KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa, Lazada telah menganjurkan edisi kedua anugerah Lazada Forward Women Awards 2022. Dengan tambahan empat kategori baharu pada tahun ini, sejumlah 18 orang usahawan wanita dengan perniagaan yang berjaya di Lazada telah diiktiraf dalam tujuh kategori.
Tahun ini, terdapat tujuh kategori anugerah, dengan kemunculan semula kategori Creative, Enterprising dan Inspiring, di samping kategori baharu seperti Rising Star, Bricks to Clicks Tech Adopter, Social Star dan anugerah paling berprestij iaitu Lazada Forward Woman of the Year Award. Pengiktirafan tertinggi iaitu Lazada Forward Woman of the Year Award telah dianugerahkan kepada enam penjual dari setiap negara di mana Lazada beroperasi. Kategori anugerah kali ini memaparkan kebingkasan, daya kental dan semangat yakin boleh para usahawan wanita yang gigih mengejar dan merealisasikan visi keusahawanan mereka. Selain mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan, mereka juga merupakan suri teladan (role model) yang mencetuskan impak dan menyumbang kepada komuniti setempat.
Para penerima anugerah bagi Lazada Forward Women Awards 2022 ialah:
Kategori Anugerah |
Pemenang Anugerah |
Lazada Forward Woman of the Year Award (Indonesia) |
Farica Edgina Yosafat Indonesia |
Lazada Forward Woman of the Year Award (Malaysia) |
Kong Wai Theng Malaysia |
Lazada Forward Woman of the Year Award (Filipina) |
Monalisa Gao Filipina |
Lazada Forward Woman of the Year Award (Singapura) |
Liang Wee Ling Singapura |
Lazada Forward Woman of the Year Award (Thailand) |
Pattiya Thanasrivanitchai Thailand |
Lazada Forward Woman of the Year Award (Vietnam) |
Đoàn Trần Thùy Linh Vietnam |
Rising Star Award |
Nguyễn Thị Kim Oanh Vietnam Malida Puji Ayu Lestari (Pemenang kedua) Sintesa Furniture |
Bricks to Clicks Tech Adopter Award |
Elyse Janina P. Juan Filipina Pang Jie Hui (Pemenang kedua) Malaysia |
Creative Award |
Nurul Izzan Zamzuri Malaysia Puthitorn Auethawornpipat (Pemenang kedua) Thailand |
Enterprising Award |
Nadya Amatullah Indonesia Kelly Chan Jun Wen (Pemenang kedua) Singapura |
Inspiring Award |
Pauline Ng Singapura Evan Marie Maderazo (Pemenang kedua) Filipina |
Social Star Award |
Manassawee Suangkaew Thailand Lưu Thị Thùy Dương (Pemenang kedua) Vietnam |
Sila rujuk Lampiran 1 dan 2 untuk maklumat lanjut mengenai para penerima anugerah.
Raymond Yang, Ketua Pegawai Operasi Lazada Group berkata: "Pencapaian hebat penjual wanita di seluruh Asia Tenggara menerusi ekosistem perdagangan digital merupakan satu perkembangan yang amat memberangsangkan. Para penjual di Lazada semakin berdaya maju dan terus berinovasi, malah mereka juga terus berusaha mengadaptasikan perniagaan mereka dalam persekitaran eDagang, demi memenuhi keperluan pelanggan dan menyerlahkan tawaran produk. Kami berasa bangga kerana Lazada dapat berganding bahu dengan mereka untuk memajukan bisnes, selaras dengan usaha Lazada untuk membina dunia perniagaan yang lebih inklusif dan penuh kepelbagaian.
Pemenang anugerah Lazada Forward Woman of the Year (Malaysia), Kong Wai Theng berkata, "Saya amat berterima kasih di atas anugerah 'Lazada Forward Woman of The Year' (Malaysia). Setelah mengalami sendiri impak positif lantaran usaha mendigitalisasikan perniagaan kedai saya di Lazada pada tahun 2017, kini saya adalah pendukung eDagang. Saya menggalakkan semua usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka dalam talian. Bagi kaum wanita yang berhasrat untuk memulakan perniagaan, teruskan usaha untuk mencari peluang dan tabah mengatasi cabaran. Sekiranya kita terus berusaha untuk memperbaiki diri, kejayaan pasti dapat dikecapi."
Begitu juga dengan Nurul Izzan Zamzuri, pemenang anugerah Creative Award yang berkata, "Bagi mereka yang berhasrat untuk memulakan bisnes sendiri, amat penting untuk buat tinjauan dan cuba fahami sekiranya ada prospek atau permintaan terhadap produk tersebut. Jika ianya produk yang tepat, yakinkan diri bahawa pasti ada yang akan berminat untuk membelinya. Beranikan diri untuk mencuba dan beri komitment 100% demi menjadikan impian bisnes anda suatu realiti."
Upacara penyampaian anugerah telah dianjurkan di Lazada One, pejabat utama Lazada yang juga merupakan ibu pejabat Lazada Singapura, serta disiarkan melalui live streaming di saluran LazLive di Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Anugerah tersebut menyerlahkan pencapaian para penerima anugerah yang bijak mencari kelainan, memaksimumkan peluang, mencabar norma sosial, serta berjaya mengembangkan perniagaan mereka menerusi platform Lazada. Anugerah ini turut menampilkan persembahan oleh artis bunyi Weish, penyanyi dan composer Aisyah Aziz, serta kumpulan rock alternatif dan shoegaze, Coming up Roses.
