omniture

'She Power' XCMG Hapuskan Bias Gender dalam Industri Didominasi Lelaki

XCMG
2022-03-09 14:05 44

SHANGHAI, 9 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Sempena Hari Wanita Antarabangsa 2022, XCMG (SHE:000425) berkongsi kisah-kisah She Power yang menginspirasikan tentang jurutera wanita dan pencapaian mereka, meraikan keberanian, ketabahan dan semangat perintis penuh mereka yang menghapuskan bias gender untuk mengiktiraf, memberi penghormatan dan mengangkat wanita dan gadis dalam industri ini.

'She Power' XCMG Hapuskan Bias Gender dalam Industri Didominasi Lelaki
'She Power' XCMG Hapuskan Bias Gender dalam Industri Didominasi Lelaki

"XCMG sentiasa menekankan kepelbagaian dan kesaksamaan jantina. Kami komited untuk mewujudkan budaya yang inklusif dan memberi peluang untuk mencapai kejayaan diri dan rasa kepuasan pencapaian kepada semua wanita berbakat ini yang bekerja dengan jentera pembinaan. Kami rasa sangat berbesar hati dengan kehadiran mereka dalam industri yang secara tradisinya didominasi oleh golongan lelaki," kata Wang Min, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi XCMG.

Adriana Rosa ialah penyelia jabatan pengurusan perniagaan di XCMG Brazil. Menyertai syarikat ini pada tahun 2020, Rosa mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas serta berani mengambil tanggungjawab dan inisiatif dalam kerja berpasukan. Beliau meningkatkan ketepatan pengiraan kos dan pengurusan penuaan inventori dengan amat ketara dalam tempoh tiga bulan, memimpin dan melancarkan sistem maklumat belanjawan dalam empat bulan selain membangunkan tiga kursus latihan dalaman yang mendapat pujian ramai dalam kalangan pekerja. Melalui mekanisme promosi XCMG, Rosa memanfaatkan sepenuhnya potensi beliau, menerima anugerah Top Team daripada XCMG Brazil pada tahun 2021 bersama pasukan beliau. 

Rosa diiktiraf sebagai model sumbangan wanita bagi tahun 2021, beliau berkata dengan adanya platform XCMG, beliau mampu mencabar diri sendiri dan menyerlah begitu banyak potensi.

Fu Yuqin ialah seorang jurutera reka bentuk bum yang telah berusaha membangunkan kren tanan super di XCMG Crane Research Institute. Beliau telah mengetuai dalam menangani masalah penyelidikan dan pembangunan (R&D) utama dan berkata walaupun prestasi bum telah mencapai tahap tertinggi di seluruh dunia, XCMG sentiasa mencari penemuan yang berterusan dalam keandalan produk.

"Teknologi berkembang sepanjang masa dan hanya dengan bekerja lebih kuat daripada orang lain, kita akan menduduki kedudukan peneraju dalam inovasi teknologi," kata Fu. "XCMG telah menyediakan platform yang hebat kepada jurutera dan juruteknik seperti kami, terutamanya dalam sokongannya kepada bakat wanita untuk mencapai matlamat kerjaya kami sendiri. Apabila anak saya berkata dengan bangganya di jalan raya bahawa 'inilah kren yang direka bentuk oleh ibu saya,' saya merasakan suatu pencapaian yang sangat besar, bahawa masa yang dihabiskan untuk mengejar impian saya kini memberi inspirasi kepada anak saya untuk mengharapkan impiannya sendiri."

Lu Yilin ialah seorang pereka industri dan beliau telah bekerja di XCMG selama 10 tahun. Jabatan beliau mempunyai jumlah kakitangan wanita yang semakin bertambah dan telah memenangi banyak anugerah peringkat antarabangsa dan kebangsaan, termasuk empat anugerah antarabangsa terunggul iaitu iF Design Award, Red Dot Design Award, Japan's Good Design Award dan US's IDEA.

"Memandangkan reka bentuk industri kami sebahagian besarnya adalah untuk menyokong produk bagi menjadikannya lebih baik dan meningkatkan jualan, bagi kami, erti pencapaian itulah yang kami rasakan. Sebagai contoh, apabila produk baharu menembusi pasaran luar negara, mendapat pengiktirafan daripada pelanggan memberi kepuasan diri dan rasa kepuasan pencapaian yang sangat besar," kata Lu.

"Pekerja wanita di XCMG, walaupun hanya mencakupi 15% daripada jumlah keseluruhan kakitangan XCMG, menjadi semakin bertenaga, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka atas segala kerja keras, keberanian dan kebijaksanaan mereka yang menyokong XCMG untuk meraih pencapaian hasil tahunan sebanyak 100 bilion yuan, tanpa sumbangan mereka, XCMG tidak akan wujud seperti mana ia pada hari ini," kata Wang. "Pada masa depan, XCMG akan terus memberi lebih banyak peluang kepada wanita untuk menghapuskan sikap berat sebelah dan stereotaip untuk mencapai kejayaan yang jauh lebih besar."

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Keywords: Auto Construction/Building Mining/Metals Transportation Women-related news