omniture

Kempen Know your Score, tekankan kepentingan saringan awal untuk tangani beban penyakit buah pinggang yang semakin meningkat di Malaysia

Baxter Asia Pacific
2022-03-10 07:00 41

KUALA LUMPUR, Malaysia, 10 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Baxter Malaysia, peneraju global bagi rawatan dialisis melancarkan kempen Know Your Score (Apakah Skor Anda) di seluruh Asia Pasifik (APAC) pada Hari Buah Pinggang Sedunia.

Know Your Score bermatlamat untuk mendidik orang awam mengenai skor buah pinggang mereka[1] sebagai pengukur tahap kesihatan buah pinggang mereka, memperkukuh idea bahawa "mengetahui skor anda dapat menyelamatkan nyawa anda". Skor diukur melalui ujian Kadar Penurasan Glomerulus (GFR), ujian darah ringkas yang dapat mengukur tahap kesihatan buah pinggang. Angka yang ringkas ini – seperti pengukuran kolesterol dan tekanan darah – menunjukkan sekiranya pesakit memerlukan pemeriksaan lanjut dan membantu mengelakkan perkembangan penyakit.

Profesor Dr Abdul Halim Abdul Gafor, Pakar Perunding Kanan Nefrologi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre dan Presiden Persatuan Nefrologi Malaysia, berkata: "penyakit buah pinggang semakin meningkat dan terus menjadi masalah kesihatan awam yang utama di Malaysia. Ia seringkali dirujuk sebagai 'pembunuh-senyap' dan hanya lima peratus daripada individu yang menghidap penyakit buah pinggang kronik (CKD) sedar mereka menghidap penyakit ini. Orang ramai mungkin tidak mengetahui mereka mengalami kehilangan fungsi buah pinggang sehinggalah mereka menunjukkan gejala-gejala pada tahap akhir. Saringan awal untuk kumpulan berisiko tinggi terutamanya mereka yang menghidap diabetes serta hipertensi penting untuk intervensi awal bagi melambatkan perkembangan penyakit ini. Adalah penting untuk mengurus CKD seawal mungkin agar pesakit dapat menjalani kehidupan tanpa gangguan tanpa memerlukan dialisis atau sebarang bentuk terapi penggantian fungsi buah pinggang selama bertahun-tahun."

Know Your Score menekankan keperluan terhadap pemeriksaan rutin bagi mengesan dan mengelakkan CKD, terutamanya mereka yang menghidap hipertensi dan /atau diabetes. Ia turut menggalakkan orang awam untuk mempelajari lebih lanjut mengenai skor buah pinggang dan panduan gaya hidup bagi mengelakkan penyakit buah pinggang, dengan mengunjungi My Kidney Journey, laman sesawang khas yang menyediakan maklumat mengenai kesihatan buah pinggang dan penjagaan CKD.

Kadar CKD meningkat daripada 9.1% dalam tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 kepada 15.5% pada tahun 2018.[2] Jumlah rakyat Malaysia yang memerlukan terapi penggantian fungsi buah pinggang semakin meningkat dan diabetes merupakan punca utama kegagalan buah pinggang tahap akhir di negara ini. Registri Dialisis dan Pemindahan Buah Pinggang Malaysia melaporkan bahawa 8,431 orang pesakit baharu menerima dialisis pada tahun 2018 dan pada hujung tahun 2018 terdapat 44,136 orang pesakit menjalani dialisis.[3] Jumlah pesakit buah pinggang peringkat akhir (ESKD) dianggarkan mencecah seramai 51,000 pada tahun 2020 dan 106,000 pada tahun 2040. Beban kos kepada sistem rawatan kesihatan dianggar mencecah RM 1.5 bilion untuk tahun 2020 dan RM 3.2 bilion untuk tahun 2040.[2]

"Baxter komited untuk mencegah kejadian CKD dengan meningkatkan kesedaran mengenai ujian awal. Tatkala kita menyambut Hari Buah Pinggang Sedunia di seluruh dunia, Baxter menekankan kepentingan ujian awal, kerana dengan mengetahui skor anda dapat menyelamatkan nyawa. Pesakit yang didiagnosis di peringkat awal dapat menyesuaikan gaya hidup mereka dan belajar mengurus keadaan mereka, seterusnya mengelakkan atau menunda keperluan untuk dialisis atau transplan. Hari ini, kami memberikan komitmen untuk bekerjasama dengan para doktor untuk memberi penjagaan di seluruh kontinum daripada pencegahan dan pengesanan awal CKD, kepada penjagaan kegagalan buah pinggang ," kata Andrew Frye, Presiden Baxter Asia Pacific.

"Sepanjang 37 tahun di Malaysia, Baxter telah bekerjasama dengan pakar nefrologi dan jururawat untuk menawarkan penjagaan yang menitikberatkan kepentingan pesakit serta memupuk kesedaran CKD dan jenis rawatan untuk penyakit buah pinggang. Saringan dan pengurusan awal adalah penting bukan sahaja untuk melambatkan perkembangan penyakit ini, tetapi juga membolehkan pesakit mengambil peranan yang aktif dalam pengendalian penyakit buah pinggang mereka serta mengenal pasti rawatan yang paling sesuai dengan mereka. Kempen "Know Your Score" merupakan satu lagi inisiatif positif daripada kami dalam membantu pakar perubatan dan pesakit dalam penjagaan buah pinggang yang lebih baik," kata George Kazzi, Pengurus Besar Baxter Healthcare Malaysia.

Ketahui lebih lanjut mengenai Know Your Score di sini: https://my.mykidneyjourney.com/ms-my/wkd / https://my.mykidneyjourney.com/en-my/wkd

Ia disediakan untuk orang awam di sepuluh negara dan lapan bahasa yang berbeza di seluruh APAC.

[1] Skor buah pinggang melebihi 90 menunjukkan buah pinggang yang sihat dan normal. Skor antara 60-89 bermakna intervensi diperlukan untuk mengelakkan kerosakan buah pinggang yang selanjutnya. Apabila skor berada di bawah 60 dalam tempoh tiga bulan, ia merupakan penunjuk CKD.

[2] Kementerian Kesihatan Malaysia. 2018. Pelan Tindakan Kebangsaan untuk Kesihatan Buah Pinggang (ACT-KID) 2018-2025.

[3] Laporan ke-26 The Malaysian Dialysis & Transplant Registry 2018

Latar Belakang Baxter

Setiap hari, produk dan perkhidmatan Baxter membantu berjuta-juta pesakit dan penjaga pesakit dalam rawatan penyakit kritikal, penjagaan nutrisi, rawatan buah pinggang, rawatan di hospital dan surgikal. Selama sembilan dekad, kami beroperasi dengan misi korporat yang mengutamakan innovasi untuk menyelamat dan melanjutkan kehidupan bersama-sama dengan pengamal kesihatan. Menerusi produk, teknologi dan terapi yang tersedia di lebih daripada 100 negara, kakitangan Baxter di seluruh dunia kini membina warisan kejayaan perubatan untuk memajukan generasi baru dalam inovasi penjagaan kesihatan yang transformatif.

Source: Baxter Asia Pacific
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals New products/services