omniture

Huawei Perkenal Penyelesaian Pusat Data Tindanan Penuh untuk Perbaharui Infrastruktur Digital

Huawei
2022-03-05 06:17 392

BARCELONA, Sepanyol, 5 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Di MWC 2022 Barcelona, Huawei memperkenalkan Penyelesaian Pusat Data Tindanan Penuh semasa Forum Pusat Data Tindanan Penuh Huawei. Direka bentuk untuk membantu perusahaan merangkul pusat data moden, penyelesaian serba baharu ini memanfaatkan kuasa keupayaan tindanan penuh Huawei dari pengguna tenaga hingga ke peralatan IT. Ia dibina untuk membantu perniagaan memodenkan infrastruktur pusat data mereka dan meletakkan asas kukuh untuk transformasi digital, dengan empat prinsip utama pada terasnya: memperbaharui pengkomputeran & penstoran, memperbaharui rangkaian, memperbaharui keandalan, dan memperbaharui hijau.

Sama seperti kita tidak dapat hidup tanpa telefon mudah alih, perusahaan tidak dapat hidup tanpa pusat data. Pusat data ialah komputer bagi perusahaan. Dianggarkan bahawa lebih daripada 90% daripada kuasa dan data pengkomputeran akan diagregatkan dalam pusat data menjelang 2025. Ini menjadikan pusat data kunci untuk memacu perusahaan ke arah digital. Pada sesi ini, Ian Redpath, Penganalisa Informa berkata, "Perusahaan sedang memodenkan pusat data mereka dengan kemudahan DC hijau, dan infrastruktur ICT dan teknologi awan yang inovatif. Pembaharuan pusat data akan meningkatkan kecekapan perniagaan perusahaan dan mengoptimumkan TCO."

En. Shi Wei, Pengarah Jabatan Penyelesaian Pusat Data Huawei, memperkenalkan Penyelesaian Pusat Data Tindanan Penuh Huawei
En. Shi Wei, Pengarah Jabatan Penyelesaian Pusat Data Huawei, memperkenalkan Penyelesaian Pusat Data Tindanan Penuh Huawei

En. Shi Wei, Pengarah Jabatan Penyelesaian Pusat Data Huawei, berkata, "Membina pusat data awan, intensif, dan hijau menimbulkan banyak cabaran baharu buat infrastruktur ICT. Penyelesaian Pusat Data Tindanan Penuh kami menangani cabaran-cabaran ini dengan memperbaharui pengkomputeran & penstoran, rangkaian, keandalan, dan hijau untuk membentuk semula infrastruktur digital dan mempercepatkan transformasi digital."

Empat prinsip utama penyelesaian Pusat Data Tindanan Penuh Huawei adalah seperti berikut:

Memperbaharui Pengkomputeran & Penstoran: Transformasi digital meningkatkan keperluan untuk kuasa pengkomputeran dan sumber penstoran di pusat data. Huawei menyediakan produk penstoran semua-kilat yang sesuai untuk semua senario untuk mempercepatkan pemprosesan data dalam penstoran utama, analisa data, dan sokongan data. Penstoran semua-kilat OceanStor Doradonya, contohnya, menggunakan rangkaian NVMe over Fabric plus (NoF+) dan algoritma FlashLink untuk mengurangkan kependaman hingga 0.05 milisaat, yang 2 kali lebih pantas berbanding produk yang bersaing. Siri FusionCube HCI menggunakan penumpuan kuasa pengkomputeran xPU, penumpuan penstoran-komputasi-rangkaian, dan penumpuan perkhidmatan untuk menawarkan HCI dan keupayaan yang menampilkan kecekapan, hijau, dan aplikasi, meningkatkan ketumpatan VM/bekas sebanyak 30% berbanding HCI tradisional. Untuk membantu dengan transformasi awan, Tindanan Awan Huawei (Huawei Cloud Stack (HCS) menyediakan platform pengurusan awan pintar dan tasik data pintar untuk melaksanakan penyediaan sumber atas permintaan dan pelancaran perkhidmatan yang pantas. OceanStor Dorado Huawei telahpun digunakan secara ekstensif dalam pelbagai industri di seluruh dunia. Pada forum ini, Huawei melancarkan penstoran semua-kilat OceanStor Dorado generasi akan datang dengan penyelesaian aktif-aktif bebas get laluan untuk SAN dan NAS, dan mempelawa pelanggan dalam industri penjagaan kesihatan untuk berkongsi cerita mereka menggunakan produk ini. Hospital bersaiz besar dan sederhana di negara-negara Eropah menghadapi cabaran yang mendesak dalam prestasi dan O&M apabila berurusan dengan peningkatan data pada kadar tahunan antara 60% dan 120%. Cabaran ini ditangani dengan mudah oleh penstoran semua-kilat OceanStor Dorado kerana ia tidak hanya menyelesaikan kesesakan prestasi, malah turut memudahkan O&M melalui penggabungan beban kerja berbilang. Di samping itu, penyelesaian aktif-aktif bebas get laluan yang unik untuk SAN dan NAS memastikan kehilangan data kritikal misi sifar dan gangguan perkhidmatan sifar.

