk Bersimetri Menampilkan Paparan Kuad-Lengkung

HONOR Magic4 Pro menampilkan reka bentuk simetri "Eye of Muse" HONOR yang ikonik dengan Paparan Kuad-Lengkung LTPO[2] 6.81 inci dan bezel yang ultra nipis untuk pengalaman menonton yang benar-benar mengasyikkan dan cengkaman yang sangat selesa.

Skrin HONOR Magic4 Pro boleh memaparkan sehingga 1.07 bilion warna dan menyokong 100% DCI-P3, meningkatkan warna yang lebih tajam, dan lebih nyata seperti yang dilihat di pawagam dan pengalaman permainan digital yang lebih meriah. Dengan sumber video HDR 10+, setiap bingkai yang dilihat di HONOR Magic4 Pro adalah lebih terang, disebabkan oleh julat dinamik yang lebih tinggi dan paparan warnanya yang lebih baik. Dikuasakan oleh paparan LTPO generasi baharu dan teknologi HONOR MotionSync, HONOR Magic4 Series memberikan kadar segar semula pintar dari 1Hz ke 120Hz, yang melaras kepada gaya kandungan yang berlainan, memastikan kecekapan kuasa yang dipertingkatkan dan pengalaman hiburan yang lancar.

HONOR Magic4 Pro juga mencapai penukaran automatik dan masa sebenar dari SDR ke HDR dan kadar bingkai yang lebih tinggi dengan pampasan gerakan, berdasarkan kepada teknologi MEMC, menyampaikan pengalaman menonton yang lebih mengasyikkan dan tulen untuk semua jenis kandungan, termasuk video berdefinisi tinggi, grafik berteknologi tinggi, filem, permainan dan banyak lagi.

Sempurna buat mereka yang menghabiskan masa yang lama di hadapan skrin, HONOR Magic4 Series menyampaikan Modulasi Lebar Denyut (Pulse Width Modulation, PWM) sebanyak 1920Hz, PWM tertinggi yang pernah dicapai dalam satu skrin LTPO, meminimumkan ketegangan mata dan menyediakan pengalaman menonton yang selesa, walaupun dalam persekitaran cahaya rendah. HONOR Magic4 Pro juga diperakui dengan IP68[3] menawarkan perlindungan yang berkesan menentang habuk, hujan dan air, serta boleh ditenggelamkan dalam kedalaman air sehingga 1.5m selama 30 minit.

Kamera Tigaan dengan Fotografi Komputasional Ultra Lakuran

HONOR Magic4 Pro menerobos penanda aras industri dengan gabungan Kamera Tigaan yang berkuasa yang menampilkan Kamera Lebar 50MP yang dilengkapi sensor warna 1/1.56 inci[4], Kamera Ultra Lebar 122o 50MP, dan Kamera Telefoto Periskop 64MP[5], kesemuanya dikuasakan oleh Fotografi Komputasional Ultra Lakuran terbaik dalam kelas yang membolehkan peranti menghasilkan imej berdefinisi tinggi dalam kejelasan yang menakjubkan, walaupun apabila diambil dari jarak jauh.

Fotografi Komputasional Berbilang Kamera membolehkan lakuran merentas julat jarak fokus penuh, memberikan keupayaan pengimejan yang sangat baik. Kamera Lebar 50MP dan Kamera Ultra Lebar 50MP memberikan peningkatan sebanyak 65% dalam ketajaman dan kejelasan imej dengan Fotografi Komputasional. Sebaik menggunakan fotografi komputasional lakuran dengan kamera lebar, Kamera Telefoto Periskop 64MP memberikan Zum Optik 3.5x dan Zum Digital 100x, meningkatkan lagi ketajaman dan kejelasan imej sebanyak 160%. 

HONOR juga mengambil risiko dengan fotografi maju sementara merakam video. Berdasarkan kepada Fotografi Pemkomputan Dua Rantaian dan Algoritma Videografi HONOR, HONOR Magic4 Pro dapat menangkap imej yang benar-benar berkualiti tinggi sambil merakam video, yang tidak dihadkan dengan kualiti rakaman video, seperti yang biasa dalam telefon pintar lain.

Videografi Sinematik dengan Filem Induk Magic-Log

Menawarkan bahan visual peringkat sinematik, HONOR Magic4 Series menampilkan Filem Induk HONOR Magic-Log dan Kesan Filem AI. Dengannya, HONOR Magic4 Series memberikan rakaman video Log 4K 10-bit yang pertama dalam industri dalam 60fps (bingkai sesaat), mengatasi satu lagi penanda aras industri.

Sering digunakan untuk merakam filem gred profesional, format Log membolehkan pengguna meningkatkan rupa video mereka dengan ton warna sinematik dalam kecerahan HDR. Dilengkapi dengan keupayaan LUT 3D Sinematik (Cinematic 3D Look Up Table), HONOR Magic4 Series dengan format Magic-Lognya membantu pengguna menyunting video mereka dalam rona warna unggul yang sesuai untuk filem, membolehkan pencipta yang sedang meningkat membawakan warna dan suasana gaya Hollywood ke dalam kandungan mereka.

Pengecasan Tanpa Wayar 100W yang Berkuasa 

HONOR Magic4 Pro dikuasakan oleh bateri 4600mAh[6] ultra besar yang menampilkan gabungan SuperChange HONOR yang paling berkuasa untuk menyampaikan hayat bateri sangat panjang dan ketersambungan sepanjang hari. Dengan HONOR SuperCharge Berwayar 100W[7], HONOR Magic4 Pro mengecas sehingga 100% cas dalam hanya 30 minit. HONOR Magic4 Pro juga merupakan yang pertama menyokong teknologi HONOR SuperCharge Tanpa Wayar 100W[8], yang meningkatkan kuasa peranti sehingga 50% cas dalam tempoh 15 minit sahaja.

Pengalaman Ajaib Sebenar yang Diperibadikan dengan Magic UI 6.0 

HONOR Magic4 Series menampilkan HONOR Magic UI 6.0 terkini berasaskan Android 12, menawarkan rangkaian ciri yang dipertingkat dan disesuaikan untuk menyediakan pengalaman kehidupan pintar buat pengguna di seluruh dunia.

Melalui kesedaran konteks, ramalan profil, dan graf pengetahuan yang besar, Magic UI 6.0 membolehkan HONOR Magic4 Series bertindak sebagai pembantu peribadi, mempelajari tabiat telefon pintar pengguna secara bijak untuk menyediakan cadangan dan kemaskini aplikasi yang disesuaikan, memberikan pengalaman yang benar-benar ajaib dan diperibadikan.

Privasi dan Keselamatan yang Dipertingkatkan; Memperkenalkan Privacy Calling  

Menawarkan penyelesaian baharu yang inovatif untuk kebocoran bunyi, kekecewaan telefon pintar biasa bagi kebanyakan orang, HONOR Magic4 Pro memperkenalkan ciri Privacy Calling[9] serba baharu yang disokong oleh AI dan dikuasakan oleh Teknologi Bunyi Berarah, menghalang kebocoran bunyi untuk lebih banyak panggilan telefon peribadi.

Bunyi Berarah menampilkan teknologi pembahagian frekuensi pertama yang menyokong transmisi bunyi serentak dari modul pancaran bunyi pada skrin dan penerima. Skrin dan penerima bekerjasama untuk melaraskan kelantangan audio masuk agar sesuai dengan persekitaran yang berbeza, memastikan walaupun anda berada dalam persekitaran yang sunyi seperti lif, orang yang berdiri di sebelah anda tidak dapat mendengar suara pemanggil.  

Dibangunkan bersama dengan Qualcomm berasaskan kepada Platform Mudah Alih Snapdragon 8 Gen 1 Qualcomm, sistem dwi-keselamatan HONOR Magic4 Series (HTEE+QTEE), memberikan keperluan keselamatan yang dipertingkatkan untuk perkhidmatan utama di seluruh dunia. HONOR Magic4 Series juga dilengkapi dengan cip keselamatan bebas, menyediakan keselamatan maksimum untuk kata laluan dan biometrik seperti ID wajah dan cap jari. Kamera Kedalaman 3D HONOR Magic4 Pro seterusnya memanfaatkan biometrik pengecaman wajah 3D untuk menyediakan keselamatan dan perlindungan tahap tinggi.   

HONOR Magic4 Pro juga dilengkapi dengan Penderia Bunyi 3D Gen 2 Qualcomm, yang menawarkan penyelesaian keselamatan cap jari yang paling berprestasi[10], paling nipis dan paling boleh dipercayai dunia. Dengan kawasan bacaan cap jari 77% lebih besar, 1.7x lebih banyak tangkapan data biometrik dan kelajuan 40% lebih laju berbanding generasi terdahulu, HONOR Magic4 Pro membolehkan pengesahan satu sentuh menggunakan gelombang bunyi dan bukannya cahaya untuk mengecam dan melindungi pengguna.  

Warna, Harga dan Ketersediaan 

Selain daripada warna Hitam dan Putih, HONOR Magic4 Series juga tersedia dalam warna Sian yang menakjubkan dan Emas yang anggun serba baharu. Warna-warna premium ini melambangkan pengalaman beraneka HONOR dalam ketukangan dan sejarah yang mendalam dalam membangunkan produk menarik secara estetik dengan reka bentuk yang premium. Lebih banyak warna akan dilancarkan dalam masa terdekat.   

HONOR Magic4 Series akan tersedia mulai Suku Kedua 2022.

Harga HONOR Magic4 akan bermula dengan €899 (8 GB+256 GB), manakala harga HONOR Magic4 Pro akan bermula dengan €1099 (8 GB+256 GB).

Memperkenalkan HONOR Watch GS 3 dan HONOR Earbuds 3 Pro Serba Baharu  

HONOR turut memperkenalkan HONOR Watch GS 3 yang terinspirasi daripada jam tangan mekanikal tradisional. Menampilkan reka bentuk yang anggun dan bergaya dengan penggunaan bahan berkualiti seperti keluli nirkarat 316L, jam tangan ini direka untuk dipakai dengan selesa sepanjang hari, hanya seberat 44g dan berukuran 10.5mm.

HONOR Watch GS 3 didatangkan dengan modul penderia PPG (Photoplethysmography) lapan saluran baharu yang mengesan isyarat optik yang tepat. Bersama dengan Enjin Pemantauan Kadar Jantung AI yang menggabungkan berbilang algoritma untuk membatalkan bunyi semasa bersenam, HONOR Watch GS 3 meningkatkan ketepatan fungsi pemantauan kadar jantung dengan ketara, membolehkan pengguna memantau kesihatan mereka dengan lebih baik.

Menyokong lebih 100 mod senaman, HONOR Watch GS 3 juga menyediakan keupayaan penjejak laluan yang tepat dan mendapat manfaat daripada GNSS Dwi-Frekuensi L1/L5 (Sistem Satelit Navigasi Global) yang terbina dalam ketika berlari, berbasikal atau mendaki di luar rumah.

HONOR Watch GS 3 akan didatangkan dalam tiga warna: Midnight Black, Ocean Blue, dan Classic Gold. Harga HONOR Watch GS3 akan bermula pada €229. Ketersediaan akan diumumkan pada tarikh lain. 

HONOR turut mengumumkan pelancaran HONOR Earbuds 3 Pro serba baharu. Fon telinga stereo tanpa wayar (TWS) sebenar dilengkapi dengan reka bentuk dwi-pemacu, yang termasuk pemacu dinamik berdiameter 11mm dan twiter tembikar piezoelektrik beresolusi tinggi, memberikan butiran bunyi yang kaya dan lembut serta bes yang meledak.

Sebagai yang pertama dalam industri, kemampuan mengukur suhu yang inovatif pada HONOR Earbuds 3 Pro mewujudkan kemungkinan baharu buat pengguna untuk memantau kesihatan mereka dengan teliti.

Dengan mengurangkan bunyi sekitar pada peringkat yang berbeza, HONOR Earbuds 3 Pro memberikan kualiti bunyi yang unggul dan prestasi panggilan dengan teknologi Pembatalan Bunyi Aktif Adaptif (ANC Adaptif) yang telah dibangunkan sepenuhnya dan ketersambungan yang dipertingkatkan, membolehkan pengguna menikmati muzik yang mengasyikkan dan bunyi yang mendalam ketika bermain atau dalam panggilan persidangan. 

Harga HONOR Earbuds 3 Pro akan bermula pada €199. Ketersediaan akan diumumkan pada tarikh lain.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kedai dalam talian HONOR di www.hihonor.com.

Latar Belakang HONOR   

HONOR ialah penyedia peranti pintar global yang terkemuka. Ia berdedikasi untuk menjadi jenama teknologi ikonik global dan mencipta dunia pintar baharu untuk semua orang melalui produk dan perkhidmatannya yang berkuasa. Dengan tumpuan yang tidak berbelah bahagi pada R&D, ia komited untuk membangunkan teknologi yang memperkasa orang ramai di seluruh dunia untuk melangkaui, memberikan mereka kebebasan untuk mencapai dan melakukan lebih banyak lagi. Menawarkan rangkaian telefon pintar, tablet, komputer riba dan peranti boleh pakai berkualiti tinggi untuk memenuhi setiap bajet, portfolio produk HONOR yang inovatif, premium dan boleh dipercayai membolehkan orang ramai menjadi versi diri mereka yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi HONOR dalam talian di www.hihonor.com atau emel newsroom@hihonor.com

http://community.hihonor.com/ 
https://www.facebook.com/honorglobal/ 
https://twitter.com/Honorglobal 
https://www.instagram.com/honorglobal/ 
http://www.youtube.com/c/HonorOfficial    

[1] Disokong pada versi Standard dan Pro

[2] Hanya tersedia pada versi Pro.

[3] Hanya tersedia pada versi Pro. Versi Standard ialah penarafan IP54. Ini bukanlah telefon mudah alih kalis air. Ia tahan percikan, tahan air dan tahan habuk dalam keadaan penggunaan biasa. Seperti yang diuji dalam keadaan makmal terkawal, ia mencapai peringkat IP68 di bawah standard GB/T 4208-2017 (domestik)/IEC 60529 (luar negara). Tahan percikan, air dan habuk tidak berkekalan, dan perlindungan mungkin berkurangan disebabkan oleh haus dan lusuh harian. Jangan cas telefon ketika ia basah. Lihat panduan pengguna untuk arahan pembersihan dan pengeringan. Kerosakan disebabkan oleh perendaman dalam cecair tidak dilindungi di bawah jaminan.

[4] Hanya tersedia pada versi Pro.

[5] Versi Standard dilengkapi dengan Kamera Telefoto Periskop 8MP.

[6] Versi Standard dikuasakan oleh bateri 4800mAh yang sangat panjang.

[7] Versi standard menyokong SuperCharge Berwayar 66W.

[8] Hanya versi Pro global yang menyokong SuperCharge Tanpa Wayar HONOR 100W.

[9] Hanya tersedia pada versi Pro.

[10] Data daripada Qualcomm.

 

Source: HONOR
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services Trade show news