omniture

Tronsmart Lancar Pembesar Suara Luar Bang Dengan Teknologi TuneConn™, Mulakan Gelombang Baharu Pembesar Suara Parti

Tronsmart
2022-03-08 17:59 148

SHENZHEN, China, 8 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Tronsmart sekali lagi telah memperoleh teknologi berpaten yang canggih untuk mencabar lapangan pembesar suara parti luar.

Pembesar Suara Bluetooth Mudah Alih Parti Tronsmart Bang
Pembesar Suara Bluetooth Mudah Alih Parti Tronsmart Bang

Sejak Tronsmart memperkenalkan teknologi SoundPulse®, rangkaian pembesar suara Tronsmart seperti Force menerima maklum balas yang amat positif daripada pelanggan di seluruh dunia. Sebagai jenama teknologi yang terkenal, Tronsmart terus mengkhusus dalam teknologi yang terkini untuk memenuhi keperluan pelanggan dan menghasilkan produk yang berdaya saing. Selain itu, Tronsmart memperoleh satu lagi teknologi transmisi tanpa wayar berpaten yang canggih - TuneConn™ yang mengintegrasikan Pemprosesan Audio Dwi DSP, memberikan pemprosesan yang menyeluruh kepada anda bermula daripada EQ kepada bes & trebel dipertingkat, penyama dinamik, EQ dinamik, pemprosesan DRC yang pelbagai dan penguat digital agar dapat menyampaikan resolusi yang lebih tinggi & penstriman audio diperkaya yang terperinci dengan herotan lebih rendah. Teknologi TuneConn™ eksklusif daripada Tronsmart memastikan penyegerakan yang sangat baik antara pembesar suara Bluetooth yang berbeza, membolehkan lebih daripada 100 pembesar suara dihubungkan dan memainkan muzik mengikut rentak yang sama.

Parti sentiasa menjadi gaya hidup yang digemari oleh orang ramai. Orang ramai tertanya-tanya sekiranya terdapat sebarang pembesar suara mudah alih yang dapat digandingkan dengan beberapa pembesar suara Bluetooth supaya mereka dapat berpesta dalam pelbagai keadaan. Memandangkan permintaan meningkat, Tronsmart berdedikasi untuk menginovasi pada produk terdahulu dan memperkenalkan pembesar suara serba baharu bagi menawarkan pesta audio dengan bunyi stereo yang mengagumkan.

Tronsmart Bang membawakan teknologi SoundPulse® berpaten, memberikan bunyi yang lebih besar dan hebat berbanding pembesar suara biasa. BANG juga mampu menyegerakkan dengan sehingga 100 pembesar suara Bang yang lain hasil daripada teknologi Tronsmart TuneConn™ untuk menguatkan pengalaman audio dan visual, menjadikan bunyi cukup kuat untuk aktiviti-aktiviti luar. Demi kemegahan parti yang unggul, BANG menyalakan lampu yang dipacu rentak di mana LED bersegerak, berdenyut dan bersinar mengikut irama muzik.

Pembesar Suara Bluetooth Mudah Alih Parti Tronsmart Bang
Pembesar Suara Bluetooth Mudah Alih Parti Tronsmart Bang

Reka bentuk yang kukuh dengan pemegang terbina dalam membolehkan ciri kemudahalihan yang mudah dan perlindungan kalis air IPX6 menjadikannya sangat sesuai untuk pantai atau kolam. Masa bermain selama 15 jam dan pengecasan kecemasan menjadikannya aksesori perjalanan yang ideal.

Dengan kombinasi yang sempurna antara teknologi TuneConn™ dan SoundPulse® selain mempunyai ciri-ciri menonjol di atas, pembesar suara Tronsmart Bang merupakan pembesar suara parti terbaik pada tahun 2022. Kini, ia tersedia untuk dibeli daripada laman sesawang rasmi Tronsmart.

Source: Tronsmart
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Retail New products/services