omniture

Pusat Pengedaran Canggih Mouser Electronics Bawakan Pemasangan Modul Angkat Vertikal Terbesar Dunia

Mouser Electronics
2022-03-08 12:19 83

SHANGHAI, 8 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Mouser Electronics, Inc., pengedar Pengenalan Produk Baharu (NPI) yang utama dalam industri dengan seleksi semikonduktor dan komponen elektronik yang paling luas, meneruskan pelaburannya dalam automasi canggih di pusat pengedaran globalnya untuk meningkatkan pemprosesan, ketepatan dan kelajuan pesanan, lalu membantu pelanggan mengurangkan selanjutnya tempoh untuk dipasarkan.

Mouser Electronics’ State-of-the-Art Distribution Center Features World’s Largest Installation of Vertical Lift Modules
Mouser Electronics’ State-of-the-Art Distribution Center Features World’s Largest Installation of Vertical Lift Modules

Pada musim bunga tahun 2022 ini, Mouser akan memiliki 120 modul angkat vertikal (VLM) dipasang, pemasangan VLM yang terbesar di dunia. VLM pada asasnya merupakan kabinet fail vertikal gergasi, lengkap dengan rak dan pengekstrak automatik untuk membawa komponen ke stesen kerja pekerja. Ini meningkatkan kecekapan dan ruang lantai serta dapat mengurangkan masa berjalan pekerja sebanyak 45% atau lebih.

Selain daripada pemasangan VML yang sangat besar, pusat pengedaran Mouser menampilkan pelbagai mesin Ultipack dan I-Pack - sistem automatik sofistikated untuk mengedap dan melabel penghantaran yang dapat memproses sehingga 14 pesanan seminit - selain sistem OPEX Perfect Pick untuk penggabungan dan sistem AutoStore.

"Menggabungkan yang terkini dalam automasi pusat pengedaran membantu kami memenuhi matlamat kami untuk menyediakan khidmat pelanggan yang luar biasa," kata Pete Shopp, Naib Presiden Kanan Operasi Perniagaan Mouser Electronics. "Alat dan sistem yang kami sediakan menawarkan satu lagi cara yang membolehkan kami membantu memendekkan tempoh dipasarkan pelanggan kami."

Pusat pengedaran global Mouser yang amat besar, terletak di kampus berkeluasan 78 ekar di ibu pejabat korporatnya di Dallas-Fort Worth Metroplex, mengendalikan inventori luas dengan lebih daripada 1 juta SKU unik untuk produk daripada lebih 1,200 jenama pengeluar. Memproses puluhan ribu pesanan setiap minggu - kebanyakannya dalam tempoh 15 minit - dan mengekalkan komitmen kukuh kepada khidmat pelanggan, pekerja Mouser mengendalikan kemajuan teknologi dengan kejayaan yang hebat.

Walaupun penerimaan automasi canggih bertindak sebagai cara untuk meningkatkan kecekapan, produktiviti, ketepatan dan kelajuan terutamanya, sistem ini juga membolehkan operasi yang lebih mampan dan kepuasan pelanggan yang ditingkatkan.

Sebagai pengedar berdaftar global, Mouser menawarkan seleksi paling luas di dunia yang merangkumi semikonduktor dan komponen elektronik terbaharu - dalam stok dan sedia untuk dihantar. Pelanggan Mouser boleh mengharapkan 100% produk asli yang diperakui yang boleh dikesan sepenuhnya daripada setiap rakan pengeluarnya. Bagi membantu mempercepatkan reka bentuk pelanggan, laman sesawang Mouser mengehoskan pustaka sumber teknikal yang luas termasuk Pusat Sumber Teknikal (Technical Resource Center) berserta lembaran data produk, reka bentuk rujukan khusus-pembekal, nota aplikasi, maklumat reka bentuk teknikal, alat kejuruteraan dan maklumat berguna yang lain.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.mouser.com/.

 

Source: Mouser Electronics
Keywords: Computer/Electronics Semiconductors Transportation New products/services