omniture

Huawei Storage Perkenal Tiga Produk Utama untuk Penyelesaian Pusat Data Tindanan-Penuh Huawei

Huawei
2022-03-04 16:58 124

BARCELONA, Sepanyol, 4 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Semasa Forum Pusat Data Tindanan-Penuh Huawei di MWC Barcelona 2022, Huawei mencadangkan visi "Flash-to-Flash-to-Anything (F2F2X)" dan menyokong penggunaan storan denyar-penuh untuk mempercepatkan senario penuh. Dalam masa yang sama, Huawei mendedahkan tiga produk storan utama: OceanStor Dorado All-Flash Storage, OceanProtect Backup Storage dan OceanStor Pacific Storage untuk penyelesaian Pusat Data Tindanan-Penuh Huawei.

Kebangkitan aplikasi 5G, Internet Pelbagai Benda (IoT) dan Kecerdasan Buatan (AI) telah menyebabkan data melonjak dalam industri kewangan, kerajaan dan pembuatan. Hasilnya, sistem storan menghadapi keperluan yang lebih tinggi berbanding sebelum ini. Sistem tradisional tidak dapat menyediakan perkhidmatan dan prestasi perbelanjaan operasi (OPEX) yang diperlukan utuk memastikan sistem IT beroperasi sepanjang masa dan dalam semua keadaan. Akibatnya, storan denyar-penuh telah menjadi pilihan yang popular untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran merentas industri-industri terutamanya untuk transaksi, analitik, perkongsian fail berprestasi tinggi, pembangunan dan pengujian, pemulihan bencana dan sandaran serta pengkomputeran berprestasi tinggi. Pemacu keadaan pepejal (SSD) menggantikan pemacu cakera keras (HDD) dengan pantas untuk memberikan prestasi data yang lebih tinggi dan perlindungan data yang lebih baik dalam semua senario.

Huawei Storage Perkenal Tiga Produk Utama
Huawei Storage Perkenal Tiga Produk Utama

Huawei mendedahkan tiga siri dan penyelesaian produk storan utama untuk Penyelesaian Pusat Data Tindanan-Penuh:

  1. Siri OceanStor Dorado All-Flash Storage terkenal kerana keandalannya yang mantap dan prestasi yang tinggi dan ia diterima pakai secara meluas dalam pelbagai industri untuk aplikasi pengeluaran teras. Sistem OceanStor Dorado baharu yang dilancarkan di MWC menampilkan ciri-ciri storan terhubung rangkaian (NAS) serba baharu berserta banyak ciri keselamatan yang lain seperti kuota, Kualiti Perkhidmatan (QoS) dan perlindungan daripada perisian tebusan. Ia bersama-sama membantu memastikan perkongsian fail silang jabatan yang selamat. Sistem Dorado baharu turut mengguna pakai seni bina sistem fail teragih global silang-kluster yang unik dan seni bina FlashLink utama untuk memberikan 30% prestasi yang lebih tinggi berbanding rakan industri. Di samping itu, siri OceanStor Dorado menyokong secara serentak storan aktif-aktif untuk rangkaian kawasan storan (SAN) dan NAS bagi memastikan perkhidmatan beroperasi 24/7. Tatasusunan Dorado sesuai khususnya untuk automasi reka bentuk elektrik semikonduktor (EDA), penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk dan senario pertukaran data kewangan, berperanan sebagai infrastruktur yang cekap dan andal untuk aplikasi dengan lebih satu trilion fail kecil.
  2. Siri OceanProtect Backup Storage membawakan enjin berbilang-strim untuk pemecutan hujung-ke-hujung dan seni bina aktif-aktif untuk keandalan tinggi. Dengan deduplikasi panjang boleh ubah sebaris perintis dan algoritma pemampatan berasaskan ciri, ia menyediakan kelajuan sandaran data tiga kali ganda lebih tinggi dan kelajuan pemulihan data lima kali ganda lebih tinggi daripada produk saingan selain nisbah pengurangan data yang tinggi iaitu 72:1. Selain itu, ia menyediakan perlindungan daripada perisian tebusan yang menyeluruh bagi membantu pengguna melindungi data daripada serangan.
  3. Siri OceanStor Pacific Mass Data Storage menerobos sempadan prestasi, protokol dan kapasiti untuk aplikasi analitik data prestasi tinggi (HPDA). Ia merupakan satu-satunya siri storan dalam industri yang menyokong beban hibrid, bererti satu sistem OceanStor Pacific boleh digunakan untuk HPDA, data raya, video, sandaran dan aplikasi pengarkiban secara serentak. Sistem OceanStor Pacific baharu meningkatkan penggunaan storan selanjutnya sebanyak 30% dalam senario HPDA melalui pengoptimuman algoritma dan teknik pemampatan data. Selain itu, menyokong pemprosesan data raya hampir waktu sebenar, ia memendekkan masa untuk menganalisis 100 bilion set data daripada beberapa hari kepada hanya beberapa minit, mempercepatkan pembangunan aplikasi dengan ketara.

Untuk maklumat lanjut mengenai Huawei OceanStor Storage, sila kunjungi https://e.huawei.com/en/products/storage

MWC Barcelona 2022 berlangsung mulai 28 Februari hingga 3 Mac di Barcelona, Sepanyol. Reruai pameran Huawei Enterprise terletak di 1H50 di Hall 1 Fira Gran Via. Untuk butiran lanjut mengenai transformasi digital industri-industri, sila kunjungi: Huawei Enterprise di MWC 2022 | New Value Together

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news