Mengenai Kumpulan Lazada
Diasaskan pada 2012, Kumpulan Lazada merupakan peneraju platform e-dagang di Asia Tenggara. Kami telah memangkinkan kemajuan digital di Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam menerusi pemesatan perdagangan dan teknologi. Dengan rangkaian logistik dan pembayaran terbesar di rantau Asia, Lazada kini telah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian para pelanggan dan kami tekad untuk memperluaskan capaian kepada 300 juta pelanggan menjelang tahun 2030. Sejak 2016, Lazada telah menjadi platform utama Kumpulan Alibaba di Asia Tenggara yang diperkasakan dengan infrastruktur teknologi bertaraf dunia.
LAMPIRAN 1
LAZADA FORWARD WOMEN AWARDS 2022 – SENARAI PEMENANG UTAMA DAN PEMENANG KEDUA
KATEGORI ANUGERAH |
PENERANGAN |
PEMENANG |
Lazada Forward Woman of the Year Award BAHARU |
Semangat yakin boleh, komitmen dalam menerobos sempadan dan keberanian untuk mencabar stereotaip merupakan sebahagian daripada kekuatan para usahawan wanita ini.
Anugerah LFWA yang paling diidamkan ini mengiktiraf para penjual yang berjaya menguasai setiap pasaran di mana Lazada beroperasi – Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Pemenang bagi setiap negara telah membuktikan bahawa mereka adalah usahawan serba boleh yang cekap mengendalikan bisnes dalam talian, mempunyai kepintaran perniagaan, sentiasa memaparkan prestasi tinggi dalam bisnes mereka, di samping menjadi mentor dan sumber yang amat bernilai kepada rakan-rakan perniagaan mereka.
|
Farica Edgina Yosafat (Indonesia) |
Kong Wai Theng (Malaysia) |
||
Monalisa Gao (Filipina) |
||
Liang Wee Ling (Singapura) |
||
Pattiya Thanasrivanitchai (Thailand) |
||
Đoàn Trần Thùy Linh (Vietnam) |
KATEGORI ANUGERAH |
PENERANGAN |
PEMENANG |
PEMENANG KEDUA |
Rising Star Award BAHARU |
Mencuba sesuatu yang baharu tentunya memerlukan keberanian untuk mengambil risiko.
Anugerah ini mengiktiraf penjual yang telah menyertai eDagang dalam tempoh 12 bulan yang lalu dan perniagaan mereka telah tampil sebagai bisnes yang paling berkembang pantas di platform Lazada dari segi jualan, pengikut, penglibatan dan penggunaan terperinci terhadap ciri-ciri dan peralatan digital penjual Lazada, penyelesaian pemasaran dan juga tinjauan data. |
Nguyễn Thị Kim Oanh (Vietnam) |
Malida Puji Ayu Lestari (Indonesia) |
Bricks to Clicks Tech Adopter Award BAHARU |
Pemilik perniagaan harus sentiasa peka dan berfikiran terbuka untuk meneroka sudut baharu bagi mempertingkatkan dan mengembangkan bisnes mereka.
Anugerah ini mengiktiraf penjual yang berani memperbaharui strategi perniagaan mereka, berkembang melangkaui kedai fizikal untuk memulakan bisnes dalam talian mereka, lantas menyumbang ke arah industri eDagang yang semakin berkembang. |
Elyse Janina P. Juan (Filipina) |
Pang Jie Hui (Malaysia) |
Creative Award |
Penjual perlu lebih pintar untuk mengambil hati pengguna dan tekal berinovasi demi mampu bersaing dalam persekitaran eDagang yang berkembang pesat.
Anugerah ini mengiktiraf penjual yang berfikir tanpa batasan dan melaksanakan idea-idea baharu melalui kaedah inovatif dan berteknologi bagi mempromosikan kedai dan produk mereka dengan cara yang baharu. |
Nurul Izzan Zamzuri (Malaysia) |
Puthitorn Auethawornpipat (Thailand) |
Enterprising Award |
Daya keusahawanan ibarat suatu pengembaraan yang penuh dengan kejutan, dengan kemampuan untuk tekal mendepani trend.
Anugerah ini mengiktiraf penjual yang bijak mengoptimumkan sumber dalam mencari peluang, mengambil inisiatif untuk memangsikan strategi yang dapat meningkatkan pertumbuhan dan kejayaan perniagaan mereka. |
Nadya Amatullah (Indonesia) |
Kelly Chan Jun Wen (Singapura) |
Inspiring Award |
Di sebalik setiap perniagaan pastinya ada kisah tentang mengapa dan bagaimana ianya bermula.
Anugerah ini mengiktiraf penjual yang tekad percaya akan visi mereka dan kekal komited demi menjadikan impian mereka suatu krealiti – memulakan bisnes mereka dengan penuh kebingkasan dan ketabahan, lantas menjamin pertumbuhan dan kejayaan. |
Pauline Ng (Singapura) |
Evan Marie Maderazo (Filipina) |
Social Star Award BAHARU |
Penglibatan pelanggan dalam eDagang adalah lebih daripada sekadar membawakan pengalaman membeli-belah yang lancar kepada para pelanggan.
Anugerah ini mengiktiraf penjual yang telah menyempurnakan seni berinteraksi dengan para pelanggan mereka menerusi kandungan media sosial dan memanfaatkan rangkaian sosial dengan cara yang kreatif untuk membina ikutan bagi merangsang jualan dalam talian mereka di Lazada. |
Manassawee Suangkaew (Thailand) |
Lưu Thị Thùy Dương (Vietnam) |
LAMPIRAN 2
LAZADA FORWARD WOMEN AWARDS 2022 – KISAH PEMENANG (Sila ujuk kepada lampiran berasingan)