omniture

Huawei dan Flexxible IT Perkenal Penyelesaian Perkhidmatan O&M Hi-Ops 3.0 Industri

Huawei
2022-03-04 19:44 307

BARCELONA, Sepanyol, 4 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Semasa Kongres Dunia Mudah Alih 2022, Huawei dan rakan kongsi Flexxible IT memperkenalkan penyelesaian perkhidmatan O&M Hi-Ops 3.0 industri untuk membina perkhidmatan O&M industri digital.

Dengan transformasi digital yang semakin mendalam, mod O&M tradisional telah berubah. Platform O&M mengumpul, mengatur dan menganalisis data O&M untuk menakrifkan garis dasar nilai O&M secara berperingkat-peringkat, menjadikan nilai O&M lebih kelihatan. Kedua, teknologi canggih yang digunakan secara meluas seperti analisis log besar-besaran, meningkatkan kecekapan O&M dan mengurangkan kos.

Huawei memperkenalkan secara rasmi O&M Hi-Ops 3.0 industri iaitu "1+2+3=N". Ia mengupayakan nilai O&M operasi, kesedaran situasi dan ramalan irisko. Dalam penyelesaian O&M Hi-Ops 3.0 industri, "1" merujuk kepada platform O&M seragam IMOC (Pusat Penyelenggaraan dan Operasi Pintar) yang dibangunkan oleh Huawei. "2" merujuk kepada dua jenis perkhidmatan O&M: perkhidmatan O&M asas dan perkhidmatan O&M digital. Perkhidmatan O&M asas termasuk penyelarasan O&M, O&M rutin, pengurusan O&M dan penambahbaikan berterusan. Perkhidmatan O&M digital termasuk perundingan transformasi digital O&M, pembinaan digital O&M dan operasi digital O&M. "3" merujuk kepada tiga jenis rakan kongsi: rakan kongsi komponen platform, rakan kongsi pembangunan adaptasi dan rakan kongsi bersama penyelesaian. "N" merujuk kepada senario O&M yang berbeza seperti bandar pintar, pengangkutan pintar, kewangan pintar dan kerajaan pintar.

Pengoperasian nilai O&M: Ia bermaksud mewujudkan model dan sistem nilai O&M yang didorong oleh objektif perniagaan. Langkah demi langkah, menyusun objektif O&M daripada objektif perkhidmatan, mewujudkan sistem penunjuk berdasarkan kepada objektif O&M, melaksanakan pemodelan sistem, kemudian mengukuhkan platform, seterusnya menentusahkan hasil perkhidmatan dan akhirnya menjalankan operasi O&M yang berterusan.

Kesedaran situasi: Semua pautan rantaian perkhidmatan, rantaian data dan rantaian pelaksanaan diperkemas untuk melukis peta kesedaran perkhidmatan bagi merealisasikan kesedaran situasi perkhidmatan waktu sebenar. Visualisasikan data dan perkaitan seni bina untuk menyempadankan dan mengesan kerosakan perkhidmatan dengan cepat, termasuk mencari dan mengesan perkhidmatan/masalah perkhidmatan, mencari dan mengesan masalah sumber sistem, mencari dan mengesan kerosakan perkakasan dan menganalisis korelarasi dan kesan peristiwa.

Ramalan risiko: Ia bermula daripada pemantauan tindanan penuh dan menghasilkan lebih daripada 5000 pokok gagal dengan memperoleh data daripada lapisan platform, lapisan data, lapisan perkhidmatan dan lapisan aplikasi. dengan cara pemerolehan status dan pengurusan ambang, pengurusan algoritma model, analisis hubungan data, pengesanan aktif dan simulasi tingkah laku pengguna. Pemantauan prediktif pintar.

O&M Hi-Ops 3.0 industri Huawei termasuk tiga jenis rakan keupayaan: rakan kongsi komponen platform, yang dapat memenuhi keperluan pelanggan dengan cepat dengan memperkenalkan komponen matang termasuk pemantauan infrastruktur IT, pengurusan alamat IP, APM, visualisasi 3D dan pengurusan prestasi rangkaian. Rakan kongsi pembangunan adaptasi yang menyediakan perkhidmatan adaptasi diperibadikan untuk pelanggan, termasuk pembangunan reka bentuk visualisasi, pembangunan adaptasi portal, pembangunan penyesuai, saling sambung proses dan penyepaduan alat. Rakan kongsi penyelesaian menyediakan secara bersama penyelesaian perkhidmatan O&M termasuk penyelesaian visualisasi data, penyelesaian O&M jarak jauh serta penyelesaian pemantauan aplikasi.

Flexxible IT ialah CSP diperakui-Huawei. Ia beribu pejabat di Sepanyol dan mempunyai cawangan di Eropah dan Amerika Syarikat. Flexxible IT mempunyai pasukan sokongan 7 x 24 x 365 bagi membantu pelanggan mengendalikan kecemasan dan penyelenggaraan. Ia juga mempunyai sistem pemantauan proaktif 7*24-jam untuk membantu pelanggan mengelakkan dan mengenal pasti masalah perkakasan. En. Kilian Arjona (Ketua Pegawai Teknologi, Flexxible IT) berkata: "Huawei bekerjasama dengan Flexxible IT sejak tahun lalu. Kini, Huawei bekerjasama dengan pelbagai NA."

Pada masa depan, Huawei akan bekerjasama dengan lebih ramai rakan kongsi untuk menyesuaikan transformasi digital anda dan menginspirasikan lebih banyak nilai transformasi.

En. Kilian Arjona, Ketua Pegawai Teknologi Flexxible IT
En. Kilian Arjona, Ketua Pegawai Teknologi Flexxible IT

Kongres Dunia Mudah Alih 2022 berlangsung mulai 28 Februari hingga 3 Mac di Barcelona, Sepanyol. Terletak di kawasan 1H50 Hall 1 Fira Gran Via. Untuk butiran lanjut, lihat: Reruai Perniagaan Huawei Enterprise

https://e.huawei.com/en/events/huawei-enterprise-mwc-2022

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news