omniture

International SOS Menang Anugerah Penggunaan Automasi Paling Inovatif FutureCFO Dalam Perkongsian Bersama Esker

Esker
2022-03-04 10:19 175

SINGAPURA, 4 Maret 2022 /PRNewswire/ -- Esker, platform awan global dan peneraju bagi penyelesaian automasi proses pacuan AI untuk fungsi-fungsi kewangan dan khidmat pelanggan, hari ini mengumumkan bahawa pelanggannya, International SOS, peneraju bagi pengurusan kesihatan dan risiko keselamatan antarabangsa, telah memenangi Anugerah Penggunaan Automasi Paling Inovatif FutureCFO dengan kerjasama Esker. FutureCFO berunding dengan pemimpin-pemimpin kewangan di seluruh rantau Asia-Pasifik untuk mengenal pasti cabaran dan peluang yang dihadapi oleh pemimpin kewangan dan organisasi. International SOS dan Esker berbangga diiktiraf oleh FutureCFO dalam kategori Anugerah Inovasi Teknologi kerana mencapai kebingkasan melalui inovasi transformatif.

International SOS Menang Anugerah Penggunaan Automasi Paling Inovatif FutureCFO dalam perkongsian bersama Esker
International SOS Menang Anugerah Penggunaan Automasi Paling Inovatif FutureCFO dalam perkongsian bersama Esker

Latar Belakang Anugerah Automasi Paling Inovatif FutureCFO

Sebagai sebahagian daripada Anugerah Kecemerlangan FutureCFO, Anugerah Penggunaan Automasi Paling Inovatif mengiktiraf penggunaan automatif yang inovatif oleh organisasi kewangan untuk proses teras, termasuk simpan kira, akaun belum bayar, invois, akaun belum terima, pematuhan cukai, senarai gaji dan pengurusan perbelanjaan. Menggunakan suit Peroleh-untuk-Bayar (Procure-to-Pay) berpandukan AI Esker dan penyelesaian Akaun Belum Terima sebagai kes perniagaan, International SOS dipilih sebagai pemenang oleh jawatankuasa penilai FutureCFO.

"Perjalanan pendigitalisan kewangan International SOS mencerminkan banyak cabaran yang dihadapi oleh organisasi-organisasi di Asia hari ini. Mereka ingin meningkatkan tahap kecekapan, mempunyai pandangan yang lebih baik mengenai perniagaan pada waktu sebenar, berupaya untuk bertindak balas kepada perubahan apabila ia berlaku dan berbuat demikian tanpa mengira kekangan yang dihadapi oleh mereka. Pendekatan oleh International SOS mencerminkan metodologi yang dirancang dengan teliti yang mengiktiraf nilai perkongsian kolaboratif untuk memenuhi matlamat perniagaan yang semakin berkembang," kata Allan Tan, Editor Kumpulan untuk CXOCIETY, syarikat induk FutureCFO.

Esker dan Perkongsian untuk Automasi International SOS

Bekerjasama erat bersama Esker, International SOS mengoptimumkan dengan jayanya proses kewangannya menggunakan suit Peroleh-untuk-Bayar (Procure-to-Pay) Esker dan penyelesaian Akaun Belum Terima (Penghantaran Invois, Pengurusan Pengumpulan dan Permohonan Tunai), beralih daripada 85% invois berasaskan kertas kepada pengendalian 95% vendor elektronik dan invois pelanggan hari ini. International SOS kini beroperasi dalam proses yang sangat kolaboratif dan telus menggunakan penyelesaian Esker.

Di samping itu, dengan penyelesaian Permohonan Tunai Esker, kini International SOS dapat mengurus pelbagai format pembayaran dengan mengautomasikan proses pembayaran pemadanan intensif secara manual yang diterima daripada semua sumber yang masuk, lantas mewujudkan penjimatan masa yang banyak.