Memperbaharui Rangkaian: Skala perkhidmatan yang semakin berkembang meningkatkan keperluan untuk kecekapan dan menjadikan pengurusan lebih kompleks. Huawei menyediakan penyelesaian rangkaian yang terdiri daripada Ethernet tak hilang dikuasakan oleh satu-satunya algoritma pintar iLossless industri; peranti WDM; penghala yang menggunakan satu-satunya teknologi kabel peringkat papan industri; dan sinergi data-rangkaian untuk penyediaan perkhidmatan garis peribadi tahap minit sehenti, untuk mencapai ketangkasan dan kecekapan rangkaian pusat data yang tertinggi.

Memperbaharui Keandalan: Untuk meningkatkan keupayaan pemulihan bencana (disaster recovery, DR) pusat data, Huawei menyediakan penyelesaian DR semua senario. Penyelesaian ini menyediakan DR tindanan penuh, sokongan cekap kitaran penuh, dan pengurusan DR yang disatukan untuk memastikan perkhidmatan pusat data yang sangat andal di sepanjang waktu dan di mana sahaja. Sebagai contoh, teknologi kolaborasi peranti bahagian penstoran dan jarak gelombang Huawei memendekkan tempoh suis alih pautan aktif-aktif dari 50 ke 5 milisaat, dan Penstoran Sokongan OceanProtect, dibina berasaskan seni bina semua-kilat, meningkatkan lebar jalur sokongan sebanyak tiga kali ganda disebabkan oleh ciri pencepatan hujung-ke-hujung.

Memperbaharui Hijau: Huawei percaya bahawa untuk membina sebuah pusat data yang hijau dan rendah karbon, infrastruktur pusat data perlu dibina semula di seluruh kitar hayat, dari pembinaan, bekalan kuasa, dan pengedaran hingga penyejukan dan O&M. Huawei turut menyediakan modul kuasa tertumpu pautan penuh yang beroperasi dengan UPS berketumpatan kuasa tinggi yang disepadukan dengan pusat pengedaran kuasa (power distribution center, PDC) UPS, untuk mengurangkan jejak pusat data sebanyak 47%. Modul sepertinya juga menggunakan ruang pusat data sepenuhnya, menjimatkan lebih daripada 10% ruang peralatan IT. Huawei juga menawarkan penyelesaian penyejukan menyejat tidak langsung EHU (unit pengendalian persekitaran) yang beroperasi dengan penukar haba polimernya yang unik untuk memaksimumkan sumber penyejukan semulajadi. EHU juga boleh bekerjasama dengan iCooling, teknologi pengoptimuman tenaga AI, untuk mengurangkan PUE hingga kurang daripada 1.2 berbanding dengan sistem penyejukan berasaskan air yang disejukkan, mengurangkan penggunaan tenaga tahunan sebanyak lebih 14%.

Dengan menggabungkan kelebihan produk dan penyelesaian pusat data tindanan penuh, Huawei membantu pelanggan membina pusat data awan, intensif, dan hijau terkemuka industri dan memperkasa transformasi digital mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai Penyelesaian Pusat Data Tindanan Penuh Huawei, sila kunjungi laman web rasmi: https://e.huawei.com/en/products/full-stack-data-center

MWC Barcelona 2022 berlangsung dari 28 Februari hingga 3 Mac di Barcelona, Sepanyol. Reruai pameran Huawei Enterprise terletak di 1H50 di Dewan 1 Fira Gran Via. Untuk butiran lanjut mengenai transformasi digital industri-industri, sila kunjungi: Huawei Enterprise at MWC 2022 | New Value Together

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news