omniture

Dokumentari CHINA Kembali untuk Musim 2, Persembahkan Estetika Cina dengan Filemologi Timur

Mango TV
2022-03-04 07:38 69

CHANGSHA, China, 4 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Dokumentari yang amat dinanti-nantikan CHINA, kembali untuk musim kedua bagi mempersembahkan nilai estetika Asia Timur dan meneruskan penerokaan warisan China dalam dinasti-dinasti Tang, Song, Yuan, Ming dan Qing, ditayangkan secara global di Mango TV dan Hunan TV pada 28 Februari 2022.

Sinematografi dokumentari ini mengambil inspirasi daripada kerja berus gaya bebas Cina dan menggunakan imej bersimetri untuk mengekspresikan keindahan keharmonian dan menghasilkan kualiti yang tulen dan mengagumkan. Dengan tetapan imej dan komposisi warna yang memberi penekanan tinggi ke atas prinsip estetika Timur, setiap bingkai ditransformasikan menjadi lukisan tinta cair jelas yang dibentangkan di hadapan khalayak.


Kisah-kisah juga tidak diungkapkan melalui lakonan sahaja, tetapi juga bahasa visual simbolik digandingkan dengan komposisi imej minimalis bagi menyampaikan maklumat kontekstual. Dokumentari ini juga dirakam dalam Julat Dinamik-Tinggi (HDR) bagi membawakan pengalaman sinematik imersif sepenuhnya untuk penonton globalnya.

Mempersembahkan nilai estetika Timur pada tahap terbaiknya, penceritaannya juga mengambil inspirasi daripada intipati seni visual tradisional Cina yang dicirikan oleh ekspresi jelas dan garis luar yang tebal, seterusnya kecantikannya diekspresikan dengan menonjolkan semangat dan kuasa dalaman melalui bahasa puitis berbanding deskripsi linear. Sebagai contoh, dalam satu adegan dokumentari ini, Du Fu, salah seorang penyajak yang paling disegani dalam sejarah Cina, menggunakan Opera Qinqiang untuk meluahkan monolog dalaman beliau sambil menghunus pen berus di udara untuk menulis sajak.

Gerak perlahan diterima pakai sepanjang dokumentari ini untuk menyampaikan rasa ketenangan dan keintiman yang lebih luas, mewujudkan keadaan separa realistik dan ibarat mimpi apabila penonton menikmati keindahan budaya Cina. Hasilnya ialah sebuah dokumentari yang elegan tanpa kehilangan gravitas, menarik tanpa kehilangan sentuhan emosi dan mudah difahami tanpa kehilangan erti yang mendalam.


Latar Belakang dokumentari CHINA

Diterbitkan secara bersama oleh Mango TV, Hunan TV dan Beijing Bojing Culture, dokumentari bersejarah CHINA Musim 2 meneroka warisan China bermula daripada era Tianbao dalam Dinasti Tang, pergolakan Lima Dinasti dan penyatuan negara antara Dinasti Yuan, Ming dan Qing, hinggalah Revolusi 1911, yang mempersembahkan nilai estetik Timur dengan teknologi sinematik yang terkini.

Source: Mango TV
Keywords: Art Entertainment Television New products/services