omniture

Petal Maps Diperkenalkan di MWC 2022, Mempamerkan Ekosistem Senario Penuh dengan Perkhidmatan Pemetaan sebagai Teras

HUAWEI
2022-03-07 13:32 98

BARCELONA, Sepanyol, 7 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Huawei telah memperkenalkan Petal Maps, sistem navigasi peta terkininya yang direka untuk pasaran global, di Kongres Dunia Mudah Alih 2022 (MWC) di Barcelona. Penyelesaian ini memanfaatkan perkakasan telefon mudah alih dan algoritma pintar untuk menyampaikan pakej keupayaan pemetaan yang inovatif, termasuk kedudukan di dalam dan di luar dengan tepat, panduan lorong, peta luar talian, seni bina 3D (menggunakan mercu tanda Barcelona sebagai pameran), kolaborasi berbilang terminal antara telefon pintar dan jam tangan serta pelbagai perkhidmatan Nearby Life.

Petal Maps:Panduan Lorong
Petal Maps:Panduan Lorong

Platform Petal Maps membuka perkhidmatan dan keupayaan petanya kepada pembangun dan rakan kongsi di seluruh dunia, menyediakan penyelesaian pemetaan senario penuh buat syarikat dan penyedia perkhidmatan dalam industri yang bergantung kepada kedudukan geografi untuk produk dan perkhidmatan mereka, benar-benar membuka pandangan baharu kepada masa depan kehidupan mobiliti.

Teknologi inovatif dan kolaborasi berbilang terminal menyampaikan fungsi navigasi yang tiada tandingan 

Ciri panduan Lorong Petal Maps membantu pemandu untuk mengagak perubahan laluan dengan tepat apabila berhadapan dengan senario jalan yang kompleks, dengan peringatan tepat pada masanya untuk menukar Lorong bagi mengelak dari terlepas laluan keluar atau belokan. Petal Maps juga menyediakan fungsi peta luar talian yang membolehkan pemandu mencari dan menavigasi tanpa sambungan internet, memastikan navigasi tanpa merasa bimbang sepanjang masa melalui data peta yang telah dimuat turun.

Di samping itu, ciri kolaborasi berbilang terminal dan berbilang skrin, seperti navigasi penyelarasan jam tangan membolehkan panduan laluan dengan hanya mengangkat pergelangan tangan pemakai; telefon pintar P50 Pocket – skrin utama memaparkan navigasi manakala penutup skrin menyediakan akses pantas kepada pemberitahuan. Ciri yang benar-benar inovatif ini telah menjadi tumpuan utama MWC 2022.

Warna semulajadi dan seni bina 3D memaparkan persekitaran sebenar 

Kesan persembahan visual hebat Petal Maps dicapai melalui penerapan konsep cincin warna asal Sistem Penyelaras Warna Praktikal (Practical Color Coordinate System, PCCS) yang membolehkan rekreasi dunia semulajadi yang benar-benar realistik dan terang sementara turut menajamkan dan meninggikan butiran jalan dan bangunan untuk menyampaikan pengalaman pengguna yang lebih mengasyikkan. Petal Maps menyerlahkan kontras warna antara kawasan dan laluan yang berbeza, membezakan bandaraya daripada pinggir bandar sambil menunjukkan perbezaan dalam altitude antara jalan bersebelahan secara visual. Dengan pengalaman interaktif reka bentuk UI terkemukanya, Petal Maps memenangi Anugerah Reka Bentuk Titik Merah Jerman 2021.

Petal Maps menggunakan pemprosesan ciri 3Dnya pada lapan mercu tanda utama Barcelona, termasuk Fira de Barcelona Gran Via, Basilica of the Sagrada Familia, Casa Milà, stadium Camp Nou, dan Placa de Catalunya, untuk memberikan tahap perincian yang mengagumkan apabila melihat lokasi-lokasi terkenal ini. 

Sekadar memetik satu contoh, perincian Fira de Barcelona Gran Via yang dapat disaksikan dalam perwakilan 3D Petal Maps.  Di samping itu, lebuhraya dan lorong laju di negara-negara utama menyokong paparan jalan 3D.

Petal Maps telah bekerjasama dengan banyak penyedia perkhidmatan hayat untuk memberikan akses kepada berbilang perkhidmatan berdekatan yang termasuk panggilan teksi, tempahan hotel dan pesanan makanan, serta maklumat mengenai tempat hiburan dan tempat menarik tempatan, memenuhi keperluan pengguna dan juga memberikan rakan kongsi sumber baharu lalu lintas di samping kemungkinan pembangunan. Dengan keluaran ini, Petal Maps melancarkan panduan perjalanan yang merangkumi maklumat komprehensif dan terperinci mengenai hotel, restoran, muzium dan titik menarik lain di Barcelona.

Keterbukaan kapasiti dan kerjasama rakan kongsi membina ekosistem pemetaan 

Petal Maps juga telah menyepadu keupayaan pemetaan dan kedudukannya sendiri yang menyediakan penyelesaian pemetaan sehenti yang kaya untuk memperkasa pembangun dan rakan kongsi. Di masa ini, Platform Petal Maps dilengkapi dengan 22 keupayaan perkhidmatan yang termasuk kedudukan dalam bangunan, altitud dan suntingan peta untuk pembangun dan pengendali di dalam sektor teksi, makanan bawa pulang, logistik, e-dagang, hotel, restoran dan perangkaian sosial, membantu rakan kongsi mengurangkan kos pembangunan dengan ketara dan mencapai transformasi digital dengan cekap.

Sejak pelancarannya dalam tahun 2020, APP Petal Maps telah menyaksikan pertumbuhan yang pesat, dengan jejak yang besar di lebih daripada 160 negara dan wilayah dengan kira-kira 20 juta pengguna aktif bulanan di seluruh dunia. Petal Maps merancang untuk terus memperkaya keupayaan platform, mengenalpasti dan menyepadu teknologi termaju baharu serta bekerjasama dengan pemimpin dalam teknologi navigasi untuk menyempurnakan lagi ekosistem pemetaan dan meningkatkan pengalaman pengguna.

Petal Maps:navigasi penyelarasan jam tangan
Petal Maps:navigasi penyelarasan jam tangan

Petal-Maps-3D-mercu tanda
Petal-Maps-3D-mercu tanda

Petal-Maps-3D-mercu tanda
Petal-Maps-3D-mercu tanda

Source: HUAWEI
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Trade show news