omniture

Huawei Perkenal Penyelesaian Pemulihan Bencana & Perkhidmatan Sandaran Bantu Pelanggan Capai Keandalan Tinggi dan Kebingkasan Kukuh

Huawei
2022-03-04 03:36 110

BARCELONA, Sepanyol, 4 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Semasa Kongres Dunia Mudah Alih pada tahun 2022, Huawei memperkenalkan penyelesaian pemulihan bencana & perkhidmatan sandaran untuk membolehkan pengguna perusahaan mencapai keandalan yang tinggi dan kebingkasan dalam senario awan serta memastikan penghijrahan perkhidmatan ke awan.

En. Hank Stokbroekx, Naib Presiden (VP) Jabatan Pendigitan dan Perkhidmatan Teknikal Enterprise BG, berkata: "Dengan pembangunan teknologi digital yang pesat seperti awan dan data raya, teknologi natif-awan seperti kontena dan perkhidmatan mikro telah memasuki peringkat aplikasi berskala besar pada kadar yang lebih pantas daripada yang dijangkakan. Huawei Enterprise Service komited untuk bekerjasama dengan pelanggan bagi menyahut cabaran, menyediakan penyelesaian perkhidmatan pemulihan bencana berbilang tahap mengikut piawaian industri, mempercepatkan transformasi digital kerajaan dan perusahaan serta rakan kongsi inovatif.

Mr. Hank Stokbroekx, Vice President (VP) of Digitization and Technical Service Dept of Enterprise BG, delivered an opening speech
Mr. Hank Stokbroekx, Vice President (VP) of Digitization and Technical Service Dept of Enterprise BG, delivered an opening speech

Menerusi transformasi digital pelbagai industri, sistem maklumat perusahaan berubah secara berperingkat-peringkat bermula daripada sistem pejabat kepada sistem pengeluaran. Kestabilan dan kesinambungan sistem adalah amat penting. Walau bagaimanapun, hanya 3% data dihasilkan oleh pelbagai sistem disimpan manakala hanya 10% data dilindungi. Dalam menghadapi ancaman seperti bencana alam, kerosakan perisian dan perkakasan, virus dan salah operasi, gangguan perkhidmatan atau kehilangan data mungkin menyebabkan kerugian ekonomi yang teruk, malah menjejaskan kehidupan rakyat.

Penyelesaian DR Huawei merangkumi perundingan DR, reka bentuk seni bina, integrasi DR dan latihan DR. Dengan tujuan untuk melindungi seluruh kitaran hayat data perkhidmatan, Huawei membina penyelesaian DR berbilang lapisan daripada data lapisan bawah kepada aplikasi lapisan atas dan daripada pusat data tunggal kepada pusat data silang. Berdasarkan kepada pengumpulan jangka panjang dalam bidang DR, Huawei menyediakan pelbagai penyelesaian termasuk ketersediaan tinggi setempat, DR dalam-bandar, DR jarak jauh dan DR berbilang-awan bagi mencapai objektif-objektif strategik pelbagai industri dan menjamin standard sistem IT.

Huawei DR and Backup Services Solution Architecture
Huawei DR and Backup Services Solution Architecture

Penyelesaian pembinaan DR yang berbeza dipilih berdasarkan kepada kepentingan sistem perkhidmatan yang berbeza. Huawei menyediakan lebih daripada 10 penyelesaian teknikal DR yang meliputi empat senario: HA setempat, HA dalam-bandar, DR jarak jauh dan DR berbilang-awan, bagi memenuhi keperluan DR enam-peringkat dalam Spesifikasi Pemulihan Bencana Sistem Maklumat. Pengguna perusahaan boleh memilih penyelesaian yang sepadan berdasarkan kepada keperluan pembinaan dan spesifikasi pengawasan mereka sendiri.

Platform Pengurusan Pintar Huawei dengan ramalan DR dan sandaran, penyuntikan kerosakan, pengesanan kerosakan, bantuan membuat keputusan, kawalan proses, pengurusan pertukaran DR, sandaran data dan pengurusan pemulihan, pengurusan operasi dan penyelenggaraan DR serta sandaran dan pertukaran selain pemulihan perkhidmatan berdasarkan kepada bencana khidmat pelanggan. Menyokong senario penuh, perkhidmatan layan diri penyewa dan pemulihan data serta melaksanakan "3Q" iaitu Pembatasan-Pantas, Pembuatan-Keputusan Pantas dan Pemulihan Pantas dalam senario bencana.

Penyelesaian DR & Sandaran Huawei menyediakan pelbagai penyelesaian DR untuk memenuhi keperluan kawal selia industri-industri yang berbeza, memendekkan tempoh pembinaan pelanggan dan meningkatkan kecekapan pertukaran. Dengan tujuan untuk memfokuskan kepada perlindungan kitaran hayat penuh data perkhidmatan kerajaan dan perusahaan, Huawei membantu pelanggan meningkatkan kebingkasan perniagaan dan mencapai kejayaan perniagaan dengan meningkatkan keupayaan perlindungan data dan pengurusan pemulihan bencana.

Kongres Dunia Mudah Alih 2022 berlangsung mulai 28 Februari hingga 3 Mac di Barcelona, Sepanyol. Huawei terletak di Fira Gran Via 1 Hall 1H50. Untuk butiran lanjut, sila lihat:Enterprise businessplatform
https: / / e. huawei. com / en / events / huawei - enterprise - mwc - 2022

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Trade show news