omniture

GoTo Berkembang ke Negara-Negara Asia Tenggara dengan pendekatan mengutamakan Saluran, Produk Sokongan Baharu, dan Rangkaian Rakan Kongsi Baharu

GoTo
2022-03-04 16:22 62
  • Rancangan pengembangan serantau dengan kakitangan tambahan dan pemerolehan rakan kongsi baharu
  • Produk pengurusan & sokongan IT baharu, GoTo Resolve, kini tersedia di pasaran
  • Rangkaian Rakan Kongsi baharu untuk memperkasa ekosistem rakan kongsinya yang semakin berkembang untuk meningkatkan pendapatan

SINGAPURA, 4 Mac 2022 /PRNewswire/ -- GoTo hari ini mengumumkan pengembangan Asia Tenggaranya dengan pendekatan mengutamakan saluran yang memberi tumpuan kepada Singapura, Malaysia, dan Filipina. Pengumuman ini berikutan berita baru-baru ini, LogMeIn rebranding to GoTo pada awal Februari.

Bersama dengan kehadiran antarabangsanya yang mantap di Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah dan APAC, GoTo menunjukkan komitmennya dalam menyokong perusahaan bersaiz kecil dan sederhana (PKS) di seluruh dunia dan merentas wilayah dengan kolaborasi kerja fleksibel dan keperluan sokongan IT mereka yang berubah-ubah.

Dianggarkan bahawa terdapat lebih daripada 70 juta PKS di Asia Tenggara setakat 2020. Mereka menyumbang 99% daripada semua perniagaan di rantau ini, menggaji lebih 140 juta pekerja dan membentuk tulang belakang ekonomi Asia Tenggara. Kebanyakannya bekerja secara jarak jauh sejak dua tahun lalu, pandemik COVID-19 telah mencipta peralihan dalam cara pekerja memilih untuk bekerja. Kajian terbaharu oleh EY mendapati hanya 15% daripada tenaga kerja Asia Tenggara menunjukkan bahawa mereka lebih suka bekerja dari pejabat sepenuh masa. Majoriti lebih suka untuk bekerja di mana sahaja (32%), bekerja secara jarak jauh sepenuh masa (29%) atau dalam aturan kerja hibrid (23%). Walaupun terdapat peningkatan ketara dalam kebergantungan organisasi terhadap alat digital untuk pekerja, kajian ini mendapati bahawa hanya 42% daripada organisasi yang menggunakan alat produktiviti. 

"Di GoTo, kami memahami cabaran-cabaran unik yang dihadapi oleh PKS dan berdedikasi untuk menumpukan sumber kami untuk menangani masalah-masalah ini. Kami ingin membawakan set pengetahuan ini untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik ke Asia Tenggara bersama dengan ekosistem rakan kongsi kami, dan kolaborasi dan produk sokongan terbaik dalam kelas," kata Lindsay Brown, Naib Presiden dan Pengurus Besar, GoTo Asia Pasifik. "Mengembangkan jejak kami ke rantau ini dengan pendekatan mengutamakan saluran bermakna pelanggan kami mendapat faedah daripada kepakaran produk dan sokongan tempatan yang disediakan oleh rakan kongsi berkemahiran. Dengan kepentingan saluran sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan kami, saya sukacita untuk mengumumkan kenaikan pangkat Yvette McEnearney sebagai Pengarah Saluran, Asia Pasifik di mana beliau kini akan memimpin pasukan Jualan Saluran kami merentas Asia Pasifik." 

Produk Pengurusan & Sokongan IT Baharu

GoTo turut mengumumkan pelancaran produk pengurusan & sokongan IT (ITSM) baharu, GoTo Resolve. GoTo Resolve memodenkan sokongan IT dengan menggabungkan semua alat perniagaan bersaiz kecil dan sederhana (PKS) yang diperlukan untuk mengurus dan menyokong pekerja dalam cara yang fleksibel, selamat dan bersahaja. Pelancaran GoTo Resolve beserta dengan evolusi dan peningkatan berterusan kepada penyelesaian komunikasi dan kolaborasi bersatu (UCC) GoTo dengan produk seperti GoTo Webinar, GoTo Meeting dan banyak lagi, membolehkan pasukan IT PKS menguruskan sistem dan berkomunikasi dengan pekerja mereka dengan lancar untuk mendapatkan maklumat yang betul dan menyelesaikan isu dengan lebih cepat melalui satu penyedia dan aplikasi. Pusat pentadbiran bersatu GoTo menggabungkan produk-produk ini, memberikan pemimpin IT satu aplikasi yang dapat membolehkan mereka mengurus pengguna, kelayakan, dan konfigurasi mereka.  

