omniture

Huawei Terangi Masa Depan Pintar Rendah-Karbon bersama Pelanggan dan Rakan Kongsi di MWC Barcelona

Huawei
2022-03-04 19:26 352

BARCELONA, Sepanyol, 4 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Pada 1 Mac, Forum Kuasa Digital Global 2022 dengan tema "Menerangi Masa Depan Pintar Rendah Karbon" telahpun diadakan semasa Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) di Barcelona, Sepanyol. Hampir 200 pelanggan industri dan organisasi di seluruh dunia mengambil bahagian dalam forum ini. Pemimpin industri berkongsi pandangan mengenai bagaimana untuk menginovasi rangkaian rendah karbon hijau dan pusat data serta menggalakkan pembangunan tenaga bersih. Huawei menjemput pelanggan dan rakan kongsi untuk menghadiri Lighting up a Green Future for the Industry, sebuah upacara yang bertujuan untuk membimbing pembawa di laluan rendah karbon.

Fang Liangzhou, Naib Presiden Huawei Digital Power, berkata dalam ucapan dasar beliau bahawa "keneutralan karbon telah menjadi satu konsensus global. Huawei menyokong dan mengambil bahagian secara aktif dalam tindakan perubahan iklim untuk membantu pelanggan menjadi neutral karbon. Kami terus menginovasi penjanaan kuasa bersih, pendigitalan tenaga, pengangkutan elektrik, infrastruktur tenaga ICT hijau dan tenaga pintar bersepadu. Dengan menggabungkan aliran tenaga dan aliran maklumat, Huawei Digital Power komited untuk mencipta kehidupan yang lebih baik, perniagaan lebih pintar, masyarakat lebih inklusif dan dunia lebih hijau."

Fang Liangzhou, Naib Presiden Huawei Digital Power, menyampaikan ucapan dasar
Fang Liangzhou, Naib Presiden Huawei Digital Power, menyampaikan ucapan dasar

Bagi membantu pembawa meniti di laluan pembangunan mesra alam, Huawei mencadangkan strategi "Lebih Bit, Kurang Watt". Melalui penyelesaian yang komprehensif ini yang mengintegrasikan tapak hijau, rangkaian hijau dan operasi hijau, pembawa dapat menikmati peningkatan kapasiti rangkaian pada penggunaan tenaga lebih rendah bagi setiap bit.

Michel FRAISSE, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Teknologi Huawei Digital Power di Eropah Barat berkata bahawa rangkaian sasaran tenaga hijau Huawei bermatlamat untuk membantu pembawa membina rangkaian hijau dan rendah karbon.

  • Tapak: Kecekapan tenaga dapat ditingkatkan daripada 60% kepada 97% selepas tapak berkembang daripada bilik peralatan kepada kabinet atau daripada kabinet kepada tiang.
  • Bilik peralatan: Kecekapan tenaga bilik peralatan dapat ditingkatkan daripada 55% kepada 75% selepas pengembangan kapasiti dan pembinaan semula. Di samping itu, teknologi inovatif seperti penyejukan jitu dan peningkatan voltan pintar, menghapuskan keperluan untuk menambah bilik peralatan, menggantikan kabel dan menambah penyaman udara.
  • Pembinaan baharu: Kabinet, bukannya bilik peralatan digunakan untuk tapak baharu, meningkatkan kecekapan tenaga daripada 60% kepada 90%.
  • Pusat data: Dengam membina semula seni bina, bekalan kuasa, penyejukan dan O&M, Huawei berjaya membina pusat daya generasi seterusnya yang dipermudah, hijau, pintar dan selamat dengan penggunaan tenaga yang dikurangkan dan tempoh pembinaan yang dipendekkan.
  • Penjanaan kuasa: Huawei membantu pembawa menggunakan panel PV di tapak sedia ada mereka, bilik peralatan dan kampus, mentransformasikan pembawa daripada pengguna tenaga kepada pengeluar tenaga mesra alam.

Penceramah jemputan berkongsi pandangan yang menarik di sidang kemuncak ini. Luis Neves, Ketua Pegawai Eksekutif Global Enabling Sustainability Initiative (GeSI), berkongsi bagaimana teknologi digital dapat membantu industri tenaga tradisional meningkatkan kecekapan tenaga dan bagaimana cetakan tangan karbon ICT dapat mengurangkan jejak karbon dalam industri.

Bernd Leven, Ketua Prestasi Tenaga di Vodafone, berkongsi amalan mereka menggunakan tenaga boleh diperbaharui di tapak global, mengitar semula sisa rangkaian, mengurangkan emisi karbon dalam rantaian bekalan serta strategi emisi karbon sifar bersih 2040.

Maria Yolanda C. Crisanto, Ketua Pegawai Kemampanan di Globe Telecom, berkongsi rancangan rangkaian sasaran rendah-karbon 2030 mereka yang termasuk pelaksanaan tapak dipermudah, pembinaan semula tapak sedia ada dalaman-ke-luaran, pelaksanaan PV dan penyingkiran genset.

Seppo Ihalainen, Ketua Pegawai Eksekutif Ficolo dan Santiago Hernández Onís, Ketua Pegawai Eksekutif XDATA, berbincang mengenai pengendalian pusat data dengan 100% kuasa hijau dan PUE lebih rendah serta mengupayakan industri untuk mengurangkan jejak karbon melalui pusat data.

Source: Huawei
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Oil/Energy Telecommunications Utilities Trade show news