omniture

HyperLive bakal mengadakan 'HyperLive Festivalsulungnya di Singapura dan Malaysia

HyperLive Entertainment
2022-03-09 12:14 77

SINGAPURA, 9 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Syarikat pemula Singapura, HyperLive Entertainment telah mengumumkan rancangan untuk menganjurkan "Hyperlive Festival" sulungnya dijadualkan untuk diadakan di Singapura dan Malaysia pada suku ketiga tahun ini. Festival ini bermatlamat untuk mempromosikan dan memupuk bakat tempatan dengan menyediakan peluang kepada bakat sedemikian untuk berhubung dengan ahli profesional industri, jenama global dan selebriti terkenal. Pertunjukan fesyen untuk mempersembahkan hasil kerja pereka fesyen tempatan, kejohanan seni persembahan untuk mencungkil bakat seni persembahan muda, konsert dan bengkel pendidikan bagi memperkasa penghibur yang bercita-cita tinggi serta upacara kemahkotaan berprestij pertandingan ratu cantik akan menjadi antara banyak sorotan yang menarik dalam festival ini.

Sejak pelancarannya pada bulan Ogos 2021, HyperLive telah menerajui beberapa acara penstriman langsung paling kreatif yang dianjurkan oleh selebriti terkenal. Pertunjukan ini disiarkan secara langsung melalui platform utama syarikat yang boleh diakses di HyperLive.tv, yang telah diluluskan oleh IMDA untuk menyiarkan program televisyen melalui internet dan menyediakan perkhidmatan televisyen 'over-the-top' (OTT). Sebagai platform penstriman langsung berlesen, HyperLive bermatlamat untuk menerbitkan dan mengedarkan kandungan media yang sangat menarik dan interaktif di HyperLive.tv sekali gus mencipta kandungan berpandukan data asli untuk mendigitalkan perniagaan dan meningkatkan nilai jenama mereka.

HyperLive Entertainment melantik secara rasmi Fantastic Golden, sebuah syarikat pengurusan acara berpangkalan di Malaysia, sebagai Rakan Acara Rasmi untuk menganjurkan HyperLive Festival di Malaysia. Dijadualkan berlangsung pada bulan Ogos tahun ini, festival ini berkemungkinan akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, Kota Kinabalu di Sabah.

Selain menganjurkan pertunjukan Miss World Singapore dan Miss World Malaysia, baru-baru ini HyperLive Entertainment memperoleh lesen Miss Globe Singapore, Miss Intercontinental Singapore, Miss Grand Malaysia dan Miss Supranational Malaysia. Dalam kerjasama dengan MNE Talents and Events, Fantastic Golden akan menganjurkan secara bersama pertandingan ratu cantik Miss World Malaysia, Miss Grand Malaysia dan Miss Supranational Malaysia yang akan menjadi bahagian penting dalam festival ini.

Pencarian ratu cantik dan bakat seni persembahan paling menonjol Singapura dan Malaysia akan bermula pada bulan Mac ini. Bagi jenama-jenama dan individu-individu yang berminat untuk mengambil bahagian dalam acara yang amat dinanti-nantikan ini, butiran pendaftaran akan disediakan daripada saluran media sosial HyperLive TV.   

 

 

Source: HyperLive Entertainment
Keywords: Computer/Electronics Fashion Household/Consumer/Cosmetics Multimedia/Online/Internet Retail Future Events