omniture

CGTN: Sukan Paralimpik Musim Sejuk Beijing bukan sekadar sukan

CGTN
2022-03-07 08:22 99

BEIJING, 7 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Mempromosi sukan untuk orang-orang hilang upaya telah menjadi bahagian penting dalam usaha China untuk membantu orang hilang upaya negara. Penganjuran Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022 akan mencipta lebih banyak peluang untuk orang-orang yang hilang upaya dan membolehkan mereka merealisasikan impian mereka, kata Zhang Haidi, pengerusi Kesatuan Orang Hilang Keupayaan China dan ketua perwakilan Paralimpik Musim Sejuk Beijing Cina, dalam artikel eksklusif beliau untuk Decision Makers. Decision Makers ialah platform global CGTN untuk pemimpin yang berpengaruh berkongsi pandangan mereka tentang acara yang membentuk dunia hari ini.

Beijing Winter Paralympic Games reflect more than just sports
Beijing Winter Paralympic Games reflect more than just sports

Zhang merupakan anggota penting bagi Perwakilan Bida Beijing untuk Sukan Olimpik dan Paralimpik 2022. Menurut beliau, Sukan Paralimpik 2008 Beijing banyak membantu mempromosi pembangunan kerja dengan orang hilang upaya di China. Sejak tahun 2016, kami telah menyaksikan kemajuan berterusan dalam sukan para musim sejuk China, dengan jumlah atlit yang meningkat sebelum ini kurang daripada 50 kepada lebih 1,000, yang meliputi semua acara utama Sukan Musim Sejuk.

Untuk merangkul Sukan Paralimpik 2022 Beijing, Zhang berkata bahawa China telah membuat persediaan penuh, bermula dengan menubuhkan pasukan Paralimpik musim sejuk yang kompetitif untuk membina Arena Sukan Ais Nasional untuk Rakyat Kurang Upaya dan banyak lagi kemudahan boleh diakses baharu yang lain.

Sebagai negara tuan rumah untuk Sukan Paralimpik 2022, China bertekad untuk mempromosi pembangunan kerja terhadap kehilangan upaya, meningkatkan keseluruhan peringkat sukan para, dan menggalakkan lebih ramai orang kurang upaya untuk melibatkan diri dalam sukan. Layak disebut bahawa China berada dalam kalangan negara terawal yang menggesa pembangunan konvensyen PBB untuk melindungi hak dan kepentingan orang-orang kurang upaya, dan merupakan dalam kalangan kumpulan negara pertama yang menandatangani Konvensyen terhadap Hak Orang-Orang Hilang Upaya PBB. Sementara itu, usaha aktif telah dibuat dalam mempromosi keterangkuman isu kehilangan upaya ke dalam Agenda Pembangunan Mampan 2030.

Ringkasnya, Zhang berkata bahawa Sukan Paralimpik memainkan peranan penting dalam melindungi hak dan kepentingan orang hilang upaya, meningkatkan keadaan kehidupan mereka dan meningkatkan kesedaran sosial. Kejayaan Sukan Paralimpik Beijing 2008 membuka laluan untuk tuan rumah Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022 menyediakan satu pentas untuk semua orang hilang upaya merealisasikan impian mereka dan mempersembahkan ketahanan mereka, keyakinan, dan kemungkinan kepada seluruh dunia.

https://news.cgtn.com/news/2022-03-03/Beijing-Winter-Paralympic-Games-reflect-more-than-just-sports-184V8bTG5nq/index.html 

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Sporting Events Sports Handicapped/Disabled