SHANGHAI, 7 Mac 2022 /PRNewswire/ -- SchneiTex x CHINT membuka secara rasmi kilang usaha sama Kemboja mereka pada 28 Februari waktu tempatan. Kilang ini akan melaksanakan penyetempatan produk CHINT, bermula daripada pembuatan hingga penyerahan. Ia juga akan meningkatkan lagi susun atur rantaian bekalan global CHINT sambil meluaskan kapasiti pengeluaran yang akan membantu memacu pembangunan industri kuasa tempatan.
Kilang usaha sama SchneiTec x CHINT merupakan syarikat pembuatan peralatan kuasa komprehensif voltan sederhana yang pertama di Wilayah Pursat, Kemboja. Kampus kilang usaha sama ini menempati kawasan berkeluasan 20,000 meter persegi dan mempunyai jumlah pelaburan sebanyak 2.5 juta USD. Kilang ini dicadangkan pada Ogos 2020 dan kerja pembinaan bermula pada bulan November tahun berkenaan. Ia hanya mengambil masa kurang daripada setahun untuk memulakan operasi, sekali lagi menunjukkan kepantasan CHINT. Kilang ini telahpun memulakan secara rasmi operasinya, terutamanya mengilangkan transformer pengedaran 22kV, peralatan suis, peralatan suis rangkaian gelang pintar, bank kapasitor dan produk elektrik yang lain.
CHINT menggalakkan secara tekal strategik "penyetempatan antarabangsa", pengarah CHINT Group, Nan Cunhui, berkata bahawa CHINT sentiasa berpegang untuk mengamalkan pembangunan hijau dan terbuka yang mendalam, memberi sumbangan yang positif kepada komuniti.
Memindahkan pembuatan dan fungsian lain ke pasaran luar negara merupakan langkah yang penting untuk mempercepatkan susun atur penyetempatan CHINT. Pengarah dan presiden eksekutif CHINT Electric dan presiden CHINT Global, Lily Zhang berkata, "Kami akan menyokong sepenuhnya pembangunan kilang Kemboja dan memperkasa industri kuasa Asia Tenggara dengan memfokuskan kepada empat bidang utama: pembuatan dan pemasangan, komponen teras, rantaian bekalan dan pengurusan digital."
Sebagai tapak global untuk pembuatan pintar CHINT, kilang Kemboja bergantung kepada latar belakang sumber yang mantap dan kelebihan teknologi CHINT Group dan komited secara bersama untuk menggalakkan pembinaan sistem kuasa tempatan yang moden bersama rakan usaha samanya, SchneiTec. Sejak penubuhannya, kilang Kemboja ini memfokuskan kepada pembangunan kuasa elektrik tempatan semasa yang tidak sekata, menyesuaikan sistem fotovolta isi rumah luar-grid yang kecil untuk kawasan luar bandar yang kekurangan kuasa elektrik, menyediakan sokongan bekalan elektrik serta menggalakkan pembangunan kuasa mesra alam.
SchneiTec ditubuhkan pada tahun 2015 dan telah terlibat dengan amat jayanya dalam banyak projek berkaitan pembangunan kuasa & tenaga. Kini, ia menduduki kedudukan pertama dalam membekalkan penyelesaian tenaga boleh diperbaharui serta sebuah syarikat ladang solar terkemuka yang membina ladang solar yang pertama dan ladang solar yang terbesar di Kemboja.