omniture

Trina Solar dipaparkan dalam laporan agensi bebas: Dengan nilai unggul, modul format besar bakal menyumbang kira-kira 80% bahagian pasaran tahun ini

Trina Solar Co., Ltd
2022-03-10 16:23 160

CHANGZHOU, China, 10 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Modul berkuasa ultra-tinggi serta-merta menjadi pilihan pasaran arus perdana, sesuatu yang telah dapat dilihat dalam industri fotovolta sejak tahun lalu. Laporan Pasaran Teknologi Baharu yang diterbitkan pada bulan Februari oleh PV InfoLink, sebahagian daripada agensi analisis bebas InfoLink, menyediakan data yang terperinci mengenai pembangunan saiz, sel dan modul, berserta trend masa depan yang diunjurkan. Peralihan kepada modul format besar tidak dapat ditolak dari perspektif sokongan rantaian industri, pengurangan kos, kapasiti pengeluaran dan bahagian pasaran, menurut laporan berkenaan.

Bahagian wafer format besar melebihi 50%, wafer 210mm menjadi pilihan arus perdana

Menurut laporan PV InfoLink, yang mengkaji kapasiti pengeluaran wafer besar oleh pengeluar wafer yang terkemuka, pembuat wafer telah mula meningkatkan nisbah output wafer format besar mereka dengan mengambil kira kelebihan kos dalam setiap rangkaian. Dengan siapnya projek-projek lama, terdapat penurunan yang pesat dari segi jumlah permintaan dan output wafer dan sel 158.75mm (G1) sejak suku ketiga tahun 2021. Terkesan oleh wafer format besar, terdapat pengurangan yang dramatik dalam bahagian pasaran wafer saiz 166mm (M6) dan saiz lebih kecil yang lain manakala peralihan kepada wafer lebih besar telahpun berlaku.

Menurut laporan berkenaan, dengan peralihan yang dipercepatkan kepada wafer lebih besar dalam separuh kedua tahun lalu, wafer format besar menyumbang sebanyak lebih daripada 50% bahagian pasaran dalam suku ketiga dan terus meningkat. Seperti yang dapat dilihat dalam laporan tersebut, bahagian pasaran bagi wafer format besar (termasuk 182mm dan 210mm) dijangka mencecah 79% pada tahun ini. Tambahan pula, pasaran ini maju ke hadapan dengan wafer 210mm, yang telah menjadi pilihan arus perdana dengan bahagian pasaran yang terus meningkat. Menjadikan pembuat wafer terkemuka Zhonghuan Semiconductor sebagai contoh, proposisi wafer 210mm meningkat daripada 43% dalam suku pertama kepada 72% dalam suku keempat.

(Source: New Technology Market Report released by PV InfoLink in February 2022)
(Source: New Technology Market Report released by PV InfoLink in February 2022)

Menjelang akhir tahun lalu, talian pengeluaran sel yang menampung saiz sehingga 182mm dan 210mm mencecah 266 GW, sementara modul format besar mencecah 292GW. Lantaran keserasian peralatan, kapasiti pengeluaran modul 210mm mencapai melebihi 170 GW, lebih tinggi berbanding modul 182mm. Menurut laporan berkenaan, kapasiti pengeluaran bagi sel dan modul besar dijangka meningkat tahun demi tahun menjelang tahun 2025. Di Asia Tenggara, Trina Solar mempunyai kapasiti pengeluaran modul 210mm. Berdasarkan kepada dasar luaran dan pembangunan pasaran yang menggalakkan, beberapa pengeluar modul dijangka meluaskan kapasiti pengeluaran mereka di banyak tempat di serata dunia.

(Source: PV InfoLink)
(Source: PV InfoLink)

Menurut laporan terdahulu oleh PV InfoLink, menjelang akhir tahun lalu terdapat lebih daripada 50 pengeluar modul dengan kapasiti pengeluaran modul format besar yang berkuasa tinggi. Antaranya, lebih daripada 30 pengeluar mencapai pengeluaran modul secara besar-besaran yang menampilkan format sel sehingga 210mm sementara proposisinya terus meningkat. Sebahagian besar kapasiti pengeluaran wafer baharu juga bersaiz lebih besar, meningkat tahun demi tahun demi menjamin bekalan.

Dari segi kelebihan kos, kos bukan-silikon semasa bagi sel PERC 166mm adalah kira-kira 0.2-0.23 yuan satu watt, manakala sel besar adalah kira-kira 0.17-0.21 yuan satu watt. Dengan teknologi PERC yang matang, pengenalan sel besar dan peningkatan kecekapan serta hasil sel besar telah menjadi faktor pengurangan kos yang utama untuk sel PERC yang besar. Menurut laporan PV InfoLink, pengurangan kos yang dibawakan oleh format besar menjurus kepada peningkatan kapasiti sel PERC yang amat besar. Tahun lalu, kapasiti pengeluaran baharu PERC format besar melebihi 170 GW, yang turut menghasilkan pengurangan bahagian pasaran sel polihabluran dan jenis-n yang ketara.

Trina Solar menyatakan: "Menjadikan modul kuasa ultra-tinggi berasaskan teknologi PERC sebagai contoh, menurut kajian Fraunhofer ISE sebelum ini yang dijalankan di Jerman, nilai sistem modul mono-muka dan dwi-muka G12 210mm Vertex 670W adalah jauh lebih tinggi berbanding modul M10 540W dan M10 585W, sementara LCOE dikurangkan sehingga 7.4%."

Dengan keandalan unggul dan kelebihan nilai, modul format besar ini meningkatkan keselamatan dan kecekapan seluruh sistem fotovolta, mengurangkan kos LCOE dan mempercepatkan serta menaik taraf seluruh industri ini secara global.

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Publishing/Information Service Utilities