omniture

ZTE Next-gen Cloud AI Home Security Camera Pro dianugerahkan Peranti Pengguna Terhubung Terbaik di GLOMO Awards 2022

ZTE Corporation
2022-03-04 03:44 157

SHENZHEN, China, 4 Mac 2022 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia antarabangsa yang utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk internet mudah alih, hari ini mengumumkan bahawa Next-gen Cloud AI Home Security Camera Pro telah memperoleh anugerah Peranti Pengguna Terhubung Terbaik di Global Mobile (GLOMO) Awards semasa berlangsungnya Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2022 di Barcelona, Sepanyol.


Next-gen Cloud AI Home Security Camera Pro ZTE menggunakan teknologi kolaborasi awan-peranti secara inovatif yang mana aplikasi AI besar-besaran digunakan di awan dan pengguna boleh memuat turun aplikasi secara atas permintaan untuk melaksanakan pelbagai keadaan penggunaan hanya dengan satu kamera. Dengan teknologi ini, kamera dapat memberi lebih banyak fungsi dan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna.

Di samping itu, kamera dan awan dapat melaksanakan analisis senario secara bersama untuk meningkatkan kecekapan analisis dan menjimatkan sumber pengkomputeran. Next-gen Cloud AI Home Security Camera Pro turut menampilkan ciri keterbukaan antara muka dan pendedahan keupayaan yang merupakan sebahagian daripada komitmen ZTE untuk membantu membina ekosistem penjagaan pintar.

Setakat ini, produk ini telah digunakan secara meluas di China, membantu pengguna melindungi rumah, menjaga warga emas dan kanak-kanak, berlindung daripada kecurian dan pencerobohan dan sebagainya pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

GLOMO Awards merupakan anugerah yang paling berprestij dalam industri ini, dinilai oleh pakar bidang khusus yang paling terkenal dalam sektor ini. Anugerah Peranti Pengguna Terhubung Terbaik yang dimenangi oleh ZTE adalah untuk peranti atau alat elektronik pengguna harian yang membawakan aplikasi, kecekapan dan fungsian baharu serta pintar kepada pengguna, di rumah atau semasa bergerak.

Hubungan Media: 

Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn 

 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Awards Trade show news