  • Produk semua-dalam-satu baharu memudahkan pengurusan dan sokongan IT PKS, menggabungkan fungsi dari keupayaan akses jarak jauh, pengurusan, dan sokongan GoTo yang bertaraf dunia dengan set alat pertiketan perbualan dan sokongan serba baharu
  • Seni bina keselamatan sifar percaya pertama di pasaran melindungi titik akhir daripada ancaman siber dan kelemahan rantaian bekalan. Kawalan akses sifar percaya GoTo Resolve membawa pendekatan 'jangan percaya, sentiasa sahkan', di mana semua tindakan yang sensitif – seperti akses terpencil dan tugasan automatik – memerlukan pengesahan kedua yang unik oleh seseorang dan segalanya
  • GoTo Resolve ialah perkhidmatan premium yang dapat digunakan dalam beberapa minit, bukan dalam beberapa hari. Dengan pilihan sifar kos, GoTo menjadikan keselamatan sifar percaya boleh dicapai oleh perniagaan dari sebarang saiz, membolehkan pengguna mendapat akses kepada fungsi asas

"Tinjauan[1] IT Decision Makers tahunan kami mendedahkan bahawa lebih daripada 81% perniagaan di Asia Tenggara akan mempunyai lebih daripada 50% tenaga kerja mereka bekerja dari jarak jauh secara sambilan atau sepenuh masa. Peralihan seumpamanya akan terus mengubah bagaimana perniagaan menyokong keperluan berubah-ubah pekerja mereka untuk kerja yang fleksibel," kata Krishna Baidya, Pengarah Amalan Transformasi Digital di Frost & Sullivan. "Portfolio GoTo yang bersatu dan dipermudahkan diselaraskan dengan baik dengan cara perniagaan, terutamanya PKS, menilai pilihan untuk memodenkan komunikasi, kolaborasi, dan penyelesaian IT mereka, memilih penyelesaian yang bersepadu, mudah digunakan dan mengurus yang cepat untuk dilaksanakan, dengan masa operasi yang boleh dipercayai dan disokong oleh sokongan pakar di wilayah."

Rangkaian Rakan Kongsi Baharu 

Di sepanjang tahun lalu, pasukan Asia Tenggara GoTo telah menubuhkan satu program saluran tempatan dengan rakan kongsi yang termasuk Ingram Micro di Singapura, Malaysia, Indonesia, dan Thailand, serta VSTEC di Filipina. GoTo merancang untuk mengambil pekerja tambahan tempatan untuk menyokong pelan pengembangan serantaunya dalam tahun 2022.

Dengan pengumuman ini, GoTo turut memperkenalkan Rangkaian Rakan Kongsi GoTo, yang direka untuk memperkasa ekosistem rakan kongsinya yang semakin berkembang dengan cara tambahan untuk menarik pelanggan dan meningkatkan pendapatan. Dengan tumpuan global yang diperluas, rakan kongsi semasa dan baharu kini boleh mendapat manfaat daripada pelaburan tambahan dalam pemasaran, integrasi baharu, dan sokongan untuk pelbagai jenis rakan kongsi (MSP, Penjual, dan Pengedar). Program ini termasuk model peringkat rasmi dengan faedah berkaitan berhubungkait dengan prestasi. Ini mewujudkan peluang pendapatan tambahan untuk menyediakan sokongan terpencil, pengurusan titik akhir, dan produk kolaborasi GoTo tambahan.

"Ingram Micro benar-benar teruja untuk bekerjasama dengan GoTo untuk menyediakan sokongan IT yang dimodenkan untuk membantu perniagaan mengurus pekerja dalam cara yang fleksibel, selamat dan bersahaja," kata Lee Welch, Pengarah Eksekutif, Jualan Saluran Awan APAC di Ingram Micro Cloud. "Kami menyaksikan potensi yang besar dalam pasaran yang boleh ditangani di mana rakan kongsi memanfaatkan GoTo Resolve untuk menyediakan perkhidmatan terurus yang lebih lengkap buat pelanggan mereka."

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.goto.com

Latar Belakang GoTo  
Perisian kerja fleksibel GoTo – yang termasuk GoTo Connect, GoTo Resolve, Rescue, Central, dan banyak lagi – dibina untuk jabatan IT bagi jabatan IT perniagaan bersaiz kecil dan sederhana, namun cukup berkuasa buat perusahaan. Perisian GoTo direka bentuk untuk menyokong keperluan komunikasi & kolaborasi bersatu (UCC) dan pengurusan & sokongan IT pengguna akhir, dan hampir 800,000 pelanggan menyumbang kepada lebih daripada satu bilion orang yang menyertai mesyuarat, kelas, dan webinar melalui produk UCC GoTo, dan lima ratus juta hubungan pada akses dan alat sokongan jauh syarikat. Dengan membina perisiannya yang selamat dan mudah digunakan, GoTo komited untuk memastikan masa di tempat kerja dihabiskan sebaiknya supaya masa di luar waktu bekerja diluangkan dengan lebih baik. Dengan lebih 3,000 pekerja global dan lebih $1 bilion dalam pendapatan tahunan, ibu pejabat fizikal syarikat berpusatkan jarak jauh berada di Boston, Amerika, Eropah, Asia, Australia, dan seterusnya.

[1] Menavigasi Transformasi Digital Melalui COVID-19 dan Seterusnya, Asia Pasifik https://store.frost.com/navigating-digital-transformation-through-covid-19-and-beyond-asia-pacific.html 

 

 

Source: GoTo
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Corporate Expansion New products/services Financial Technology