"Kami gembira menerima anugerah ini dengan perkongsian bersama Esker dan kami berharap dapat mengembangkan hubungan kami pada masa terdekat," kata Ross Mackay, Ketua Kumpulan Perkhidmatan Dikongsi Global dan Pengoptimuman Kewangan di International SOS. Penyelesaian Esker dan metodologi Agile membolehkan kami melaksanakan dengan mudah, meningkatkan kolaborasi dan menyampaikan faedah kepada kakitangan, pelanggan dan pembekal kami."

Latar Belakang International SOS

International SOS Group of Companies terlibat dalam bidang yang menyelamatkan nyawa, melindungi tenaga kerja global anda daripada ancaman kesihatan dan keselamatan. Di mana saja anda berada, kami membawakan penyelesaian kesihatan tersuai, pengurusan risiko keselamatan dan kesejahteraan untuk mendorong pertumbuhan dan produktiviti anda. Dalam peristiwa cuaca melampau, wabak atau kejadian keselamatan, kami menyediakan tindak balas segera bagi memberikan ketenangan minda. Teknologi inovatif kami serta kepakaran perubatan dan keselamatan kami memberi tumpuan kepada pencegahan, menawarkan pandangan boleh diambil tindakan pada masa sebenar dan penghantaran berkualiti di lapangan. Kami membantu melindungi kakitangan anda, reputasi organisasi anda serta menyokong keperluan pelaporan pematuhan anda. Dengan bekerjasama bersama kami, organisasi dapat memenuhi tanggungjawab Kewajipan Penjagaan mereka, di samping memperkasa kebingkasan, kelangsungan dan kemampanan perniagaan. Ditubuhkan pada tahun 1985, International SOS Group, beribu pejabat di London & Singapura, dipercayai oleh 12,000 organisasi, termasuk kebanyakan syarikat Fortune 500 selain perusahaan bersaiz sederhana, kerajaan, institusi pendidikan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). 12,000 pakar perubatan, keselamatan dan logistik berbilang budaya berdiri bersama anda untuk memberi sokongan & bantuan dari lebih 1,000 lokasi di 90 negara, 24/7, 365 hari. Bagi melindungi tenaga kerja anda, kami berada di hujung jari anda: http://www.internationalsos.com www.internationalsos.com

Latar Belakang FutureCFO

FutureCFO, sebahagian daripada CXOCIETY, merupakan platform berita media Ketua Pegawai Kewangan (CFO) yang terbesar dan paling lama bertapak di Asia. FutureCFO berkisarkan usaha untuk memperkasa CFO dan Pasukan Kewangan bagi menduduki kedudukan kepimpinan dalam pendigitalan perusahaan. CXOCIETY menyediakan penglibatan dengan komuniti peringkat teratas di Asia melalui Media Digital, Kandungan Tersuai, Acara serta Kajian dan Laporan. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://futurecfo.net/

Latar Belakang Esker

Esker ialah platform awan global yang dibina untuk memperoleh nilai strategik untuk ahli-ahli profesional kewangan dan khidmat pelanggan serta memperkukuh kolaborasi antara syarikat-syarikat dengan mengautomasikan kitaran penukaran tunai. Penyelesaian Esker menggabungkan teknologi seperti Kecerdasan Buatan (AI) untuk memacu peningkatan produktiviti, peningkatan kebolehlihatan, pengurangan risiko penipuan dan kolaborasi yang lebih baik bersama pelanggan, pembekal dan pihak dalaman. Esker beroperasi di Amerika Utara, Amerika Latin, Eropah dan Asia Pasifik dengan ibu pejabat global terletak di Lyon, Perancis selain ibu pejabat A.S. di Madison, Wisconsin. Untuk maklumat lanjut mengenai Esker dan penyelesaiannya, kunjungi www.esker.com.sg. Ikuti Esker di LinkedIn @EskerAsia dan sertai perbualan di blog Esker di blog.esker.com.sg

Source: Esker
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Awards Corporate Expansion Financial Technology