omniture

CGTN: China berdiri bersama rakyat kurang upayanya untuk masa depan yang dikongsi bersama

CGTN
2022-03-07 13:45 136

BEIJING, 7 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Majlis pembukaan Sukan Paralimpik Musim Sejuk Beijing 2022 yang dianjurkan di bawah tema "Blossoming of Life" bermula di ibu kota Cina pada malam Jumaat, dengan kira-kira 30 peratus penghibur terdiri daripada orang kurang upaya.

Presiden Cina Xi Jinping secara rasminya mengisytiharkan pembukaan Paralimpik di stadium Bird's Nest yang ikonik.

Dalam 9 hari berikutnya, 96 atlit utama Paralimpik China akan bertanding di dalam sukan salji dan ais, yang dijangka akan memberi inspirasi kepada kira-kira 85 juta orang kurang upaya di negara ini untuk melangkaui had mereka.

"Orang kurang upaya juga berupaya untuk menjalani kehidupan yang memuaskan seperti orang berkeupayaan," kata Xi semasa kunjungan ke Tangshan City di Wilayah Hebei pada Julai 2016.

Dengan keprihatinan khusus buat kumpulan individu istimewa ini, presiden Cina telah, dalam lebih daripada 20 majlis awam, memberikan panduan mengenai usaha negara untuk orang kurang upaya.

'Tidak meninggalkan seorang pun individu kurang upaya' 

Presiden Xi berkata bahawa orang kurang upaya ialah anggota masyarakat yang sama dan tenaga yang penting untuk pembangunan peradaban manusia dan untuk menegakkan dan membangunkan sosialisme China.

Tiada individu kurang upaya yang harus ketinggalan dalam usaha China membina negaranya menjadi masyarakat makmur secara sederhana dalam semua aspek menjelang akhir 2020, beliau berikrar semasa kunjungan beliau ke pusat pemulihan paraplegik di Tangshan, bandar yang dilanda bencana gempa bumi dalam tahun 1976.

China telah menggabungkan program untuk orang kurang upaya ke dalam keseluruhan rancangannya untuk pembangunan ekonomi dan sosial dan pelan tindakan hak asasi manusianya, mengutamakan mereka dalam usaha bantuan kemiskinan dan memastikan hak mereka untuk pendidikan dan pekerjaan, antara lain.

Contohnya, kadar kemasukan kanak-kanak kurang upaya ke dalam pendidikan wajib telah mencapai lebih 95 peratus, kata Kementerian Pendidikan dalam tahun 2021. Jumlah pelajar yang menerima pendidikan khas meningkat dua kali ganda daripada 440,000 dalam tahun 2015 kepada 880,000 dalam tahun 2020.

Xi juga telah komited bahawa China akan membangunkan lebih banyak program untuk orang kurang upaya, mempromosi pembangunan menyeluruh dan kemakmuran bersama mereka, dan berusaha untuk memastikan akses kepada perkhidmatan pemulihan untuk semua orang.

Data rasmi dalam bulan September 2021 menunjukkan bahawa liputan terapi pemulihan asas dan latihan dalam kalangan orang kurang upaya yang berdaftar mencecah 80 peratus menjelang akhir tahun 2020, meningkat sehingga 65.6 peratus lima tahun lalu.

"Hak dan kepentingan orang kurang upaya di negara ini telah dilindungi dengan lebih baik," kata kertas putih mengenai sukan para China yang dikeluarkan pada hari Khamis. Hasilnya, mereka kini mempunyai "rasa kepuasan, kegembiraan dan keselamatan yang lebih kuat."

Kemajuan dalam sukan para 

Ketika meninjau persediaan untuk Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing 2022, Presiden Xi berikrar bahawa China akan memberikan Sukan yang hebat dan luar biasa.

Negara ini mesti bertimbangrasa dalam menyediakan perkhidmatan yang mudah, cekap, bersasar dan teliti untuk para atlit, terutamanya dalam memenuhi keperluan istimewa para atlit kurang upaya dengan membina kemudahan yang boleh diakses, kata Xi dalam bulan Januari.

Menurut kertas putih tersebut, Beijing kini telah merealisasikan aksesibiliti asas di kawasan utamanya dan persekitaran yang lebih standard, memenuhi keperluan dan bebas halangan yang sistematik. Sejumlah 336,000 kemudahan dan tempat telah diubah suai sejak tahun 2019.

Prestasi China dalam sukan para juga bertambah baik, menurut kertas putih tersebut. Dalam tahun 2021, Pasukan China telah meraih 207 pingat di Paralimpik Musim Panas di Tokyo, termasuk 96 emas, mengungguli keseluruhan kedudukan pingat dan pungutan pingat emas untuk kali kelima berturut-turut.

Dalam berita pada malam majlis penutupan, Xi memuji pencapaian mengagumkan para atlit Paralimpik China.

Ia mencerminkan semangat kesukanan dan kehebatan sukan para atlit kurang upaya dan kemajuan China dalam hak asasi manusia dan pembangunan nasional, kata beliau.

https://news.cgtn.com/news/2022-03-04/China-stands-together-with-people-with-disabilities-for-shared-future-18864tzAYQ8/index.html 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Sporting Events Sports