omniture

Xiamen mendapat manfaat daripada pembukaan peringkat tinggi

China Daily
2022-03-07 13:56 89

XIAMEN, China, 7 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Ini ialah laporan berita daripada China Daily:

Statistik daripada Kastam Xiamen menunjukkan bahawa dalam tahun 2021, bandaraya ini melaporkan jumlah dagangan asing sebanyak 887.65 bilion yuan ($140.64 bilion), mencecah rekod tertinggi dan menyumbang kepada 44.3 peratus daripada jumlah keseluruhan Fujian.

Xiamen di wilayah Fujian Timur China berkembang menjadi destinasi yang ideal untuk pelabur domestik dan antarabangsa. [Foto oleh Zhang Qihui untuk China Daily]
Xiamen di wilayah Fujian Timur China berkembang menjadi destinasi yang ideal untuk pelabur domestik dan antarabangsa. [Foto oleh Zhang Qihui untuk China Daily]

Di sepanjang 40 tahun lalu, Xiamen telah mengalami empat peringkat sejak penubuhannya sebagai zon ekonomi khas, dan ia telah memanfaatkan kekuatan perbandingannya di setiap peringkat sepenuhnya. Bandaraya ini telah bertukar daripada bandar tepi pantai kepada metropolis yang berkembang maju.

Chen Yingdeng, ahli perniagaan Cina Indonesia, mengambil keputusan untuk menubuhkan kilang jubin lantai di Xiamen setelah satu lawatan ke rumah nenek moyangnya di wilayah ini dalam tahun 1982. Chen telah melabur $4.42 juta untuk menubuhkan Xiamen Yinhua Floor Tile Factory Co, projek pertama Xiamen yang ditubuhkan dengan pelaburan asing yang masih beroperasi sehingga hari ini.

Diberkati dengan kelebihan serantau dan dasar yang unik, Xiamen telah menjadi destinasi pelaburan yang ideal untuk banyak syarikat Fortune Global 500 seperti syarikat teknologi dan kejuruteraan ABB, dan pengeluar perkakasan komputer Dell.

Kilang Xiamen ABB, yang merupakan sebuah kilang kecil dengan kira-kira 100 anggota kakitangan dalam tahun 1992, telah membangun menjadi satu daripada pangkalan pengeluaran terpenting syarikat merentas di seluruh dunia.

Zhai Yongzhan, presiden ABB China, berkata bahawa dasar sokongan dan persekitaran perniagaan yang kukuh Xiamen telah menarik syarikat untuk meningkatkan pelaburannnya di bandaraya ini.

Xiamen juga telah mempercepatkan langkahnya untuk memasuki pasaran global. Pengendali aplikasi swafoto Meitu Inc, yang telah diasaskan di Xiamen dalam tahun 2008, telah mengembangkan perniagaannya ke lebih daripada 100 negara dan wilayah di seluruh dunia. Statistik menunjukkan bahawa menjelang Jun 2021, Meitu mempunyai lebih daripada 998 juta pengguna luar negara, antara mereka 246 juta adalah pengguna aktif bulanan.

Data rasmi menunjukkan bahawa setakat hujung tahun 2021, Xiamen telah melaksanakan 1,581 projek pelaburan di luar negara di 74 negara dan wilayah, dan produk "Buatan Xiamen" telah dijual di lebih daripada 220 negara dan wilayah.

Source: China Daily
Keywords: Banking/Financial Service Mining/Metals Publishing/Information Service Travel