omniture

HUAWEI Mobile Services Perkenalkan Pelbagai Inovasi di MWC 2022 Tingkatkan Pengalaman Pengguna dan Bawa Peluang Baharu kepada Rakan Niaga

Huawei Mobile Services
2022-03-09 14:00 152

SINGAPURA, 9 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Di MWC 2022 yang diadakan di Barcelona, Sepanyol, HUAWEI Mobile Services (HMS) memperkenalkan pelbagai alat inovasi termasuk "HMS for PC" – versi PC bagi aplikasi dan perkhidmatan Huawei termasuk HUAWEI Mobile Cloud, AppGallery, AI Search dan HUAWEI Assistant·TODAY, serta Petal Search yang dipertingkat untuk AR Glasses. Penyelesaian yang inovatif ini bersinergi dengan perkakasan Huawei untuk membawakan pengalaman digital yang lebih beraneka kepada pengguna merentas peranti dan membawa peluang baharu kepada rakan niaga dalam ekosistem HMS.

Huawei Mobile Services (HMS) memperkenalkan "HMS for PC" dan Petal Search dipertingkat untuk AR Glasses di MWC 2022. Keupayaan silang-platform ini bersinergi dengan perkakasan Huawei untuk membawakan pengalaman yang lancar kepada pengguna merentas pelbagai peranti termasuk telefon pintar, tablet, skrin-pintar dan PC.
Huawei Mobile Services (HMS) memperkenalkan "HMS for PC" dan Petal Search dipertingkat untuk AR Glasses di MWC 2022. Keupayaan silang-platform ini bersinergi dengan perkakasan Huawei untuk membawakan pengalaman yang lancar kepada pengguna merentas pelbagai peranti termasuk telefon pintar, tablet, skrin-pintar dan PC.

HMS telah mengukuhkan kedudukannya sebagai ekosistem mudah alih ketiga terbesar di seluruh dunia dengan lebih 5.4 juta pembangun berdaftar dan lebih daripada 730 juta pengguna peranti Huawei. Mengkhusus untuk mencipta pengalaman Kehidupan AI Lancar Semua-Senario kepada pengguna dan rakan niaga, HMS mengukuhkan keupayaan silang platformnya dengan aktif untuk menyediakan penyelesaian lancar yang dapat menyokong pelbagai peranti, termasuk telefon pintar, tablet, skrin-pintar dan PC.

"HMS for PC" memperkasa Pengalaman Pejabat Pintar

Di kawasan Pameran Ekosistem HMS di MWC 2022, HMS memperkenalkan "HMS for PC" – siri aplikasi dan perkhidmatan PC yang bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pejabat pintar.

Khususnya, HUAWEI Mobile Cloud for PC diperkenalkan buat julung kalinya dalam pasaran global. Tersedia di lebih 20 negara dan wilayah ketika ini, storan awan mengupayakan fungsi silang-peranti dan segerak-langsung kepada pengguna melalui log masuk tunggal menggunakan HUAWEI ID. Ini dapat membantu pengguna mencari dan mengakses dengan cekap fail mereka yang disimpan merentas peranti, termasuk PC.

"HMS for PC", yang diperkenalkan buat julung kalinya di MWC, juga bermakna perkhidmatan seperti AppGallery kini tersedia di PC, memberi kemudahan kepada audiens yang lebih luas di seluruh dunia. Di samping itu, AI Search juga membolehkan pengguna melayari fail setempat atau rangkaian dengan kejituan dan kecekapan yang baru ditemui merentas peranti.

Satu lagi ciri yang dipamerkan di acara ini ialah HUAWEI Assistant·TODAY. Pembantu maya yang dibangunkan oleh Huawei membantu pengguna mengakses maklumat waktu sebenar dengan cadangan yang pintar dan disesuaikan pada PC mereka juga.

Di samping itu, menerusi pelancaran tablet e-dakwat pertama Huawei baru-baru ini—HUAWEI MatePad Paper, di MWC 2022, pengalaman silang peranti bersedia untuk berkembang selanjutnya, dengan lebih 2 juta seleksi yang pelbagai daripada rakan kongsi kandungan dan penerbit terkemuka yang tersedia melalui HUAWEI Books sebagai sebahagian daripada pengalaman rentas platform ekosistem HMS.

Petal Search menyediakan pengalaman AR Search melebihi telefon

Petal Search turut memaparkan keupayaan AR Search peringkat melalui AR Glasses yang dibangunkan oleh rakan industri. AR Glasses yang interaktif membolehkan pengguna mencari maklumat melalui kombinasi keupayaan carian berbilang mod, termasuk visual, suara dan terjemahan waktu sebenar dengan Petal Search.

Sebagai contoh, pengunjung ke Barcelona yang ingin meneroka dan mempelajari lebih lanjut mengenai Sagrada Familia yang bersejarah boleh menggunakan keupayaan carian berbilang mod pada AR Glasses untuk mengenal pasti mercu tanda dan mengakses maklumat ensiklopedia dalam bahasa pilihan mereka.

Tambahan pula, Petal Search juga meningkatkan lagi pengalaman carian dalam taliannya dengan perkhidmatan "Nearby". Perkhidmatan ini membolehkan pengguna menyemak imbas lokasi dan perkhidmatan utama di kawasan sekitar mereka seperti restoran, kedai dan perkhidmatan dengan cepat untuk kemudahan yang maksimum.

Petal Maps menawarkan pengalaman perjalanan dan navigasi digital

Di MWC 2022, Petal Maps turut memaparkan penggunaan perkakasan telefon bimbit dan algoritma pintar untuk membangunkan keupayaan penentududukan yang tepat, menyediakan pengalaman perjalanan dan navigasi digital serba baharu kepada pengguna.

Menerusi keupayaan teknikal utamanya dan kumpulan pengguna yang besar, ketika ini Petal Maps meliputi lebih daripada 160 negara dan wilayah dengan lebih 20 juta pengguna aktif bulanan dan 260 juta titik interaksi (POI).

Aplikasi ini menawarkan pelbagai jenis ciri navigasi seperti penentududukan dalaman dan luaran yang tepat, panduan lorong, peta luar talian dan kolaborasi berbilang skrin antara telefon pintar dan jam tangan pengguna.

Dalam masa yang sama, platform Petal Maps turut membuka keupayaannya kepada pembangun aplikasi dan pemilik perniagaan untuk mengintegrasikan perkhidmatan mereka ke dalam sistem peta dan meningkatkan kebolehlihatan perniagaan.

Huawei menetapkan sasarannya untuk mencipta masa depan digital terhubung-sepenuhnya 

HMS bermatlamat untuk mencipta masa depan digital terhubung-sepenuhnya untuk pengguna dan rakan kongsinya melalui inovasi aplikasi dan pembangunan yang berterusan terhadap keupayaannya. Ini termasuk meluaskan perkhidmatan dan penawaran dalam AppGallery dan keupayaan pembangunan HMS Core untuk membuka pelbagai pengalaman dan peluang dalam ekosistem mudah alih global.

Ketinggalan mengenai MWC? Kini pengguna boleh menonton Ucapan Dasar Huawei bersama Richard Yu, Ketua Pegawai Eksekutif Consumer Business Group, Huawei, di:  https://www.youtube.com/watch?v=aUp_-HNqXSg  

Source: Huawei Mobile Services
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications